Sunday, October 23, 2011

Sukan KPDNKK dan agensi

Assalamualaikum semua rakan blogger.


Hai korang. Lama sangat rasanya blog ni tak ditinjau-tinjau. Blog korang lagi lah lama aku tak jalan-jalan. Malam nie, aku ingat nak 'berkasih-sayang' dan 'memadu asmara' dengan blog. Memang sedih sebab wireless kat hostel aku ada problem dan tak perlulah aku nak berharap sangat ia akan dibaikpulih dalam masa terdekat sebabnya, ura-ura yang didengar, wireless hanya akan elok next year ! Sangat sengal dan terasa kosong sebab tak tahu perkembangan semasa dengan cepat. Nak buat camne, sabar je lah. Nak pakai 'berok' terasa seperti membazir sebab tiap minggu balik rumah.


Lupakan pasal wireless bengong itu. Kembali ke jalan lurus. Start semalam, aku dah mula bercuti sem. Wah, tetiba terasa macam, "eh, bukan hari tue dah cuti ke ? Nie cuti lagi. Giler best life student ni." Hahaha. Memang seronok bercuti, tapi tak seronok sebab banyak assignment menanti. 


Last week, aku join team tempat aku main bola jaring anjuran KPDNKK dan agensi. Terasa sangat best sebab dapat buat apa yang aku minat. Macam tak percaya, aku boleh pakai jersey semula, datang ke tempat perlawanan beramai-ramai, ada pengurus pasukan. Macam mimpi sebab dah lama tak rasa pengalaman tue. Before ni, kalau aku main pun, persendirian punya. Join tournament, just suka-suka, tanpa proper latihan dan pergi guna kenderaan sendiri. So, ini pengalaman yang sangat manis untuk aku kenang sampai bila-bila.


Paling mengujakan aku sebenarnya, bila aku dapat tahu tempat kitaorang main. Stadium Panasonic Shah Alam. Time aku sekolah dulu, aku panggil Stadium Matsushita. Sekarang, aku tak tau lah, orang panggil camtu lagi atau tak. Kenapa tempat tue sangat mengujakan aku ? Sebab, kat balapan stadium tue lah dulu aku berlari acara favourite aku 400 meter, 800 meter dan 1500 meter. Dan kat situ jugalah buat kali pertama dan kali terakhir aku berlari acara 80 meter lompat berpagar masa tingkatan satu, selepas 'diguna-guna' oleh cikgu sukan aku dan jatuh dengan teruk ! Cikgu sukan aku cakap acara tue senang ! Aku tertipu ! Huhu. Pengalaman yang sangat menyeronokkan.


Hampir terlupa dengan pertandingan bola jaring pula bila terkenang memori lama. Sebenarnya, banyak pertandingan sukan yang ada, tapi aku just join bola jaring je. Macam biasa, bila berlatih hanya 2-3 hari, keserasian pun tak ada, kami tak sampai ke peringkat akhir. Macam biasa juga, bila main, confirm aku jatuh. Tapi, kali ni memang best sebab lens aku hampir tertanggal. Memang kelakar sangat, tapi menyeronokkan. Gambar tak banyak. Yang ada sekarang ni pun time malam perasmian. Time tournament, tak sempat nak masuk laptop lagi. 


Aku model bendera.
Pinjam maskot pihak lawan. Hahaha.
Pose di malam perasmian bersama teman seperjuangan.
Pose lagi dan senyum lagi . . .

Bersama sebahagian atlet dari pasukan yang sama selepas tournament bola jaring dan bola tampar.


Bersukan menyihatkan badan. Dengan bersukan, bukan sahaja dapat menjaga badan dan kesihatan, tetapi juga menambah kenalan. 


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

11 comments:

NasQ said...

erk... maskot tu... menakutkan...

semutsengal said...

bersukan bersenam, bereakrasi bersama keluarga, berbudaya sihat jadikanlah amalan.



LLALALALALALALL

cha zainol said...

kalau aku lari berpagar aku maen langgar je semua. haha. wajib lah menang kan?

vendoline said...

wah eriahnye,...lama dah takde penutupan sukan malam2...zaman sekolah dlu je last

fat said...

majulah sukan utk negara. hoyeah!

Unknown said...

lama x brsukan.. huhu :D

iKhRam said...

tak sangka, boleh tahan jugak lasaknya blogger sorang nie.. hahaha

Amran Syah said...

lu boleh belari???dammmm.

merahitujambu said...

bestnyaa ada aktivi mcm ni kan..dh lama x join cmni...

Wanie said...

izfa!!! yeah, lame tak ketemu..hehe..cuti deepavali eh?

wanie tak pernah langsung masuk lawan2 bola jaring ni..

--> budak pendek..kui3

humble.yat said...

wah, bestnya ada peluang untuk exercise...terasa diri dah tak ada stamina mcm dulu dah lepas dah masuk alam kerja..ni yg rasa nak start blik bersukan ni :-P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...