Wednesday, September 14, 2011

Terima kasih buat aku menangis !

Assalamualaikum semua rakan blogger.


Seperti yang ramai sudah tahu, semester baru telah bermula. Ini hari kedua aku berada di semester akhir sebelum menjejakkan kaki ke tempat praktikal tahun hadapan. InsyaAllah.


Macam entry serabut sebelum ni yang pernah aku luahkan, hari ni aku nak lepaskan perasaan sebab aku dah tak boleh nak tahan. Aku tak dapat nak BW dan balas komen sebab nak on9 payah sangat kat hostel nie.


Tadi, ada perjumpaan kelab kat tempat aku. Aku pergi lah sebab tanggungjawab sebagai ahli dan aku adalah pegang jawatan kecil kat kelab tue. Sangat menyakitkan dan mengguris perasaan bila pensyarah yang handle kelab tue langsung tak berterima kasih dengan kerja yang aku dah buat MASA CUTI SEM hari tue, tapi marah pula atas reason yang memang tak rasional langsung ! Aku bukan BATAK sangat ucapan tue, tapi hormat dan FIKIR lah sikit guna akal yang Allah dah bagi tue !


Dia minta aku proses sijil untuk segala event yang berjalan semester lepas. Aku cakap, tak mampu buat sorang sebab aku ada kerja kat bahagian lain yang dia dah bagi sebelum tue. Dia pun cakap, "tak apa kalau kamu tak mampu. Kamu cari AJK bawah kamu yang boleh tolong". Ayat punya manis mula-mula !


Tapi, tadi aku jumpa dia. Niat dalam hati sangatlah murni nak ucap selamat hari raya dan minta maaf. Tetiba, dia cakap, "kenapa kamu biarkan si Aimi dengan Azie print sijil-sijil tue ? Kenapa kamu tak turun sendiri, datang print ? Rumah kamu bukan jauh pun ! Dah tue, lambat pula bagi !". Aku dengan rasa hormat pun berkata, "saya bagi lambat sebab Izuan tak bagi senarai nama penuh untuk saya buat sijil-sijil tue. Macam mana saya nak buat kalau saya tak ada nama-nama tue. Aimi tue AJK saya cik". 


Jawapan paling tak munasabah yang aku terima dan lebih mengguris hati aku bila dia cakap, "Nasib baik budak-budak tue buat kerja tak merungut ! Tak perlu tunggu si Izuan tue. Kamu pergi je ke setiap kelas budak-budak yang terlibat, minta nama dorang. Yang tak siap lagi tue, kamu settle kan tau !".


SANGAT MENYEDIHKAN DAN MENYAKITKAN HATI bila kata-kata itu dilemparkan kepada aku di depan orang ramai yang jelas, nyata dan terang AKU TAK BERSALAH sebab:


1.  Apa function AJK yang bangang-bangang tue dilantik kalau untuk printkan sijil yang telah aku siapkan pun tak boleh ?! Adakah mereka memang bangang sehingga tidak tahu cara nak on laptop dan meng'connect'kan nya kepada printer ! Bangang sangat tu sebab dah kat semester akhir diploma tapi buta IT yang sangat basic ! Baik aku tak payah ada AJK !


2.  Paling membengangkan bila pensyarah tu tak tahu tugas aku apa sebenarnya ! Menghormati dan memahami itu tak perlu belajar tinggi-tinggi dan meninggi diri, tapi . . . NOTHING ! Dah terang lagikan bersuluh, BUKAN TUGAS AKU mencari nama-nama mereka yang terlibat kerana AJK bahagian itu telah dipilih ! Kalau macam tue, baik nama aku saja untuk semua jawatan dalam tiap program !


3.  Aku tak perlu datang ke tempat aku belajar walaupun aku jiran tempat ni kalau aku boleh je sent benda tue guna email ! Ke budak-budak yang pensyarah tue bela SANGAT BANGANG sampai buka email pun tak tahu, tapi BODOH SOMBONG bagi email kat aku ! Aku cuti, sukati aku lah !


Bahasa aku sangat kasar sebab aku sangat marah dan sedih ! Belajar tinggi-tinggi, tapi tetap BODOH ! Merugikan dan memalukan sahaja. Aku lebih menghormati kawan aku yang repeat paper yang pensyarah tue kata tak standart daripada pensyarah tue yang cakap lepas, tak tahu jaga MARUAH orang, yang rasa diri tue bagus sangat ! Bagus mana pun kau rasa, kau memang belum cukup bagus sebab ada orang memang terang-terang lagi bagus dari kau !


Ahli bijak pandai pernah berkata;

Bukan semua orang yang belajar tinggi tahu apa itu MARUAH berbanding orang yang hidupnya susah tidak berharta tetapi GAGAH BERJUANG DEMI MARUAH !

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

15 comments:

Miss Kira said...

bersabar k.. ;D

Amran Syah said...

bengang tahap gaban dewataraya ni.....ilek3

Fatin Farhana Binti Ramli said...

bersabar la .. menangis salah 1 care melepaskan perasaan .. nangis la sepuasnye .,

NasQ said...

rilek... bukan sekali ni jea yang akan jumpa masalah ni... masa kerja nanti lagi teruk dari ini... rilek je... senyum sikit ek... anggap je la ini ujian sebelum masuk ke alam perkerjaan...

Azeelia Azman said...

sabar saja yepp. xmau emo3. xcomel nanti ^^

Prince Halilintar said...

sabar..sabar...jgn nangis2 taw..

alternatif, join je kelab lain plak..hehe

Unknown said...

Take it easy dlm hidup nih....dun make it crowd...cheerfull....no need to sad sad...hehehehe....

nFx ~be frenzz~
http://noframex.blogspot.com

cha zainol said...

sabar ya izfa. things happen for reasons. allah uji kita ikut mampu kita.

iKhRam said...

kereknyer pensyrarah tu..

nnt kalau jadi pensyarah, jgn kerek cam die k?

iPai said...

izfa .. sabar ye .. jangan tensen2 macam ni k .. ni semua dugaan yang diberi ..

percaya cakap saya, saya pernah kena lagi teruk daripada izfa kena .. apa yg izfa perlu buat adalah bertenang .. sebab kalau izfa sabar, dapat pahala ..

kadang2 Allah hantar pelbagai ujian seperti ini untuk sentiasa mengingatkan diri kita untuk sentiasa rendah diri ..

walaupun saya setuju cara superior izfa tuh tak betul, tapi kita dah buat sedaya upaya

maka, sabar itu adalah lebih baik ..

iPai said...

yg saya pernah kena tuh, saya punya pernah dicampak depan mata saya dan di suruh buat balik .. uhuh ..

Daddylicious said...

inilah contoh terbaik budaya orang kita yang perasan cerdik tapi hakikatnya tersangatlah bodoh bukan kepalang cuma yang membataskan kamu dan dia ialah pangkat itu sahaja...jangan down sangat anggap sahaja kamu berdepan dengan dinding batu!

Unknown said...

sabar2.. ujian ini bakal mematangkn anda :)

Mr.Superman said...

sbnrnya pensyarah tu yg bangang.dia x pndai nk uruskn organisasi.lain kli perli je dia.ckp direct..xpyh pk pangkat lg.asalkn dia thu dlm organisasi kne la saling hormat menghormati.x bole la nk slhkn org lain,nk bebankn.kne saling tlg menolong.dlm organisasi klu sorg x gerak,runtuh la..dia ptt berterima kasih.bodoh betul pensyarah awk tu.sory to say,ble thu situasi awk ni sy terasa sgt dia tu mmg bodoh.xlayak kot dia yg jg penaung.

humble.yat said...

Hmm..setuju snagat dgn kata2 ahli bijak pandai tu..

teingat kata staf tadi, kalau nak cari pekerja baru, cari yang hidup susah, kerana mereka lebih bersungguh dan lebih menghargai sesuatu kerja yang diamanahkan..:-)

seolah2 kesenangan dan kemewahan yang ada tu mcm melalaikan kita kan?huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...