Friday, April 4, 2014

Diploma Penyusuan


Assalamualaikum. Ye, akhirnya aku berjaya mengharungi cabaran untuk mendapatkan Diploma Penyusuan. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak mereka secara eksklusif selama 6 bulan, dorang dikatakan mendapat anugerah Diploma dan kalau dapat bagi sehingga 2 tahun, dapat pula pangkat Ijazah. Gitu. Dah macam kat universiti pulakan. 

Seriously, aku bangga dapat besarkan Darwish dengan fully breastfeed. Bukan membangga diri, tak, aku tak cakap aku bangga diri kat korang, cuma aku rasa bangga dengan diri aku sendiri sebab boleh lakukan benda ni walaupun banyak kata-kata dan perbuatan manusia di sekeliling aku yang seakan tak sabar nak bagi Darwish menjamah makanan. Bukan senang nak hadam kata-kata orang, tapi aku telan juga.

Untuk mama, ibu, mommy, mak, atau apa sahaja panggilan anda, berusahalah untuk menyusukan anak anda sepenuhnya. Namun, bagi mereka yang tidak dapat melaksanakan kerana sebab yang betul, percayalah, anak anda pasti memahaminya. Janganlah berputus asa hanya kerana kata-kata,

"DULU aku bagi makan elok je hidup sampai sekarang. Jadi orang juga, sihat walafiat".

Sedarkan diri kita, kita bukan hidup di zaman dulu, tapi zaman sekarang. Dunia yang penuh virus dan bakteria, dunia yang penuh habuk kotor dan debu dan juga dunia yang paling kejam sebab orang lain yang sibuk membuat keputusan untuk anak anda. Sila bertabah. Didiklah anakmu mengikut zamannya, dan bukan seperti zamanmu.

"Anak aku sihat je. Aku dah bagi makan dan dah campur susu".

Alhamdulillah anak kau sihat bila kau dah bagi makan dan susu campur. Alhamdulillah, kau patut bersyukur. Tapi, kalau anak aku sakit bila aku ikut cakap kau, apa kau buat? Paling biasa pun kau boleh tengok, lepas tu, keluar pula ayat,

"Anak kau ni kurang antibodilah. Tak kuat. Anak aku okay je". 

Baiklah, yang bagus semua anak kau. So, tak payah dah nak sibuk anak orang. Gitu. Bagi aku simple, dengar boleh, ikut tu tengok dulu. Bukan apa, bayi ni memang dicipta Allah, makanan ruji dia mula-mula adalah susu ibu. Dulu masa sekolah, aku pernah belajar yang air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur 2 tahun yang hanya menyusu ibunya sahaja adalah najis mukhaffafah, najis paling ringan, yang mana najis itu kalau nak disucikan memadai hanya dengan menjiruskan air bersih sahaja. Bukanlah aku nak cakap yang aku tak akan bagi Darwish makan langsung sampai umurnya 2 tahun, tapi, apa yang aku nak highlight adalah ISLAM sendiri menunjukkan bahawa susu ibu ni sangat tinggi khasiatnya sehingga mampu membesarkan seorang bayi lelaki sampai umurnya 2 tahun. So, kenapa perlu terlalu risau anak tak cukup zat kalau menyusu ibu saja sampai umurnya 6 bulan?

Oleh itu (penanda wacana tak hengat!), sebagai mama yang tahu apa yang terbaik untuk anaknya, buatlah ikut naluri hati. Dan, jangan jadi ibu bapa yang sibuk membezakan anak sendiri dengan anak orang lain. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Ini teaser . . .





+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

3 comments:

Tea Dno said...

yeahhh. kita pun tunggu baby kita 6 bulan baru nak bagi makan bijirin2 tu sume. not now. takut perut dia tak tahan. baby sekarang bukan macam baby dulu. lagipun susu ibu sangat2lah agung, banyak khasiatnya. itulah yang telah Allah kurniakan kpd kita. rasa macam taknak campur dgn susu formula je. huhuhu.

puan.mila said...

Alhamdulillah..bangga makkan? Kekeke..iza, kalau 2tahun PHD tu..kalau setahun degree, 1y 6m master..gitu la yg mila tahu dlm award bf ni..heheh..ada award jgk eh??

Gud luck!!

Masya said...

chaitok.. chaiyokk.. demi anak kt kena kuat.. insyaallah anak yg menyusu dgn kt mesti rapat dgn kt mcm amir.. sungguh pun amir menyusu 4 bulan jer penuh tanpa campur susu lain..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...