Thursday, March 20, 2014

Free Make Over by Mary Kay

Assalamualaikum semua. Kalau entry lepas kita masuk kelas fisioterapi bersama Darwish, entry kali ni kita masuk kelas lagi, tapi kelas kecantikan bersama mama Darwish. Teruja tak, teruja tak? Dah macam kanak-kanak rebina pula aku rasa karangan aku.

Actually, ini semua berlaku tak dirancang. Aku bukan jenis manusia pergi sedekah duit buat facial. Seriously, masa nak kawin dulu pun (macam dah lama sangat pula aku kawin), aku pergi spa tapi tolak rawatan facial. Aku macam tak berapa nak percaya tadah muka untuk facial, takut ada kesan sampingan. Walaupun muka aku ni bukanlah artis sangat, tapi baik beringat sebelum kena dan juga mencegah labih baik dari mengubati. Gitu ye kelas pepatah kita hari ni. (>_<)

Kebetulan, kawan aku ni nak pinjam muka aku katanya. Kawan dari kecil, so tolong apa salahnya. So, aku percayalah kat dia, konon mengubah aku menjadi lebih jelita. Puii! Aku buat make over ni tak berseorangan. Macam biasa, dengan geng suri rumah, Umi. Ini gambar konon-konon muka suci bersih tanpa secalit bedak. Tukang ajar yang paling comel tu, tudung biru. Darwish pun sibuk terselit sama kat tengah-tengah. Saja nak bagitau, aku ambil gambar tu guna monopod. Batak sikitlah sebab first time guna.


Sampai je, isi borang macam jenis kulit, produk apa yang dipakai bla bla bla. Lepas tu, bermulalah sesi make over. Semuanya natural sahaja sebab kalau nak keluar gi mana-mana mudah dipraktikkan. Dah jadi mama ni, kalau boleh semua nak yang paling ringkas tapi meletop. (o_o")


Sebenarnya kejap je sesi make over ni. Jadi lama sebab layan anak, layan borak. Kohkohkoh. Ni gambar lepas make over. Comel tak kak ton? Lol! Just nice, sweet and simple. Nasib baik encik suami balik lewat semalam, kalau tak... 


Dahlah make over free, dapat pula gift. Comel je beg kecil ni. Dalam tu macam biasa haruslah ada kad nama. Selain tu dapat juga trial blusher dengan lipstik. Aku ni alergi dengan lipstik. Kalau pakai mesti naik bintik-bintik kat bibir. Tapi semalam guna, tengok hari ni macam okay je bibir. Mungkin ada jodoh dengan lipstik mary kay mana tahu. Hihi.


Kalau korang nak try skincare dengan make up free kat tempat korang, cuba try contact sini :

Nur Hidayah bt Misnan (Beauty Consultant)
Nombor talifon: 017-653 6779
E-mail: nurhidayahmisnan@yahoo.com
Facebook: Mary kay-HM
Instagram: Marykayhm



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

14 comments:

Siti Munirah said...

wah. memang tercari-cari juga mary kay consultant ni. tapi nur hidayah tu kat area mana?

Unknown said...

wanita dan kecantikan mana dapat dipisahkan..tipu lah kann kalau taknak cantikk..akak pon if di beri peluang untuk di make over..mau tak nyer..nak lah !

salam kenal dari akak..tQ ieza sudi singgah n drop komen kat blog akak..done follow here #846..keep in touch :)

msredcheesecake said...

barang mary kay ni mahal ke? akk ni tak reti mekap...hhee

- AZIE - said...

suka jgk mary kay ni..tp produk agak mahal sob..sob...so kita plih shaklee lah hehehe

Kamsiah yusoff said...

dok kedah..jauh nak cuba hehe

ieza ashaari said...

Dia dok shah alam.

Lady D said...

Advance u da up entry..daku xsempat lg..;)
Sesape yg minat nk join kelas kita dialu2kn utk contact n buat appointment..kelas ni free je..klu yg luar selangor at least ade 10 orang dayah turun tempat u all..n utk tuan rumah dyh bg special gift..;)

Mr.Superman said...

curlass acik za..hahaha. skrg da suka make over. uish..bertambah sayang abg kt rmh tu :D darwish tgk pun kelip2 mata. HAHAH

Akupenghibur.com said...

wahh untungnya ^_^ rezeki tu

Julia Johari said...

Cantik yer wajah korang gojes sgt2...suka tgk bedak mary kay...gebuuu jek...haishhh cm nak beli jek...cam nak cuba jek...bgus korang ni...manafaat masa dgn baik sekali

Masya said...

PERNAH PAKAI LIPSTIK MARY KAY, MMG MAHAL TP TAHAN 4 BULAN JGKLAH GUNA WALAUPUN SETIAP HR.. YG PENTING SERASI DGN KULIT MULUT NI...

::EIDA:: said...

mak dah pandai bermonopod gituuukkkkk

Lyaa Suriany said...

berseri seri lps facial.
kite seumur hdp xpenah p buat facial kt kdai.
main sental kt rumah.haha. pemalas sgt ni

safurara said...

xsbr nk tgu dayah dtg sini lak.hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...