Thursday, March 27, 2014

Tempat Bercuti Keluarga dengan Anak Kecil di Pahang

Assalamualaikum semua. Cuaca sekarang yang tak menentu ni menyebabkan antibodi ramai orang tak cukup kuat. Kadang tu senang demam, batuk dan selsema. So, korang sila jaga kesihatan ye. Banyakkan minum air masak dan kalau boleh kurangkan aktiviti di luar rumah. Kat sinipun kadang jerebu.

Ini cerita basi yang baru nak dikongsi. Baru ada masa nak update blog. Macam yang telah dirancangkan oleh mak ayah aku, kali ni, percutian keluarga besar telah diadakan di Pahang. Dulu, masa aku kecil, dulu lah, masa tu aku pun belum baligh lagi, pernah kami bercuti di Port Dickson. Tapi, tak pun kami mandi kat pantai tu. Kata je bercuti di PD, tapi mandi air kolam yang ada kat rumah banglo yang kami sewa. Pffft ! Nasib baik masa tu aku kecil lagi, so tak banyak bunyi. Kali ni bila mak ayah aku rancang percutian yang lebih kurang sama, abang aku dah bunyi, "mandi kat mana? Jangan cakap bercuti kat sungai, tapi mandi kat kolam renang rumah banglo tempat menginap..." Hahaha. Masih terang-benderang peristiwa tu melekat kat otak abang aku. =.='


So far, semuanya menyeronokkan. Kami bercuti di Janda Baik. Lebih spesifik di Kuala Lurau Camp Chalet (KLCC), Janda Baik, Pahang. Kau jangan ingat KLCC ada kat Kuala Lumpur je. Pahang pun tak nak kalah. Ayah aku dah siap book chalet. Lelaki yang gagah semua tidur dalam khemah. Serius dah macam camping. Teringat nostalgia masa sekolah. Memang adik-beradik lelaki aku termasuk encik suami tidur berkampung dalam khemah. Sejuk tak hengat! Pagi-pagi bangun tidur masing-masing bersweater, bibir biru pucat. Hahaha. Sunga ni cetek je. Dengan ketinggian aku sebanyak 157cm, ia berada di paras peha. Anak-anak buah aku mandi dengan riangnya.


Semua chalet kat kem tu ayah aku sapu bersih. Harga aku tak tahu, sebab belum tanya, ayah aku dah cakap awal-awal, "kalau tanya hulur duit takpe". Maka, semua tidur secara percuma. Tuan besar yang bayar. Kat kem chalet ni bagi aku semua kemudahan cukup. Ada kantin (ruang makan, siap dapur, tempat membakar), tandas dalam setiap chalet, tandas di luar chalet, ruang solat yang sangat luas dan paling penting, tempat parking kereta pun tak susah. Depan chalet pun boleh. Kawasan pun besar untuk aktiviti lain macam budak-budak lelaki buat. Encik suami pun tak terkecuali.



Kami tidur satu malam je. Aktiviti malam biasalah, BBQ. Makanan untuk bakar membakar ni masing-masing bawa sorang sikit. Encik suami yang gila kambing ni sponsor 33 keping daging kambing siap, tinggal nak kena bakar je. 


Esok paginya aktiviti bebas. Kalau dah aktiviti bebas, ramailah yang terjun sungai. Memang best sekali-sekala riadah ramai-ramai macam ni. 


Habis je bercuti kat KLCC ni, ada lagi tempat yang kami terjah semasa on the way nk balik. Nak tahu ke mana? Nantikan di episod akan datang. Tungguuuu . . .



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

5 comments:

Mila Ahmad said...

sungai dia mesti gila sejuk kan mak?

Sheila Salim said...

Assalamualaikum.. bestnya bercuti dengan keluarga... hehehe lama tak beriadah camni ~~~

Fifi Nadhrah said...

Wah.. bercuti tempat yg aman damai tenang.. seronoknye..

::EIDA:: said...

lama ida tak bercuti dgn family ida.. huuuuuuuu ~ amboii tajuk entry makk kemain panjangnyee hihihihi

Masya said...

loh mana gamboo budak keciknya kikikiki .. seronokkan sesekali cuti dgn family ... ada sebablah tu napa x blh mandi pantai.. bahaya.. dulukan kecik sekarang dah bsr xpe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...