Tuesday, July 1, 2014

Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Ulang Tahun Perkahwinan


Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, kita sedang melalui bulan mulia, bulan Ramadhan. Dah masuk hari ketiga pun. Kejap sangat masa berlalu. Tak macam masa zaman budak-budak dulu, rasa lama sangat nak habis puasa sebab aim raya. Kes nak kumpul duit raya. >_<

Apa beza Ramadhan kali ni bila dah masuk 3 hari? Bagi aku personally, sangat berbeza. Bukan 3 hari ni saja, tapi dalam 3 Ramadhan tahun yang lepas. Bermula kisah Ramadhan masa pertama kali bergelar isteri, diikuti kisah Ramadhan bakal bergelar mama yang memaksa aku ponteng puasa 20 hari sebab keadaan Darwish dalam perut yang sangat lemah dan tahun ini, alhamdulillah, Allah temukan aku lagi dengan Ramadhan, bersama anugerah terindah, kisah Ramadhan dengan bergelar mama kepada Muhammad Zarif Darwish. Subhanallah, besar sungguh nikmat Allah kepada aku. 

Bila bergelar mama yang fully breastfeed ni, seriously, sangaaaaaaaaaaaaat mencabar. Even Darwish dah start makan, dia masih menyusu badan sepenuhnya dan masih belum bercampur susu. Alhamdulillah, murah rezeki susu untuk Darwish ni. Cumanya, hari pertama puasa hari tu, aku lembik sangat-sangat. Haus dan lapar yang amat. Tak tahu nak explain macam mana, tapi rasa nak pitam. Mula puasa hari tu kat rumah mertua. Mak mertua dah start masak, aku masih bantai mentido. Menantu hantu sunguh! Tapi, berjaya puasa hari pertama.

Semalam pun masih tak kuat lagi serasikan badan. Pukul 4 petang dah rasa nak pengsan, nak tumbang. Mungkin juga faktor cuaca; el-nino, ni kan. Darwish pun asyik haus saja. Kesian kat anak, tapi risau juga tak tahan berpuasa. Alhamdulillah, dapat penuh puasa 2 hari. Dan hari ni, terus mencuba untuk berpuasa penuh juga, dan hari-hari seterusnya. Semoga Allah cukupkan tenaga, cukupkan susu juga untuk permata hati tercinta. Amin.


Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang kedua buat kami suami isteri. 29 Jun 2014 bersamaan 1 Ramadhan 1435H. Alhamdulillah, semoga berkat bulan Ramadhan ini, perkahwinan kami terus dilimpahi rahmat dan sentiasa dalam keberkatan lindungan Allah. Semoga rumah tangga terus disirami dengan kasih sayang yang berpanjangan. 


Buat encik suami tercinta, terima kasih atas segala-galanya. Terima kasih atas kasih-sayang, terima kasih atas nasihat dan teguran, terima kasih kerana menjadi suami yang kebal dengan karenah isteri, terima kasih kerana bersusah berlelah memerah keringat buat isteri dan anak. Semoga kami mampu menjadi aset yang membawa kamu ke syurga.




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

7 comments:

safurara said...

ko dah kenapa? nak anak pompuan ke.hahaha

Ismi Ana said...

Aduii..kami yang takde anak ni pun lembik dia kemain. Ape lagi kak Ieza. Semoga dapat hadapi bulan puasa dgn tabah. Dan selamat ulang tahun perkahwinan.. :)

Unknown said...

i feel u.
i pon masih susukan imani n blom campur fm lagi..
still pump..

all d best n selamat ulang tahun perkahwinan:)

Unknown said...

i feel u.
i pon masih susukan imani n blom campur fm lagi..
still pump..

all d best n selamat ulang tahun perkahwinan:)

humble.yat said...

seronok bila tengok kawan bahagia...selamat ulang tahun perkahwinan ieza...semoga kekal bahagia dunia dan akhirat amin...!
:-)

Mr.Superman said...

za huii..haha. :D kjp je da 2,3thn. za da pun bergelar isteri org,kita je blm jd suami org lagi :D takpe..blm sampai seru kot. salam ramadhan kareem za dan keluarga :)

::EIDA:: said...

pewitttt! happy anniversary mak! dan selamat berpuasa.. eh? dah seminggu baru nk ucap! HHAHAHHAA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...