Friday, July 3, 2015

Ephyra Skin Bar Giveaway bersama Blog Coklateyes


Assalamualaikum semua. Macam mana puasa hari ni? Kita dah semakin mendekati 10 Ramadhan yang terakhir. Kejap je rasa, pejam celik pejam celik dah nak dekat raya. Tapi, bagi aku yang berpuasa dengan anak menyusu badan ni, tahap kehausan adalah di tahap tertinggi. Ditambah cuaca panas kering sekarang ni, juga ada jerebu, memang menguji kekuatan iman. Bayangkan, kalau baju yang dijemur tu sejam dua je dah kering, inikan pula kulit kita yang seharian tak dapat bekalan air. Tetiba aku cerita pasal kulit pula kan.

Bukan apa, sebab musim panas yang dijangka sehingga September ni, memang kena extra care kat penjagaan kesihatan. Darwish pun dapat ruam-ruam sebab cuaca panas ni. Doktor pun suggest krim khas untuk disapu kat kulit dia bagi elak iritasi. Eh, takkan Darwish je nak kulit cantik flawless kan, mama Darwish pun harus flawless sama. Baru aci.

Dah lama aku baca pasal produk Ephyra. Dari minuman kesihatan dia sampailah sekarang ni dah keluarkan Ephyra Skin Bar (ESB). Aku tahu sebab ada kawan-kawan yang minum sampailah dorang disahkan hamil (kuasa Allah). Masa tu aku dah ada Darwish, so aku tak eager sangat nak try. Sampailah Ephyra keluarkan ESB. Banyak sangat testimoni positif yang aku baca.


Meh aku share kat korang apa itu ESB. ESB ni adalah SEKETUL SABUN kalau korang nak tahu. Kang orang tanya, kau tak tahu pula nak jawab, nak bayangkan. Jadi, aku bagitahu siap-siap, ia SEKETUL SABUN, diulangi. Hihi. Bukan mudah untuk menjadi seketul sabun tu. Dalam tu ada:

  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract - paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Ia membantu menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam.
  • Glutathione - kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Ia boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit serta mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen - menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
  • Rice Bran Oil - bahan semulajadi yang diperkaya dengan kandungan vitamin, nutrien dan agen anti oksida yang mampu merawat penuaan serta menyuburkan kulit dari dalam di samping memperbaharui dan memperbaiki permukaan kulit.
  • Carrot Extract - sifat anti keradangannya membantu menggiatkan semula sel kulit dan menjadikan tona kulit lebih sekata, bersinar serta membantu memperbaiki tisu kulit, melindungi kulit dari pancaran sinar matahari.
  • Seaweed atau rumpai laut - salah satu agen keradangan kepada jerawat. Ia menjadikan kulit lebih anjal, menaikkan seri wajah serta menjadikan kulit lebih tegang.
  • Glyserin - merawat kulit berminyak yang menyumbang kepada masalah jerawat, serta masalah kulit lain. Sangat berguna merawat masalah eczema dan mengurangkan jangkitan bakteria pada kulit. ia juga memberi kelembapan pada kulit.
  • Banana Enzyme - bertindak sebagai agen anti penuaan yang memperbaiki tekstur dan tona kulit di samping menjadikan kulit lebih licin, halus dan berseri.


Kita pun dah tahu apa yang ada dalam seketul ESB. Kita juga dah tahu apa kesannya bila guna ESB. Sekarang, aku nak ajar CARA NAK GUNA ESB tu. Senang sangat, itu pun kalau korang hari-hari mandi. Kalau tak mandi, susah sikit. Hahaha. 3 minit saja untuk dapatkan kulit cerah berseri. Tak percaya? Percayalah.

  1. Basahkan wajah dengan air.
  2. Gosok ESB kat telapak tangan.
  3. Sapu secara lembut kat seluruh muka selama 2 hingga 3 minit.
  4. Bilas dengan air dan sapukan pelembab pada kulit.
Kalau agak-agak kulit tu tak secerah bulan di langit, tak semulus Memey, boleh urut sampai 5 minit. Lepas tu, kalau agak-agak nak dapat kesan yang cepat, gunalah 2 - 3 kali sehari. Senang sangat kan.

Dah tengok testimoni orang kan, agak-agak macam mana dengan testimoni aku pula? Aku ni alhamdulillah, tak banyak masalah kat muka ni, melainkan kalau time nak naik bendera jepun. Bukan nak riak, tapi itu orang yang cakap pasal kulit muka aku. Bila naik bendera jepun, akan naik jerawat halus sikit-sikit, plus aku perasan muka aku macam bengkak-bengkak. Macam mana nak cakap ye. Dia macam kau kena gigit semut, bengkak-bengkak gitu. Bila aku guna ESB ni, alhamdulillah, takde bengkak-bengkak tu. Kalau nak cakap cerah tu aku tak pasti, kang orang cakap aku menipu sebab kulit aku jenis pucat. Yang boleh aku cakap part bengkak tu lah sebab kebetulan masa aku cuba ESB ni time bendera jepun berkibar megah. Gitu.




Cuba tengok gambar sebelum dan selepas aku ni. Kau jangan tengok cerah ke gelap ke sebab lighting murah. Hahaha. Kau tengok tang pipi tu. Yang sebelum tu kalau kau perasan dia macam ada bintik bengkak-bengkak manja sikit. Lepas aku guna ESB, memang kurang bengkak tu naik. Lepas ni, bolehlah aku guna ESB ni. Recommended !

Sekarang pihak Ephyra tengah buat contest; Ephyra Skin Bar Before and After Contest. Korang join tau. Tak rugi pun. Mana tau boleh menang Iphone 6. Rezeki masing-masingkan. Kita tak tahu. Rezeki ayam nampak di kaki, rezeki ieza ashaari mungkin kat Iphone 6. Eh !


Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal contest ni ke, pasal produk ni ke, silalah jangan segan silu terjah kat sini:

Instagram:

Website:

Facebook:

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Monday, June 29, 2015

Ulang Tahun Perkahwinan Ketiga

Salam Ramadhan buat semua umat Islam. Agak terlewat, tapi belum terlambat. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya buat kita semua.

Sekali lagi, kami menyambut ulang tahun perkahwinan dalam bulan yang penuh barakah ni. Buat pertama kalinya, sambut di rumah sewa sendiri. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan segalanya buat keluarga kecil kami ni.

Tak ada apa yang aku harapkan dalam perkahwinan ni melainkan dapat bersama seorang suami yang akan sentiasa bersabar dan tak jemu dengan aku. Dapat terus kuat untuk menjadi ketua keluarga, dapat terus berusaha untuk jadi imam dalam keluarga. 

Suami isteri mana yang bahagia sentiasa. Suami isteri mana yang sentiasa gelak ketawa. Tapi, aku cuba percaya, cuba yakinkan jiwa, tanpa air mata, aku tak akan hargai pengorbanan dalam perkahwinan. Aku tak akan tabah untuk terus ke depan.

Buat suami tercinta, terima kasih untuk segalanya. Terima kasih sebab sentiasa diam kalau ada api tengah membara (hahahaha), terima kasih sebab layankan apa yang dibebel, terima kasih sebab makan saja masakan yang dimasak walau kurang garam gula, terima kasih untuk semuanya. Ayang tak mampu balas, tapi dengan hormat, tanggungjawab dan juga cinta, ayang harap kita terus bersama dengan permata hati sampai syurga Ilahi.





+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Tuesday, May 26, 2015

Cara Mudah Ajar Bayi Mengaji

Assalamualaikum. Tajuk tu macamlah aku pro sangat konon boleh tunjukkan cara mudah nak ajar orang mengaji. Nak-nak pula bayi. Memang tak lah aku pro, cuma aku bolehlah kongsi sikit-sikit cara aku ajar Darwish mengaji. Video ni diambil masa Darwish usung flash card dia ke aku. Kebetulan, aku baru jawab panggilan telefon. Terus aku rakam dia baca.



Alkisah aku start ajar Darwish baca segala flash card tak kisah ABC, 123 mahupun alif ba ta masa lepas pantang. Buat saja-saja tiap hari sambil borak main-main dengan dia. Memang dia tak sebut, tapi fokus dia pada flash card tu sangat konsisten.

Sebenarnya, aku buat pada masa tu adalah salah satu latihan terapi dia. Tidaklah aku pasang impian angan-angan yang anak aku akan kenal huruf-huruf ni semua dalam umur yang kecil. Tak pula aku paksa-paksa dia, "nah ambil buku ni baca. Kalau tak baca mama gigit!". Tak, aku tak garang macam tu. Aku mama yang baik. ^_^

Tapi aku perasan dia kenal buku-buku dia sebelum umur setahun. Mana buku ABC, mana buku nombor, mana buku alif ba ta, shape segala dia kenal. Time tu aku macam terkagum dan aku terus je ajar flash card macam biasa. Sampailah satu hari dia tunjuk dan baca depan aku. Wow !

Dia boleh sebut ABC dulu berbanding alif ba ta. Mungkin sebab suku kata huruf hijayyah lebih banyak dan susah berbanding rumi. Mungkinlah. Tak pula aku kaji.

Aku rasa yang penting perlu ada ialah flash card untuk kita tunjuk laju-laju atau perlahan atau secara rawak huruf yang kita nak ajar, buku untuk dia usung hulu-hilir, dan juga yang kita boleh tampal kat dinding untuk dia tengok selalu.

Apa pun yang paling penting jangan paksa anak. Biarkan dia baca sambil main. Jangan pula kita malas layan kalau dia tanya banyak kali. Tapi memang banyakkkkkkk kali sangat-sangat sampai setiap inci buku dia tu kau boleh hafal. Sila bertabah.

Apa lagi nak kongsi pun tak ingat. So far, inilah yang aku buat. 



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Wednesday, May 13, 2015

Dan Header Baru Lagi


Assalamualamualaikum. Kesempatan berada di rumah mak waktu encik suami tengah outstation ni, aku gunakan dengan mengadap laptop. Boleh hadap lama-lama sikit sebab Darwish ada ramai pakcik dengan makcik dia yang jaga. So, aku dapat bertenang lebih sikit. Gitu. Oh, ditambah lagi dengan situasi di mana kelajuan internet di rumah mak aku lebih laju dan laju daripada internet kat rumah sewa aku. Nak download apa-apa tak perlu berpeluh tunggu turn sampai boleh siap masak makan segala tak siap download macam kat rumah sewa aku, okay itu tipu. = . ='

Nak cerita sikit perihal header. Al-kisah aku rasa dah beberapa kali aku tukar header. Selalu saja rasa tak berpuas hati sebab header tak best. Untuk kesekian kalinya aku tukar header lagi. Kenapa? Sebab aku tak nak tayang muka kat header lagi dan nak nampak blog lebih matang seiring dengan kematangan aku. Masalahnya, matang ke aku ni? T . T

Tak perlu tempah jauh-jauh, mahal-mahal. Aku buat sendiri je header aku selama ni. Maka, dengan kepakaran yang sangat minimum aku ada ni, aku buatlah sendiri header baru aku kali ni macam kat atas tu. Lebih matangkan? Hahaha. Kalau korang rasa nak cuba tempah header simple kat aku, cubalah contact aku ye. Tapi, jangan menaruh harapan menggunung sebab aku bukanlah pandai sangat. 

Sebelum tu, meh nak tunjuk sikit hasil header yang pernah aku buat sebelum ni. Ada 2 3 je pun nak tunjuk. Salah satunya tu header aku sebelum ni. Selamat menjamu mata.






+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, May 8, 2015

Susun Atur : Bahan Memasak


Assalamualaikum. Sejak-sejak dah duduk sendiri ni, dapur adalah tempat aku berperang setiap hari, pagi, petang, siang, malam. Buka mata je dapur, dapur, dan dapur. Aku boleh sesuka hati susun atur barang-barang kat dapur ikut sedap mata aku, ikut senang tangan aku nak ambil barang untuk memasak.

Serius, perasaan emak-emak yang suka duduk kat dapur dah mula meresap masuk ke jiwa aku. Suka duduk je lah, masaknya belum tentu power. Gitu.

Sebelum aku melalut tak tentu pasal, aku nak share cara aku susun atur bahan masakan kat dapur rumah sewa aku ni. Susunan yang murah dan simple. Tak keluar bajet banyak pun. Nak membeli bekas mahal-mahal tak mampu.





Kisah di sebalik label kat setiap bekas tu agak tragik juga. Sebelum ada label ni, encik suami pernah goreng ayam bersalut gula. Tapi sedap walaupun manis. Kau rasa? Manis-manis buah kata kau. Hahaha.

Tu belum tragik sangat, ada juga yang lagi tragik bila kawan aku datang tidur rumah aku. Tak boleh blah bila kami nak buat pizza, masing-masing tak dapat beza tepung gandum dengan tepung beras siap rasa guna tangan tekstur tepung, siap bandingkan warna tepung segala. = . = ' 

Disebabkan tak nak menambah peristiwa tragik kat rumah aku ni, aku pun gigihkan diri buat label. Ada 2 3 jenis juga aku buat. Tapi tak sedar ada design yang ejaan dia salahlah, ada yang bahan tak ada label dan ada yang label bahan sampai 2 kali. 


Aku buat label, print kat kertas A4 biasa, lepas tu tampal je dengan soletip saiz besar. Settle. Tu lah cara budak kampung macam aku buat label. Nak cari kertas yang ada pelekat tu, takut kalau print guna printer biasa warna tak melekat pula. Harap membantulah bagi yang cari cara mudah nak buat label kat dapur tu ye. Mudah, murah dan jimat.

Bekas-bekas untuk bahan pun so far aku cuma beli yang tipuware untuk tepung, susu tepung dan milo. Bahan lain aku guna bekas yang aku dapat hadiah masa kahwin. Macam bekas kaca untuk bahan rempah, aku recycle dari bekas sos bolognese yang aku kumpul sebelum masuk rumah sewa.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...