Wednesday, September 10, 2014

Fisioterapi dan Rumah Sewa

Kalau tahun lepas, masuk je bulan September, aku dah berdebar sangat-sangat. Tiap hari dah fikir cara-cara nak push keluarkan Darwish dari perut. Walaupun hampir setahun berlalu, kenangan tu masih jelas ada kat kepala ni. Darwish pun lebih kurang dua minggu lagi dah nak setahun. Cepatnyalah bujang ni membesar. Tup-tup nak setahun juga fully breastfeed Darwish. Alhamdulillah. Rezeki Darwish. Mama nak dapat Ijazah Sarjana Muda Penyusuan pula ni. >_< Sempena nak setahun, macam biasa, aku botakkan lagi Darwish. Suka tengok dia botak. Seksi. Lol.


Semalam, sesi fisioterapi Darwish macam biasa. Setelah sebulan bercuti raya, bila sampai unit fisio, tengok Darwish teruja. Semangat berkobar tak macam dulu tidur lah, malu-malulah. Therapist pun cakap nampak peningkatan yang positif. Tapi, tak tahulah bila boleh discharge sebab still lagi ada appointment. Tak apalah, asalkan Darwish sihat walafiat. Awal bulan depan pula appointment pakar. Harap semuanya baik-baik. Amin. Dalam video ni Darwish masukkan bola kat tempat gol tu. Sebelum tu, therapist ajar sekali je. Aku ingat dia tak buat atau dia main bola masuk dalam mulut ke. Rupanya elok je dia ikut arahan. Bangga tambah sebak rasa. Good job sayang.


Sepatutnya, bulan ni kami masuk rumah sewa. Menyewa saja dulu, belum mampu membeli rumah lagi. Harap dapat buat doa selamat masuk rumah dengan sempena Darwish setahun. Tapi, harapan je kot. Hahaha. Banyak kekangan lagi nak masuk rumah tu. Semoga semuanya dipermudahkan. Tak sabar nak duduk sendiri, nak deko-deko (angan-angan macam rajin sangat pui!). Jangan terkejut lepas ni blog ni jadi blog deco by ieza (muntah aku menaip bahaha). 

Hari-hari dah termimpi-mimpi nak susun ini kat mana, itu kat mana. Paling best part dapur nak kemas gula garam segala walaupun masaknya belum tentu. Aku takut nanti Darwish je yang banyak mengemas. Tiba-tiba bangun pagi, "mama, bangun breakfast. Darwish dah masak!". Kau mampu? Hahaha.


Okay, aku dah melalut. Semoga September yang aku tunggu-tunggu ni be nice dengan kami sekeluarga. Semoga urusan pindah ke rumah sewa dipermudahkan.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

12 comments:

Fathiyah Jamaludin said...

amin, dipermudahkan hendakNYA
sama la i dulu nak pindah duduk rumah sewa dgn anak n suami mmg teruja sangat.mcm2 nak deco..
tp last2 kelaut..duit tak de..hahaha

tp penting kena pastikan rumah kemas n bersih sentiasa..

Chekgu Azrine said...

Semoga darwish trs mmbesar sgn sihat dan menjadi anak yg soleh

(●*∩_∩*●) said...

geram tgok darwish comel sgt bile botak..hehe..
dah nak setahun rupanya dia..untie ingat mcm baru je tgok gambo die lahir smlm kat blog mama dia..

Fahimah Mahayuddin said...

comelnya darwish. semoga terus membesar dgn sihat & jadi anak yg soleh ya!

Ismi Ana said...

Alolo..da nak setahun dah darwish ye. Semoga Darwish membesar dengan baik & sihat sejahtera. Moga di permudahkan segalanye.

GOLD FINGER said...

Comel lar dia..Alololo..

::EIDA:: said...

Ida xdpt tgok video.... xpeee makkkk berangan itu indahhh hihihi.... nnti kita serbuuuuu umh makkkkk yeayyyyyy

Mila Ahmad said...

pandai sangat darwish ni gud job anak...sayang ckit muah !

Mila Ahmad said...

pandai sangat darwish ni gud job anak...sayang ckit muah !

Bunda_nora said...

Salam dari bunda...

Syamimi Saad said...

Comelnya darwish.. :)

Masya said...

insyaallah moga dipermudahkan ... haha bantai gelak baca .. tetiba darwish kejut mama bgn nah breakfast ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...