Assalamualaikum rakan blogger.
Serabut ! Ye, itu keadaan aku sekarang ni. Aku baru je sampai rumah pukul 3.55 petang dan terus rush kemas barang untuk balik ke hostel selewat-lewatnya malam ni ! Dengan tak buat apa-apa persiapan, sampai je rumah tadi selepas pergi open house rumah saudara, terus check kereta. Argh, minyak hitam buat hal ! Belum sampai waktu untuk ditukar, kenapa kuantiti nya sangat sedikit ??? Barang semua tak kemas lagi plak !
Mekanik tue cakap maybe ada problem. So, dia suruh tengok dalam 2 bulan ada liking ke tak. Ya Allah, aku jadi sangat serabut bila fikir :
1. Borang-borang, kertas cadangan, senarai pendaftaran nama peserta dan apa-apa yang berkaitan dengan event "Larian Perdana Bersama Warga Emas" tue aku kena submit ISNIN NIE ! Dapat mesej dari ketua exco pun pagi-pagi buta tadi. Serabut ! Banyak giler nak kena buat. Sempat ke ??
2. Check up tak buat lagi. Adoi, sakit jiwa. Semoga sakit ini membuat aku jadi semakin tabah dan tabah dan tabah !
3. Problem kereta pulak. Kalau takat minyak hitam, tak ada prob lah. Biasa je hantar workshop. Masalahnya bila enjin dah mula makan minyak hitam. Confirm enjin prob ! Duit, duit dan duit ! Ye, 4 bulan bercuti aku tidak bekerja kerana tidak diizinkan berbuat demikian ! Ya Allah, moga ada hikmah di sebaliknya dan beri aku jalan penyelesaian yang paling mudah.
Sekarang, aku SANGAT SERABUT dan MAHU MENANGIS !!!
Beri aku jalan Ya Allah . . .





