Tuesday, October 25, 2011

Cendawan goreng

Assalamualaikum semua rakan blogger.

Hujan yang turun mencurah-curah, menyebabkan suasana dingin menyelubungi segenap ruang. Malas juga bertempiaran datang dari segenap penjuru. Layankan saja malas untuk malam yang dingin ni. Esok pun cuti umum, tak ada apa yang nak difikirkan buat masa ni.


Seharian aku kat rumah ditemani adik kecil aku, si mulut becok. Rasanya, lama dah tak bercerita tentang dia. Semakin nakal dan ada saja kerenah yang membuatkan mak abah naik darah. Tadi saja, baru kena marah sebab tak mendengar kata dan melawan bicara. Tapi, abah dan emak dah banyak berubah. Tidak segarang dulu. Dulu, jangan haraplah dapat duduk depan tv lepas solat maghrib dan mengaji. Kena siapkan kerja sekolah dalam bilik. Pukul 10 malam, abah akan datang meronda bilik ke bilik untuk semak kerja sekolah yang ada. Sekarang, si mulut becok tue tak pegang pensil sehari pun tak menjadi masalah. Huh !


Petang tadi, budak tue sibuk 'mengemas' rumah yang telah kemas. Angin juga tengok apa yang dia buat. Habis gunting mak aku dia buat gunting kertas ! Tak cukup tue, dia tendang botol air ke dinding, konon-konon pemain bola sepak kebangsaan dengan menjerit, "gol !". Sakit mata, juga sakt hati aku rasa. Habis cat dinding rumah terkopak-kopak. Sabar je lah.


Aku pancing dia dengan cendawan goreng. Biar dia duduk diam. Tapi, biasalah, nama saja si mulut becok. Ada saja yang dicakapnya.


tangan si mulut becok sedang mencicah cendawan goreng ke sos cili.

makan sambil menonton


Aku : Adik, meh makan cendawan goreng akak buat ni. Sedap !

Si mulut becok : (Datang kat aku dan tengok dalam mangkuk, sambil pegang cendawan goreng yang masih panas) Adik tak suka makan cendawan. Tak sedap !

Aku : Tak nak sudah, kakak habiskan. Sedap tau. Rugi tak makan.

Si mulut becok : (Berlalu pergi buat muka bodoh !)

Aku : (Siap menggoreng, bawa makanan ke depan tv) Sedapnya adik !

Si mulut becok : (Ambil satu, mencuba. Seterusnya, dua.. tiga.. ) Sedap juga. 

Aku : Jual mahal sangat tadi !

Setelah beberapa ketika, dia bangun ke dapur. Aku tengok, dia buka peti sejuk. Ambil air mungkin. Tiba-tiba . . .

"gula sirap" si mulut becok buat untuk aku !


Si mulut becok : Nie air untuk kakak.

Aku : (Baik pula budak ni, dalam hati aku berkata, dan merasalah air itu) Manisnya ! Adik bagi kakak minum gula ke ?

Si mulut becok : Sedaplah tu.


Sabar je lah. Nasib lah budak-budak. Kadang tak terlayan, tapi kena layan juga. Semoga dia tak nakal-nakal sampai buat mak abah aku pening kepala. Sebabnya, kami yang besar-besar nie bukan selalu ada kat rumah nak tengok-tengok kan dia. Cuti-cuti je lah ada masa nak borak-borak dan nasihatkan dia nie. 


Apa pun, Selamat Deepavali kepada kaum india di Malaysia dan seluruh dunia.


Melayan kerenah budak-budak buat aku merenung masa depan. Bagaimana aku akan melayan kerenah anak aku sendiri satu hari nanti ?




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

12 comments:

LadyBird said...

la..ingtkan adik tu perempuan.. rupenye lelaki :D..
sweetnya.. lasak.. best.. mesti meriah kan..

NasQ said...

tetiba lapar....

iKhRam said...

saya pun suka makan cendawan goreng.. apa saja pasal cendawan, semua saya suka lah..

dayu_myself said...

sdapnye cndwan goreng tu...
nak jugak!!!!
ngeee....
sgt mnt...huh...
bgusnye adik adie ambikkn air...
tpi pati gle nye je??haih..
^__^

budak penjara said...

ak sllu mkn kulat goreng je..hehe

Mr.Superman said...

air sirap utk abg x de?x kesah la manis ke x..:) cendawan goreng mkn ptg2 time hujan tgh turun best gak.layan~

iPai said...

wah .. comel ye .. best ye ada akak sorang .. heee

izfa !!!!!!!!!!! sehat ?!!!

nak cendawan goreg juga !!!!!

Zul fattah said...

macam best je cendawan goreng? haha

::FAIZ:: said...

nmpk sedap

Daddylicious said...

tukang karut tu kompom lapar sesaja...haha

Unknown said...

cendawan goreng ni kite pernah beli dekat pasar malam. sedap!

humble.yat said...

izafa:tetap terliur ngan air sirap, klu letak air batu tu mmg best..

pandai adik izfa membalas budi kakak dia kan...:-) sejuk hati kakak die...:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...