4 bulan oi !!! Aku tak update blog dah 4 bulan ! Memanglah mama Darwish ni langsung tak up to date. Apa yang aku dah buat selama 4 bulan senyap sorang bertapa aku pun tak tahu. Patut nuffnang aku miskin je. Baiklah, baiklah. Ini tandanya aku update blog.
Nak mula menaip balik bukan senang. Kena hembus semangat dan azam yang kuat lagi jitu. Ini juga penanda bahawa entri ini adalah entri pertama bagi tahun 2015. Selamat tahun baru korang. Pangggg, minta pelempang !
Disebabkan entri tahun baru ^_^, aku kongsi cerita best. Yes, sangat best. Darwish sudah discharge daripada rawatan fisioterapi dia. Yeay ! Alhamdulillah. Nanti aku cerita betul-betul kisah hari terakhir dia dekat rawatan fisioterapi tu eh. InsyaAllah. Tak janji.
Dan, yang paling best juga, alhamdulillah, keluarga kecil kami ni dah duduk sendiri. Menyewa saja. Walaupun menyewa, tapi sangatlah seronok sebab dapat berdikari, harap tak susahkan mak abah lagi. Pasal rumah sewa pun, nantilah aku share. Kali ni intro je dulu bagi panas balik blog ni.
6 comments:
ohoii.. baru nak panas baca sekali abis daaaa...
Cepat update ieza...
Ok ciknad dah baca...:) selamat mulakan hidup dlm suasana yg baru...
iza sila rajinkan diri anda update blog.ni aku cakap untuk diri aku jugak haha...
amboiii bersambung2..hehehee
eceh milo. cakap kat ieza, die pun! HAHAHAHA. chaiyokk korang..semoga kekal berterusan update heeeeeeeeeee
Post a Comment