Thursday, September 25, 2014

Selamat Hari Lahir Anak


Buat permata hati mama dan ayah tersayang,
Muhammad Zarif Darwish bin Mohd Nasrul Hadi.

Hari ini 25hb September 2014, genaplah usia kamu setahun. Mama taipkan sesuatu di blog usang mama ni masa kamu tengah tidur dibuai mimpi indah. Dan mama tahu, kejap lagi kamu akan ek ek ek sambil konon-konon kesat mata kelihatan seperti tidur terganggu tapinya kamu nak susu. Tak pe, mama faham. Eh, ke kamu hari-hari macam tu sebab dengar ayah dengkur kroh kroh kroh? Takpe, takpe, nanti lama-lama kamu biasalah macam mama ni. >_< 



Mama nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat kamu yang pertama. Di usia ini, banyak sangat pencapaian cemerlang yang kamu tunjukkan. Gigi pun dah nak 8 batang. Berjalan pun dah habis lantai kamu ukur. Bila mama tanya, "Darwish mana?", cepat saja kamu angkat tangan sambil tersengih. Dapat saja buku di tangan, terus sebut A. Subhanallah, Maha Suci Allah yang menjadikan kamu sungguh bijak.



Darwish anak mama dan ayah, mama nak katakan sesuatu di sini. Mama minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kerana kamu merasa sakit perit yang teramat di usia kamu satu hari, setahun yang lalu. Mungkin kerana lemahnya mama meneran kudrat untuk mengeluarkan kamu dari rahim mama, menyebabkan kamu terpaksa bertarung nyawa untuk terus berada di sisi mama dan ayah. Di usia kamu sehari itu, kamu telah dikenalkan oleh Allah apa itu puasa kerana kamu tidak boleh menyusu. Di usia kamu sehari itu, kamu mampu menahan sejuk dunia kerana tidak boleh berpakaian seurat benang. Terima kasih sayang sebab terus kuat. Bertahanlah kerana di masa depan nanti lagi banyak ranjau yang kena kamu tempuh.



Darwish, mama doakan kamu menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat, insyaAllah. Semoga kamu sentiasa menjadi abang yang baik dan bertanggungjawab bila ada adik-adik nanti kalau ada rezeki, sentiasa tahu untuk merendah diri dan menghormati orang lain. Paling mama mahu, kamu kena pegang dalam hidup ini erti sabar, syukur dan redha. InsyaAllah, kamu akan sentiasa kuat.

Wahai harta mama dunia akhirat, Muhammad Zarif Darwish. Mama dan ayah tak mampu untuk janjikan kesenangan hidup untuk kamu. Tapi, yang mama mampu lakukan, mama korbankan keinginan mama untuk bekerja di luar mencari rezeki membantu ayah demi memastikan mama ada di sisi kamu. Ayah bekerja kuat untuk kita. Semoga, bila kamu besar nanti, kamu tak rasa kurang kasih sayang juga perhatian. Mama dan ayah akan cuba sedaya mampu untuk mendidik kamu. 



Akhir sekali, terima kasih sayang untuk setahun yang sangat membahagiakan ini. Selamat Hari Lahir buat permata hati sulung mama dan ayah.

Ikhlas dari mama.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

18 comments:

Ina Haireina said...

Comelnye..
selamat hari lahir sayang..

Julia Johari said...

Sebak sangat baca :(
Selamat hari jadi si comel tersayang...mmuahhhhhhhh

Unknown said...

Selamat hari darwish..membesar menjadii anak soleh dunia dan akhirat

Anonymous said...

Selamat hari lahir syg.. Jadi anak yg mendoakan ibu bapa ea..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ieza, sebak sheila baca ni. Subhanallah. kuatnya kamu Darwish. Umi sheila doakan kamu membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh dan berjaya dunia serta akhirat. darwish sangat comel... jaga mama ayah baik2 ye bila besar nanti ~~~

mrshaqkirin said...

: Ya Allah.. Sebak baca entry nie..

Anyway.. Selamat Hari Lahir Darwish... :)

Chekgu Azrine said...

Alahai sis..sebak nk mengalir air mata baca..semoga darwish mmbesar dgn sihat..

Happy birthday darwish!!

Unknown said...

syahdunya baca...

darwish good boy

jadi anak soleh yer

Unknown said...

slmt ari lahir darwish... budak domok!!

nanges bce entry ni... huhu

AiniHalim said...

Happy Birthday baby comel

::puan ungu:: said...

Happy birthday Darwish=)

GOLD FINGER said...

Happy birthday darwish..aunty doakan darwish menjadi anak yg soleh..membanggakan ibu bapa..comey sgtt..

Bunda_nora said...

Assalam...
Salam sayang dan selamat ulang tahun kelahiran untuk permata hati ieza bunda ucapkan...

Semoga terus membesar sihat dan pintar juga dipelihara Allah dalam dakapan kasih sayang ayah dan ibu tercinta.....
Aamiin...

::EIDA:: said...

Alahaii sebak ida baca.! Darwish jaga mama baik2 ye.... mama byk berkorban niii.. hehehee ~ happy 1year syg!

Ismi Ana said...

Bulatnye mata Darwish. Happy birthday Darwish sayang. ^_^

Masya said...

so sweettt walaupun ada nada sebak dan sedikit sedih.. tahniah darwish dah setahun yer... cptnya masa dulu kenal ieza baru kawin pg honeymoon kat entry ni...

Mila Ahmad said...

Sebaklah entry ni, :'(, semoga DARWISH jadi anak yang baik dan soleh.

Anonymous said...

Laaa.... beza sebulan je anak akak dr Areej... Da lama x bukak blog sejak sibuk ni... sebulan sekali je dpt nk update blog... Seronok Darwish dah pandai nak sebut huruf... Areej ni entah, membebel je bahasa dia sendiri... cakap mcm bunyi kartun pun ada... Hihi~~~ Happy belated birthday sayang Darwish... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...