Thursday, January 26, 2012

Mereka itu

Assalamualaikum semua rakan blogger


Apa khabar semua ? Kekeringan idea dan asyik berfikir. Itulah keadaan aku sekarang nie. Bila nak menaip, idea hilang entah ke mana. Bila ada idea, aku terlalu berfikir, adakah perlu aku post untuk dikongsikan bersama. Entah kenapa, aku asyik berfikir. Adakah ilmu yang aku sampaikan melalui blog ini, atau hanya sekadar membuang masa tanpa faedah berguna untuk kegunaan bersama ?


Aku terfikir teringin untuk post cerita hari ini. Pagi tadi, selesai menghantar adik-adik aku ke komuter, aku singgah di tempat basuh kereta, tempat biasa aku pergi. Selalunya, aku akan duduk membaca surat khabar yang disediakan. Tapi, mungkin disebabkan hari ini aku pergi awal, surat khabar belum ada di situ. Aku pun duduk termenung saja melihat sekeliling hampir sejam lamanya. Menyesal juga tak bawa apa-apa bahan bacaan.


Tiba-tiba, ada satu suara yang aku dengar. A.. a.. a.. a.. berulang-ulang kali. Aku teringat suara tue pernah aku dengar sebelum ini masa aku ke situ dulu, tapi aku tak endah dan ambil peduli. Aku pun tak pernah cerita kat sesiapa. Tapi, hari ni, aku macam tercari-cari suara tue. Yang sangat aku pasti, suara tue datang dari rumah bersebelahan carwash tue. Pada hemat aku, rumah itu adalah tempat tinggal budak-budak carwash tue.


Kali pertama aku pandang, tak ada apa-apa yang pelik pun kat rumah tue. Rumah sewa dua pintu, berwarna merah, dengan cermin yang sudah banyak berlubang dan uzur. Sekadar tempat berteduh untuk bermalam, sangat memadai. Apatah lagi, tiada perempuan di situ. Aku rasa, dalam rumah tue, langsung tiada keluarga. Hanya pekerja-pekerja carwash sahaja yang rasanya, bukan penduduk tempatan.


Selepas itu, aku perhati semula pekerja carwash membuat kerja. Dua orang di ruang membasuh dan dua lagi di ruang mengelap dan mem'vakum'. Sungguh tekun mereka membuat kerja tanpa henti. Melihat mereka berbual pun amat susah sekali. Mata aku terhenti seketika pada seorang pekerja yang khusyuk membasuh karpet. Rupanya, perkhidmatan mencuci karpet pun disediakan. 


A.. a.. a.. a.. Suara itu kedengaran lagi. Lebih jelas dari yang tadi. Terus aku pandang ke rumah sewa uzur tue. Terkejut tiba-tiba. Ada seorang lelaki tua, berdiri di depan tingkap yang rongak. Menghulurkan tangan ke luar. Hampir terjerit aku sebab belum pernah perkara itu terjadi sebelum ini sedangkan sudah hampir 4 tahun aku mencuci kereta di situ.


Sungguh, aku pasti. Lelaki tua itu memandang aku. Suaranya semakin kuat. Tiba-tiba aku rasa sangat takut. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab macam-macam yang aku baca dan dengar. Boleh kena pukau dan macam-macam kalau tengok mata. Terus aku tunduk, berselawat dan membaca ayat kursi. Ada seorang lelaki di sebelah aku yang sama menunggu pun aku lihat seperti membaca sesuatu dan tunduk. Mungkin, dia juga terkejut.


Tiba-tiba, salah seorang pekerja di situ menghampiri lelaki tua itu sambil menghulurkan sebatang rokok. Astaghfirullah. Aku seperti menjadi marah. Lelaki tua itu kelihatannya sangat tua dan uzur. Kenapa perlu dihulur lagi sebatang rokok ? Bukan itu sahaja. Pekerja itu terus menyalakan rokok di tangan lelaki tua itu. "Mungkin kebiasaan mereka", aku berfikir. Aku melihat raut wajah pekerja itu dari jauh. Tenang, dan tiada keluhan walaupun keadaannya penat bekerja. Ditambah, terpaksa melayan pula lelaki tua itu.


Aku hilang kata-kata. Beberapa ketika, kereta aku siap dibersihkan. Aku pulang ke rumah tanpa berkata apa-apa. Siapa mereka ? Kenapa rokok ? Huh . . . Aku semakin banyak berfikir di usia ini.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

6 comments:

jeBateja said...

org tua tu nyanyuk kot....tak maw banyak citer....depa hulur jer apa yg org tua tu minat....

semutsengal said...

Err,

kenapa rokok eh ? kau tak tanya dorang ?

NasQ said...

mungkin dah jadi kebiasaan kot...

Kik0 ♥ QiLaH said...

rokok membahayakan kesihatan. kehkeh

humble.yat said...

eh..misteri plak pakcik tu...
ingfatkan nak bg nakanan ke ape?
rokok pula jadi habuan...
adesss....makin merudum kesihatan pakcik tu jawabnyer..

Apple said...

Ok.. 1st baca, ada terfikir nak letak "Ju-On" kot. Skadar nak wat lawak, tapi kendian bc smp abis, huh! Tak kusangka, pakcik tua nk rokok rupanya.
Tpkan, kerajaan Mesia xusaha sngt pun dengan kempen mrk. Dl jumlah tar n nikotin kat kotak rokok dorg letak tp skrg tak lg, sbb nk elak org tak beli kot. Dua bnd tu bnd bahaya tuk tubuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...