Wednesday, November 28, 2012

Photoshoot katanya

Assalamualaikum semua rakan blogger

Tetiba sorang blogger tanya, "yang, nak join photoshoot blogger tak ? Detail semua kemudian". Kalau kau apa kau jawab ? Aku mula-mula macam, "err, aku ? photoshoot? kayu, sekeping pula !". Dah aku mula rasa sentap dan down. Tapi aku cakap, "boleh saja". = . =' (dah mula berangan model kononnya !)

Sampailah masa yang dirancang-rancang. Pagi-pagi aku dah hantar encik suami pergi kerja sebab aku nak guna kereta. Rasa macam gigih sangat time tu. Encik suami pesan, "hati-hati sayang, apa-apa hal, call abang". =P Pagi sabtu tu hujan. Encik suami ada suruh hantar kereta ke carwash, tapi disebabkan cuaca, tak dapatlah aku teruskan hajat dia. Lepas hantar encik suami, aku balik rumah. Pening kepala fikir nak pakai baju apa. Dalam kepala memang pink, tapi disebabkan aku rasa mesti ramai pakai pink (warna kegemaran kebanyakkan wanita termasuklah aku !), aku pun cancelkan keinginan tu. Makanya, aku mix n match saja baju yang sedia ada. Hasilnya,

Actually, yang kononnya skirt aku pakai tue adalah kain untuk baju kurung moden aku. Tapi aku buat A cut. So, memang cantik bila jadi skirt (perasan !). Aku je tak pandai nak gayakan. Kahkahkah. Baju tue pula jenis stretchable lace putih yang aku dah lama gila beli tapi tak pernah pakai sebab tak tahu nak match dengan apa. Boleh? Then sarung je dengan cardigan sebab tak nak nampak kurus sangat (camne nak gemuk ?) dan pashmina yang aku biasa pakai untuk tahan sejuk time dalam kelas dulu. Camtulah orang buta fesyen macam aku bergaya.

Cerita balik pasal photoshoot ni, sebenarnya ia adalah ilham budak nadia ni. Dia yang ajak aku untuk join event ni. Makanya, seperti yang dijanjikan, berjumpalah kami lebih kurang pukul 12 dekat Dak Teropong Studio, Shah Alam. Sekarang, studio ni tengah cari model. Siapa yang berminat, boleh usya link tu.

Aku yang keseorangan, macam menggelabah gila bila cari studio tak jumpa-jumpa pada mulanya. Berkat kesabaran yang tinggi, gigih aku pusing semua deretan kedai yang ada. Rupanya studio nie kat hujunggggg jalan, tak ada signboard studio. Nangis ! = . ='

Mula-mula, muka aku tak lah meletop macam dalam gambar tu. Kau hengat aku pandai nak bersolek ala-ala artis ? Dengan muka minta pelempang, aku tadahkan muka aku kat budak kecil yang berbakat besar, MUA Lili. Sangat gojes muka aku bila dah siap solek. Aku dah feeling-feeling artis dah. Kalau korang nak gojes macam aku, korang boleh contact Lili nie kat nombor 012-9113661. Dia nie kecik-kecik, comel sangat. Lemah-lembut gitu. Boleh pergi kat fb dan blog dia.


Kejelesan terserlah bila masing-masing bawa suami. Okay, suami aku kerja ! Kenalah redha. Dorang sibuk shoot gambar dengan suami masing-masing, aku pun sibuklah layan si kecil anak kak emi dengan kak yus yang masing-masing mula mengganas bila mak ayah dorang sibuk berposing. Masing-masing anak dah sepasang. Seronok tengok.

 

Bila dah habis turn mak-mak budak, makanya geng-geng yang perasan remaja pula beraksi depan kamera. Serius, aku agak menggigil sampai sejuk-sejuk tangan aku. Aku memang tak pandai nak pose. Tetiba teringat time aku kawin, photographer penat suruh aku senyum secara natural. Makanya, banyak pose aku yang kayu, kaku, plastik, bla bla bla. Ni, aku tepek yang cantik je. =P






Gambar aku tak boleh banyak-banyak, nanti korang muntah. Hahaha. Kalau korang nak kenal geng blogger yang memang best dan gila-gila yang ada sama time photoshoot hari tue, korang boleh klik kat gambar dorang.

     
          



Sungguh, dalam bersahabat itu bukan masa ukurannya. Tapi fahaman yang sama yang mampu membuat hubungan itu sentiasa serasi bersama.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

29 comments:

Mila Ahmad said...

I lap u larh mak oiiii..mmmuuuaahhh !

Masya said...

cantikkk.. banyak gambar... enjoynya....

owhh same dgn yg eida amik gambar jugak yer....

Fahimah Mahayuddin said...

Cantik sgt!!!!! gojes giler...

Unknown said...

pergh..lepas kawen dah jd bergaya..ahaha

::EIDA:: said...

Kak Masya, aah sama dengan ida.. eh eh jawab pulak kat sini.. HHAHA


Makkk, kaw sekali buat entry, terus BEST okay!!!! Update selalu........................ tau!

Nory Zoulkefle said...

pandaiii ko karang citer ,mak...aku tgh fening nk taip ape ni...heheh...

Nurul Shafina said...

cantiknya akak !!

BitsBest said...

cantekkkk ler...

seronok tgk ramai2 tu...
so collourfull!

Eiqa Almond said...

Semua cantik2x..!! :D
Kenal Kak Mila, dia gila-gila laa.
hohooo
comment dia semua buat eiqa tergelakk.

Mimie said...

bestla dpt join photoshoot nih

Mak Esah said...

Sumpah cantik giler gambar... Sangat warna warni... @__@

cik mah said...

bestnyer lah.....

ameris said...

sayang korang semua...
muahhhhh

IntaNBerliaN said...

wah bestnya.... berPS dengan blogger :-)

Nisah Idham said...

semuanya gojes gojes belaka..

mia izzati said...

hebatle semua geng2 blogger tunjuk aksi hehe...

Pemikir said...

wah gambar gambar yang sangat menarik. boleh prin besar besar lekat kat dinding rumah mesti mearik

Mek Onie said...

lebiu la mak !

nadia farahida said...

makkkkkk, meriahhh kannnnn. ;))
mesti skrg mak dah tdo kan. kuikuikui

nadia farahida said...

makkk, gambar dekat pj xlawa sangattt la. mungkin sebab gelap. tapi xpe, nnti nadia bagi eh..

sarahhernyzar said...

next time jemput sara juge oke.
nak juga ber"camwhore" dengan blogger. hehe :)

p dot s: sara penggila camera~!!! sekian.

SUHAIDA said...

Cantek! Muka u mcm ella la.sweet

Mizz ErMa said...

wah, cun3..hehehe akak surirumah ke? best3..hehe

NasQ said...

untung la orang glemer...

GOLD FINGER said...

cantiknyaaaa..sapalar yg anggun sgt ni..rasa cam nk ambik jadi model cadar or carpet..kim salam kat baju merah tu..haahahahaha ...*tangandibahumatakeatas*

Aty Fared said...

cantik gambar2...:)

Mr.Superman said...

makin berseri2 haaa..lps kwin ni kn :D alhamdulillah.

Potia Casadelarossa said...

wah... lawa2 gambar2 ni... tak tau nak bezakan mana satu mak dara dan anak dara... ekekekek

dalila said...

weee..meriahnye bile blogger2 berkumpul..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...