Thursday, October 27, 2011

Cinta

Assalamualaikum semua rakan blogger.


Hari ni adalah hari yang sangat membosankan. Aku sendiri tak tahu kenapa aku boleh rasa sangat bosan bila berada di rumah, sedangkan aku sebelum nie sangat-sangat tak kisah bila berada di rumah. Nak dijadikan cerita, aku kat rumah hanya ditemani adik aku si mulut becok tue. Faham-fahamlah kalau budak kecil duduk berdua dengan kakak dia. Macam-macam lah yang dia buat, sampaikan aku hilang sabar, dan aku pun suruh dia pergi mandi. Time dia pergi mandi tue, baru cool sikit aku rasa. Then, lepas mandi, dia lapar. Aku pun bagilah dia makan nasi. Pastu, dia layan game.

Bila dia dah ada benda yang dia layan, aku pula bosan tahap gaban sampaikan semua cerita kat tv tue langsung tak menarik perhatian aku. Tetiba, member aku sorang ni mesej. Dia nak pinjamkan buku Indahnya Kahwin Muda tulisan Syawana Aziz kat aku. Dan sekarang, aku sedang membelek buku nie. Banyak input juga. Aku tak habis baca lagi, tapi bila tengok buku nie, aku teringat pula sedutan program Semanis Kurma tempoh hari yang membincangkan topik "Petua Kasih Sayang Abadi" dan tetamu jemputan masa tu adalah Dato' Jalaluddin Hassan dan isteri.

Antara input yang aku dapat, adalah rumusan yang dibuat oleh ustaz dan ustazah tentang CINTA.


C - Cantik


Allah suka pada kecantikan. Oleh itu, untuk membina kasih sayang antara suami isteri, perlulah pasangan kelihatan sentiasa cantik dan kemas. Cantik itu sangat subjektif. Tak semestinya cantik pada pandangan mata si A, cantik juga pada pandangan mata si B. Oleh itu, jangan sesekali menilai kecantikan itu secara luaran sahaja, kerana kecantikan dalaman adalah yang lebih bertahan lama. 


Pada aku, cantik itu berbeza pada setiap orang. Pernah suatu hari, aku pilih baju untuk hari raya. Adik-adik aku semua tak berkenan. Katanya, aku tak pandai pilih warna. So, kami buat keputusan, pilih corak yang sama, tapi warna berbeza. At last, bila kami pakai bersama-sama, ramai yang cakap, baju yang aku pakai lebih cantik dan menarik berbanding yang lain. Begitu juga pada manusia. Kadang kita lihat suatu benda itu sangat cantik, tapi, pada pandangan orang lain, ia biasa-biasa saja. Oleh itu, carilah kecantikan pada pasangan anda yang tiada pada yang lain supaya kita menghargai kecantikannya.


I - Ikhlas


Keikhlasan itu tiada pembaris untuk mengukurnya. Hanya Allah yang tahu, sejauhmana keikhlasan seseorang itu dalam berbuat sesuatu. Dalam program itu, terselit kata-kata dari ustazah, "seorang isteri yang ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawabnya melayan suami, insyaAllah akan dihujani dengan keberkatan dalam rumahtangga mereka". Indah sungguh hidup kita bila ikhlas itu ada. Percaya atau tidak, kita jarang untuk merasa sedih mahupun sakit hati bila mana diperlakukan sesuatu yang buruk oleh orang yang kita sayang sebab kita ikhlas menyayangi mereka.


Aku terfikir, bila aku pernah jatuh cinta, dan menyintai. Aku tak sedar waktu itu, tapi sekarang aku sedar. Ya, aku ikhlas memberikan cinta aku. Tak terkesan langsung sakit hati atau marah walau cinta tak terbalas atau pun dibiarkan. Besar sungguh nikmat ikhlas tue dalam melayari bahtera rumahtangga.


N - Nyawa


"Jagalah isterimu seperti menjaga nyawamu", kata-kata yang menusuk ke kalbu aku saat ia diucapkan oleh ustazah. Dalam perbincangan itu, pasangan kita diibaratkan seperti nyawa. Adakah kamu seorang yang tidak menyayangi nyawa kamu sendiri ? Bagi mereka yang tidak menyayangi nyawa mereka, pastinya mereka banyak kali cuba mempertaruhkan nyawa mereka untuk sesuatu yang bodoh, seperti bunuh diri ! Bila diperincikan setiap butir bicara program tersebut, nyawa adalah suatu yang paling penting dari apa pun. Tanpanya, kita tidak akan hidup di dunia ini.


Bayangkanlah kalau nyawa korang tak ada sekarang nie ? Mesti tak ada nya nak beronline blog nie, apatah lagi baca entry aku. Nyawa ni, kadang kita tak sedar kewujudan dia, kecuali disedarkan oleh sesuatu. Contohnya, bila kita kemalangan (minta jauhlah). Sedar-sedar, kita kat hospital. Masa tue, baru kita sedar nilai harga sekeping nyawa ni kan. Macam pasangan kita jugalah. Kadang, bila depan mata, macam nampak tak nampak saja. Bila tak ada, barulah nak menangis meraung sana sini. Oleh itu, sayangi pasangan anda.


T - Tanggungjawab


Kenapa kita pergi bekerja setiap hari ? Jawapan biasa kita dengar, "biasalah, cari duit. Nak cari makan". Bukankah mencari nafkah itu tanggungjawab ? Takkan sampai tua nak mak ayah yang bagi duit poket kalau diri sendiri mampu untuk cari duit. Begitu juga perihalnya dengan isteri. Isteri itu tanggungjawab dan amanah dari Allah untuk seorang lelaki bergelar suami. Bila mana merasakan itu tanggungjawab, maka wajiblah menanggung segala keperluan seorang isteri. Kalau tak tanggung, kenalah bersedia untuk menjawab di akhirat kelak.


Kadang aku terfikir, kenapa masa couple, ramai je yang cakap, "i sanggup berkorban apa saja untuk you sebab i sayangkan you", tapi bila kahwin (segelintir sahaja), macam-macam cerita tak best yang singgah ke telinga. Sepatutnya, bila dah halal dan dah depan mata, tidur pun sebantal, perlu lebih sanggup berkorban sebab dia tanggungjawab kita. Aku sebagai seorang perempuan, kadang-kadang aku rasa aku perlu bergantung kepada seorang lelaki walaupun aku tahu, aku mampu untuk survive dalam hidup. Kenapa ? Aku sendiri tak ada jawapan, tapi itu yang aku rasa. Mungkin naluri aku sebagai perempuan, aku perlu satu tempat bergantung.


A - Amanah 


Isteri itu amanah dari Allah. Bila Allah memberikan amanah kepada hamba-Nya, ia bermakna Allah percaya kepada hamba tersebut bahawa ia mampu menjaga amanah itu sebaiknya. Apa perasaan kita bila kita mengecewakan Allah kerana mengabaikan amanah yang diberikan ? Kalau kita selalu menjaga hati manusia, kenapa kita tak boleh menjaga hati Allah ?


Kalau dengan manusia, contohnya member bagi pinjam laptop ke, suruh jaga, bukan main kita jaga elok-elok. Kalau calar sikit pun, dah mula cuak. Minta maaf lah, siap kalau ada duit lebih nak belikan baru. Tapi, kenapa tak ada sikit pun rasa gerun bila tak menjaga amanah Allah dengan baik ? Sebab tue lah kes cerai makin lama makin banyak. Sebab tak ada rasa takut. Masa mula-mula nak, macam-macam janji setia keluar dari mulut, siap takut kehilangan lah, takut ditinggalkan lah, tapi bila nak cerai, tak takut pula nak tidur sorang ?!


Itu lah sebahagian yang mampu aku kongsikan. Aku menulis nie pun untuk peringatan aku juga sebab aku pun belum pernah berkahwin dan tak tahu macam mana kehidupan selepas berkahwin. Kalau seorang diri nie pun masa aku belum terurus dengan cantik, inikan bila dah duduk berdua. Nak uruskan semua dari A sampai ke Z. Kadang aku takut bila fikir. Aku takut aku tak mampu untuk bangun pagi awal untuk kejut suami sembahyang subuh, buatkan sarapan (suami ke tempat kerja dengan perut kosong), menyambut suami balik dari kerja dengan muka manis (kalau aku sendiri ada problem kat tempat kerja dan balik dengan kepenatan), melayan makan malam suami (aku tak teror masak. Takat dua tiga lauk, no hal. Tapi, kalau dah hari-hari masak, kering idea juga menu aku nak tukar-tukar) dan juga melayan suami bila diperlukan. Sangat menakutkan sebenarnya. Tapi, dari apa yang aku baca, kehidupan apabila berkahwin, ia adalah suatu yang mendamaikan dan menenang jiwa bagi yang melayarinya dengan ilmu yang cukup.


Semoga bertemu suami yang memahami dan membimbing ke jalan syurga. 






+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

15 comments:

Abu Zafran said...

entry yg best utk dibaca..heheh..jom baca ni Betullah...kasih ibu yang paling SUCI dan SEJATI

cha zainol said...

semoga kau dikurnia imam yang akan pimpin tangan kau bersama ke syurga. amin~

Unknown said...

Betul tu kecantikkan dalaman lebih tahan lama dari kecantikkan luaran. Kecantikkan dalaman ni yang sebenarnya membuatkan kita lebih cantik :)

Kalau kita iklhlas memberi tapi yang menerima tu tak ikhlas macam mana? ehehee.

Terasa pulak. Bila depam mata rasa macam nampak tak nampak aje. buat tak acuh aje. bila dah tak ada terasa kehilangan. hehe

Sekarang ni banyak lelaki yang tak bertanggungjawab ke atas isteri mereka. Eyfa pernah kerja dekat legal firm. Kebanyakkan isteri mintak cerai sebab suami tak mampu jalankan tanggungjawab. Kebajikan terabai.

Kesimpulannya entry ni memang sesuai la utk kaum adam renung2kan. banyak input dalam entry ni :)

Unknown said...

cinta dan tanggungjawab..bersediakah anda? hehe :D

humble.yat said...

wah menarik betul entriizfa kali ini..insha Allah, bila kita ikhlas dan saling bertolak ansur..semuanya akan mudah...

ilmu rumahtangga ni memang selalu kena update..:-)

hidup lepas kahwin, memang best..hehe:-) insha Allah, tepat masanya nanti, izfa akan jumpa nakhoda kapal izfa ameen!

NasQ said...

owh... banyaknya makna cinta...

Prince Halilintar said...

harap2 begitulah...prince doakan supaya menemui jodoh yg sebegitu...amiin

Unknown said...

CINTA. banyak maknanya.

Mr.Superman said...

semoga awk mendapat suami yg baik imannya dan abg menemui isteri yg benar2 mentaati suami dan menyintai penciptanya. :)insyaAllah.

iKhRam said...

menarik.. tp manusia sekarang lebih cintkaan harta, pangkat dan rupa...

huhuhuhu..

tang ikhlas tu, ntah no keberapa ntah agaknyer..

Unknown said...

entry yg menarik, byk info :)

Daddylicious said...

lalui dengan hati yang terbuka dan selalu tekankan akan keyakinan diri pasti happy selalu...

Aleen Aiden said...

slalu kite yg mintak kat org nak oinjam buku die.ni tuan punye buku plak yg telefon nak pinjamkan buku die.heee

edz said...

bestnyer buku... :P

Korean Style Online said...

Nice blog that you have and good writing, continue and keep up a good work,
sesekali boleh lepak kat blog saya korean clothing online / dress online malaysia. have a nice day...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...