Thursday, September 18, 2014

Azan Syiah Secara Terbuka

Cerita ni mungkin ada segelintir dari kita yang dah pernah dengar. Tapi, bagi aku, memang pertama kali dengar. Seriously, aku langsung tak sangka yang benda ni betul-betul macam dah kebiasaan. Allahu Akbar. Aku sangat takut.

Aku hari-hari berwhatsapp dengan kawan aku kat Dublin, Ireland. Sampailah satu hari, tiba-tiba dia macam gelabah cuak segala. Aku pun tanyalah kenapa. Lebih kurang macam ni lah isi kandungan whatsapp dia tu.

* * * * * * * * * *

Aku dengar azan tu time Maghrib waktu UK. Ireland dengan UK sebelah je. Kat sini pun ada tv macam Astro, namanya Sky. So, kat Sky ni memang banyak rancangan dari UK. Kalau ikut sejarah pun Ireland ni asalnya jajahan UK. Kalau tengok peta, ada Northern Ireland and Ireland, 2 negara yang berbeza. Northern Ireland tu masih bawah UK lagi.

Time aku dengar azan tu, yang masa mengucap tu tak ada Muhammad tapi jadi Ali. Baris depan sama yang “Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah", baris kedua jadi lain. Aishhh time tulis pun dah seram. Allah, minta kuat iman dan tak terpesong.

Pastu ada lagi tambahan perkataan tapi tak pasti apa. Cuma yang terkejut, azan tu dikeluarkan kt tv. Means penyebaran secara terbukalah kan.

Lepas azan tu ada juga macam zikir-zikir. Macam pelik je so aku tak dengarlah. Tak berani, tu zikir syiah kot.

Actually aku tak tahu tu azan syiah. Bila aku check dengan beberapa orang kawan aku yang berilmu agama ni, mereka cakap tu syiah.

* * * * * * * * * *

Takutnya aku. Dunia akhir zaman. Semoga kita sentiasa berada di jalan-Nya. Semoga juga akidah kita tak terpesong. Entah berapa ramai yang ikut azan tu untuk solat. Entah apa kefahaman mereka tentang itu semua. Entahlah. Takutnya nak besarkan anak-anak zaman sekarang ni. Dulu tak ada tv pun tak ada masalah. Astro tak ada pun boleh je hidup. Sekarang? Tepuk dada tanya iman.

Rindu dekat sahabat aku ni. Semoga dia sentiasa baik-baik sahaja di bawah lindungan Allah. Yatim piatu, merantau sorang-sorang. Ya Allah, berikanlah segala yang baik buat sahabatku, jauhkan dia dari keadaan yang sukar dan membebankan. Amin. Gambar ni diambil beberapa hari sebelum dia terbang ke Dublin.




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

10 comments:

MOMMYLIN said...

seram kan... mintak jauh...
entry terkini...ayam pandan sedap

Ismi Ana said...

Syiah mmg makin berleluasa skrg. Dulu syiah ni berasal dari timur tengah sana. Pastu jangkit sampai ke indonesia. Kat Malaysia pun ade. Yg sembahyang dia letak batu kat dahi tu syiah. Kalau kat masjid kita selalu jumpe camtu.

::EIDA:: said...

darwish jual stokin ke sayang? hihihi

safurara said...

ish! yeke weh.seram nya aku dengar.huaaaa

Mila Ahmad said...

sama-samalah kita saling ingat mengingati supaya tak terpesong akidah

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ieza, menakutkannya baca ni.. semoga Allah melindungi kita semua..

dalila said...

ye ke..takutnye bace..
mintak negara kita dijauhkan dr sume tu wlupun ada dgr2 syiah dg start berleluasa..moga kita sama2 terus dikuatkan iman dan hati..

Nory Zoulkefle said...

macam2 sekarang ni kan...kena lebih alert pasni...

GOLD FINGER said...

Good info fr sharing..akk 1st time dgr ni

Anonymous said...

Orang non-Muslim boleh dengar azan hari-hari, tak masuk Islam pun. Yang atheist (yg takde fahaman agama langsung) pun tak masuk Islam. Ni Islam takut sangat pada syiah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...