Wednesday, March 19, 2014

P & P : Fisioterapi

*P & P = Pengajaran dan pembelajaran

Assalamualaikum semua. Moh kita teruskan sesi belajar. Masuk ke kelas lah pula kita ye. Kelas bersama Darwish. Gitu.



Macam biasa, setiap bulan, Darwish akan ke HUKM untuk sesi fisioterapi. Dan setiap 4 bulan, ada appointment pakar. Alhamdulillah, semuanya baik-baik saja. 

Apa yang Darwish buat semasa fisioterapi berlangsung?

Darwish dipantau oleh seorang ahli fisioterapi bernama Diyana. Cantik manis, murah dengan senyuman dan sentiasa bertenaga walaupun jam dah pukul 5 petang. Bukan nak cerita pasal Diyana ni, tu mukaddimah je. Panjang gila mukaddimah aku. Huhu.



Darwish start fisioterapi dari dia sebulan. So sekarang ni dia dah 5 bulan lebih, maka dah 5 kali jugalah dia berada kat kelas fisioterapi tu. Untuk pengetahuan korang, kalau nak tahulah, setiap sesi dijalankan selama sejam kebiasaannya. Kalau nak ambil sesi extra pun boleh. Momantai. Asalkan korang rajin book appointment dan boleh lari dari kesibukkan kerja pada bila-bila masa. 

Dalam setiap sesi fisioterapi yang dibuat, biasanya Darwish akan buat `latihan senaman` meregangkan segala otot dan juga melakukan aktiviti in advance sebulan. Maksudnya, masa dia umur 4 bulan, dia dah dikenalkan dengan perkara yang budak 5 bulan biasa buat. Bagus juga, cuma kadang menangislah dia. Haha.

TAPI . . .



Masa kali pertama, kedua, ketiga dan keempat, memang Darwish sukaaaaaa tidur bila masuk je kelas fisioterapi. Lama pula tu. Nak kejut tak sampai hati. Pffft.

Dan bila kali kelima, on the way ke HUKM je, aku bagi Darwish tidur dalam kereta. Memang bila sampai dalam kelas tu pun dia bantai mentido, tapi tak lama sangat, dia dah bangun. Masalahnya, gini pula rupa dia bila suruh buat aktiviti. Alahai anak.





+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

17 comments:

Unknown said...

ko gigit je die tu.. ishhh..

luvDriGhtOne said...

npe kne bw g fisio kak?

Mr.Superman said...

embamnya darwish! comel :) ikut muka bapaknya bulat. semoga semuanya baik2 ye za. kirim salam dr pakcik afiq. :D

amal said...

haha comel tau dia. ape ni tido dalam kelas? hihi

humble.yat said...

hai darwisy..comel betul buat mulut muncung2 mcm tu..:-) rajin exercise tau..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ieza. tembamnya pipi darwish. geram tengok. hehee muka cam abah dia la

Mila Ahmad said...

Darwishhhhhhh tergelak mama mila baca statement mak kau ni lah....jalan2 je mana fisioterapinyaaaa hhahahaha...

Lady D said...

Hihi...tido pun exercise la mama..titew ngantokk...huuuu~

Siti Munirah said...

fisio dari umur sebulan? kenapa ye?

mommy.aisy.hana said...

Kecil to dan kelas.. sok besar x to do la.. hehe

mommy.aisy.hana said...

Kecil tdo dlm kelas, sok besar tak buat dah la. .:)

NasQ said...

muka bosan tu sangat ohsem...

ieza ashaari said...

Sebab kes HIE. Kes masa bersalinkan dia.

ieza ashaari said...

Darwish bls waalaikumsalam pakcik afiq. Hihi.

ieza ashaari said...

Darwish ada kes HIE, masa bersalin. Ada dalam entry msa za bersalinkan dia.

Mr.Superman said...

bila besday darwish? pakcik nak bagi hadiah la,memandangkn darwish lahir pakcik tak bagi pape T_T minta maaf la nakk,pakcik busy duniawi.

::EIDA:: said...

kahkahkahkahh.. darswih taknak fisio laa mama... darwish nak jalannnn jalannn hehehhehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...