Monday, December 30, 2013

Petua dan Pantang Larang Mengandung dan Berpantang

Assalamualaikum korang. Apa khabar? Baiklah hendaknya ye. Macam biasa, kita ni orang Melayu memang kaya raya dengan adat, budaya dan pantang larang. Dari kecil sampailah besar, macam-macam ilmu turun-temurun yang kita dengar. Untung juga sebenarnya jadi anak kampung, yang mana mak ayah masih amalkan macam-macam petua. Cumanya sanggup dengan tak je lah nak ikut. Kadang rasa macam merepek dan azab je. Kadang sebab takut jadi apa-apa, redha dan bertabah jelah ikut. Macam aku. Pfft. = . ="

Nak dijadikan cerita, ada macam-macam petua dan pantang-larang yang aku ikut sepanjang mengandung dan berpantang. Aku nak kongsikan dengan korang, mana tau berguna. Antara yang aku ingat:


Gunting dan Jerangau

Gunting ni mesti korang taukan. Gunting kecil je. Simpan dalam uncang kecil dengan batang pokok jerangau. Orang jawa panggil sawanan. Pastu, masa mengandung bawalah ke hulu-ke hilir. Aku ikut je mak aku suruh buat. Sampai sekarang ada lagi uncang ni dalam laci.

Kebetulan, kisah jerangau ni bermula masa ayah mertua adik ipar aku meninggal. Masa tu aku tengah mengandung dan kami sekeluarga belah suami aku nak pergi menziarah. Makanya, batang jerangau ni mak aku suruh kunyah lumat, hancur-hancur, lepas tu sapu kat perut dan belakang telinga. Rasa jerangau ni nak kata pedas tak pedas, nak kata pahit tak pahit. Cuma kat lidah tu macam pedas gigit halia lebih kurang.

Lagi satu, jerangau ni digunakan untuk baby. Sapu kat anggota badan kot camtulah. Orang tua kata untuk elak sawan macam-macam.

Lempuyang

Yang ni agak tragis bagi aku. Kohkohkoh. Ikutkan perangai aku, memang tak lah aku nak telan benda alah ni, tapi disebabkan sayangkan Darwish, aku rela walau terpaksa. Gitu. T.T

Lempuyang ni bentuk dia macam halia. Sekali tengok memang tak ubah macam halia. Rasa dia pun lebih kurang macam halia TAPI pahit gileeee! Aku tak tipu beb sebab aku kena paksa minum. Yakkksss. Warna dia bila diparut untuk buat pati tu warna hijau lumut + susu. Boleh bayang tak warna dia? Mesti kau nak tahu fungsi dia kan sampai tahap kenapa aku sanggup minum. Fungsi dia menambah susu badan. Alhamdulillah, lepas minum lempuyang tu, aku rasa susu penuh. Aku tak sanggup minum secawan. Aku minum setengah cawan je, itu pun ambil masa dua hari. Tekak aku sakit sampai ayah aku perli. Hahaha. Sampai ke hari ni, cuma sekali tu je lah aku minum. Macam tak sanggup nak telan berkali-kali.


Gunting, Cili Kering dan Kacang Hijau

Kes kalau part gunting ni biasalah mesti simpan dalam uncang. Simpan dalam uncang tu dengan cili kering dan juga kacang hijau bila dah bersalin. Fungsinya aku tak berapa nak pasti. Tapi yang aku terdengar, kacang hijau tu, kalau ada 'benda' nak kacau, susah sebab dia kira kacang hijau tak habis-habis. Mungkin kalau cili kering, dia pedas kot. Mungkin lah.

Uncang ni, sampai sekarang ada je kat atas kepala Darwish kat tempat dia tidur. Aku bawa je lah gi mana-mana kalau bermalam dekat tempat selain rumah mak aku ni. Sekali dengan yassin.


Sapuan di Muka Anak

Ehem, petua ni macam pffft sikit, atau mungkin macam lucah bagi kau. Mula-mula aku gelak guling-guling tapi bila tiap kali nak keluar rumah bawa baby masa dalam pantang mak aku pesan, aku buat je lah.

Gosok muka baby dengan seluar kecil ayah dia! Yang dah diguna dan bukan yang dah dibasuh. Fine, mesti kau tanya, dah kenapa nak kena buat macam tu. Aku mula-mula macam, biar betul mak ni. Aku buat tak? Yang ni aku tak buat. Kohkohkoh. Sebabnya aku rasa macam kejam gila nak usap muka Darwish yang mulus suci bersih tu dengan seluar kecil ayah dia. No no no mak, tak mungkin. Huhu.

Lagi satu, usap dengan tapak tangan kita TAPIIIIIII usap dulu tangan kita kat kemaluan kita, bahagian luar. Maksudnya, just usap je buat syarat macam kita dah siap-siap berkain semua, usap kat luar je sekali lalu dan usap kat muka baby dan selawat. Huh, yang ni lega sikit dengar dan aku buat.

Tujuannya, kata orang tua-tua, kalau 'benda' tengok dan nak ikut tak jadi nak ikut sebab pada pandangan dia, muka baby buruk. Wallahu a'lam.


Cuci Muka, Kaki atau Berwudhu'

Ni biasa dengar rasanya. Kalau balik lewat malam, ada baby dalam rumah, jangan terus masuk dan tegur baby. Make sure basuh muka, kaki atau seeloknya berwudu' dan bagi salam dulu kat baby sebelum tegur. Yang ni, encik suami hari-hari jugaklah dia buat kalau balik lewat.


Duduk Tumit Kaki di Punggung

Masa dalam berpantang, aku jamin 100% tak ada yang berani cangkung kalau bersalin normal. Tapi, bila rasa dah baik kononnya jahitan tu, beranilah cangkung. Kan, kan, kan. Nenek aku bising gila masa aku cangkung nak ambil baju dalam kotak. Katanya, aku belum cukup 100 hari. Pasrah aku duduk macam orang Jepun tu, sopan-santun sampai kebas kaki. Tabah sungguh.

Masa nurse datang rumah nak check aku dengan Darwish, dia sampai terkejut sebab aku susukan Darwish dengan duduk macam tu. Dia siap cakap, "budak-budak sekarang semua duduk terlunjur kaki susukan baby. Bagus awak ni", serius, memang bangga tapi nak je aku cakap kat nurse tu, "nurse tau tak, nenek saya dera saya.. waaa.."

Bak kata nenek aku, petua ni untuk elak apa benda ntah terkeluar dari tempat jahitan tu. Entahlah. Kalau korang sanggup, try lah.


Tutup Dahi

Part tutup dahi ni, masa aku bawa Darwish keluar pergi majlis hari jadi anak buah aku. Kami sampai rumah abang aku dah lewat petang. So, decide nak gerak balik rumah lepas maghrib. Abang aku yang pesan tutup dahi tu. Aku ikut je. Sampai sekarang, kalau keluar malam, aku tutup je kepala dan dahi Darwish.


Harapnya perkongsian ni dapat bagi manfaat kat semua. Mana tahu suatu hari nanti aku pula jaga orang berpantang, bolehlah aku plak follow benda-benda ni, nak kasi dera sama itu budak. Hahahaha.




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

6 comments:

Mila Ahmad said...

Petua orang dulu pelik-pelik kan? tapi sebab ada baby masih kecil ikutkan jela kalau jadi apa-apa nanti susah pulak

Unknown said...

nasib aku xde pantang cm ko..haha.. ku nk minum jamu je bcinte.. beli je lebih...minumnye tak..

Nory Zoulkefle said...

serius!!! ni first time nory taw pasal pantang larang yang ni...
bab mencangkung tu je tahu,,,hehe

NasQ said...

baynaknya pantang...

diary_ciknaa said...

banyak nye pantang yg ciknaa tak pernah dengar..huhu.tp pantang belah johor style jawa mmg ciknaa banyak cenggini. siap uncang bagai.ciknaa lyn je, tp balik kl ntah mane dah uncang tu semua.. huhu.

Masya said...

iza pun jawa yer.. hadoilah lbh kurang mak sya punye tips jer tau... pasrahkan.. lagi² bab kelima tu .. seyes ... sy buat yg cam iza buat jer.. x sanggup nak bg anak kt yg comey tu.. hidu seluar kecik ayah dia hahahaha ...

lg satu masa dlm pantang mak saya suruh julur kaki nak tdo siap ikat kaki .. kunun² nak bg lurus .. kan dah mengangkang masa nak berslain tu ... dah sekali sy bentan, mak... lupe sy ni brsalin operate mane blh buat camtu adehhh mak²..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...