Tuesday, December 9, 2014

Bayu Beach Resort, Port Dickson

Assalamualaikum. Ohoi, cuti sekolah dah lama start. Ke mana korang anak beranak pergi bercuti? Mesti ada yang sampai oversea kan. Yelah, blogger ni aku tengok semua kaya-kaya. Up cerita bercuti oversea, up cerita beli beg LV Channel segala. Err, bukan semualah. Rezeki masing-masingkan.

Lebih kurang 2 minggu yang lepas, aku anak beranak bercutilah kononnya kat Bayu Beach Resort, Port Dickson. Trip ni bukan kami sahaja yang ada. Ramaiiiiii, tapi gambar beramai nan hado. Aku jenis segan tahap dewa nak ambil gambar. Acaner? 

Stay selama 2 hari 2 malam. Aku anak beranak dapat satu apartment, 1 bilik, 1 bilik air, ruang tamu besar; Darwish lari-lari sampai bosan sampailah dia mop lantai ruang tamu guna baju tidur dia - _ -". Ada balkoni menghadap laut (yang ni best. Pagi-pagi bangun buka sliding door, hirup udara dari laut. Terbaik!)


Kami sampai Jumaat malam. Parking semua okay, dalam kawasan apartment. So, keselamatan kenderaan insyaAllah dijamin selamat. So, malam tu aktiviti bebas. Tidur je lah sebab sampai pun dah lewat.

Nak cerita banyak gambar tak ada. So tak best sangat. Secara pukal, ada aktiviti sukaneka, BBQ, karaoke, dan tukar-tukar hadiah. Seronok, cuma Darwish belum pandai menikmati lagi hal dunia macam tu, so dia dengan hal sendiri. Hahaha. Ni masa dalam lif nak pergi BBQ.


Layan gambar Darwish mandi laut pertama kali sajalah ye. Itu je pun gambar yang aku ada.




Bagi aku, Bayu Beach Resort ni okay. Cuma, bilik tu terletak berdepan jalan besar. Ohmai, malam-malam dengar bising ekzos mat rempitlah, siren polislah, siren ambulanslah. Kalau ada budak yang sensitif bunyi macam Darwish ni, sila bertabah. Yang lain okay kot.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

10 comments:

Aeen said...

lama dah x stay kat bayu..last dulu stay sana sebelum kawen..masih student lagi...hehe...daku pun sama je yg nak amek gambar segan...sejak jadi mak2 ni je segan nak amek gambar..kalau time sblm kawen dlu..gila selfie...hahahaha

Mila Ahmad said...

wah best jalan-jalan. takdelah darwish bosan sgt!

::EIDA:: said...

amboiii happy darwishh dapat cutiikkkkkk..... rindu mama ida takk? huhu

ahmad fauzi aryaan said...

seronok tgk family ni.. huhuh

Husna Yusof said...

seronoknyer ttgk org g bercutii.. :) salam singgah

http://newhusnayusof.blogspot.com/

Siti Munirah said...

opss.. macam tak pernah dengar pulak Bayu Beach Resort. kalau malam2 dengar bunyi bising, rasanya agak mengganggu jugakla kan.. sebab saya pun ada anak kecik juga..

Anonymous said...

Klu corus hotel port dickson lg x best.. Makanan breakfast x sedap..heee

Ismi Ana said...

Mane ade sume kaya2 kak. Hehehehe..bestnye gi mandi pantai. Darwish makin hensem. Hehee

Lama tak singgah sini.

Linakhtar said...

kalu dapat mandi pantai seronoknya... saya nak ke PD bulan 2 ni.. insyaallah..nak bercuti2 ngn family pula ;)

SUHAIDA said...

berangan nak gi pd gak ni..hee..tapi ntah bile

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...