Assalamualaikum semua rakan blogger
Nampaknya, hari ni ramai yang keluar ofis dengan senyum lebar. Al-maklumlah, minggu depan cuti Tahun Baru Cina. Bergumbiralah semua. Status fb pun bersepah-sepah sibuk cerita pasal cuti. Tue tak cukup lagi dengan member-member aku yang bersungguh booked tempat honeymoon. Seronok sungguh baca status masing-masing.
Memandangkan semua orang sibuk cari tempat bercuti, berpesta, bersuka-ria, maka aku pun sibuk lah fikir aktiviti apa yang nak dibuat yang boleh menghiburkan hati. Yelah, aku dah memang lama sangat dalam mood bercuti. Mood honeymoon, belum lagi. Kenalah fikir alternatif lain.
Makanya, petang tadi aku pergi ke salon sebagai permulaan. Memang kelakar. Bila fikir balik apa kejadahnya aku ke sana. Nak kata mandi susu, mandi bunga, lulur bagai, untuk apa lah pulak. So, aku pun membuat keputusan untuk mencuci rambut dan memotongnya. Sangat best bila fikir aku buat perkara yang akan membuat abah aku membebel.
Kenapa orang lelaki suka perempuan rambut panjang ? Soalan tue selalu aku utarakan masa aku kecil-kecil dulu. Sebabnya, mak aku rimas tengok anak-anak perempuan dia berambut panjang. Mak kata, "budak-budak bukan tahu jaga. Nanti macam-macam masalah. Kutu lah, apa lah. Lagi pun, dorang panas kalau rambut panjang. Tunggulah besar sikit baru bagi dorang bela rambut tue". Itulah ayat mak aku selalu guna bila tiap kali nak bawa kami adik-beradik perempuan pergi gunting rambut.
Tapi, alasan abah aku, "abah suka tengok anak perempuan abah rambut panjang. Nampak manis. Kalau rambut pendek, macam lelaki".
Aku pun dah terlalu biasa berambut pendek. Awal 20-an baru lah aku cuba berjinak-jinak berambut panjang. Rimas dan panas. Aku pernah potong pendek macam masa kecil-kecil dulu tanpa pengetahuan abah. Sampai rumah, abah pandang semacam. Tak nak tegur aku. Merajuk kot tengok rambut anak kesayangan dia tak mengikut citarasa dia. Hahaha.
Dah kenapa aku cerita pasal rambut sahaja nie ? Sebenarnya, pasal pergi salon tue, aku cuma mahu memanjakan kepala aku sahaja. Memang best sangat bila kepala aku diurut masa dicuci. Rasa ringan je kepala nie. Tapi, sebenarnya, tak elok sangat kita pergi cuci rambut kat salon nie. Yelah, dorang nie akan keringkan rambut kita dengan hair dryer tue panas sangat. So, kalau nak buat pun, ikut keadaan lah. Tak perlulah pergi selalu.
Tak salah sekali-sekala memanjakan diri. Baik juga untuk ketenangan emosi.
