Tuesday, September 28, 2010

aKu CuAk ??



Motif nak rasa cuak macam nie?


Hurm.. Sebenarnya, tak tau nak post entry aper. Tapi, bila buka blog, ader jer blogger-blogger yang tak kering gusi idea post entry baru yang power dan menarik. Jealous r plak. Kenapa idea-idea mereka seperti mencurah-curah ke ladang gandum? Eh, ada kena-mengena ker? Layan.. zasss..

Kembali ke jalan yang benar tajuk utama. Kenapa merasa cuak? Korang tak payah r nak ikut cuak sama baca entry nie. Saja jer kan aku ni bagi korang suspen. Hahahaha.. Tapi, aku sendiri pun suspen sangat kot bila benda nie jadi. Berdebar-debar jantung aku nie..



kenapa ada khemah depan rumah aku nie??

Mau nyer aku tak terkejut beruk bila tengok depan rumah aku ada khemah-khemah. Cam ada majlis je. Aku ingat saja nak buat surprise kat mak dan abah balik rumah di siang hari pada hari isnin. Tak pernah-pernah aku buat, so ingatkan nak r buat surprise. Biar dorang pelik, aku nie tak ada kelas ke? isnin pulak tue.. Tapi aku yang disurprisekan oleh mereka-mereka. Terkesima aku..

Ada orang datang merisik adik aku kah? Eh, mana boleh. Mesti r merisik aku. Aku??? Oh.. apakah??? Terlampau surprise plak mak abah aku nie. Sampai hati mak abah buat camni tau. Hubhubhub.. 

Masuk saja rumah, mak abah siap berbaju kurung dan berbaju melayu. Cantik-cantik nie nak pegi mana pulak? Huh.. musykil aku. 

Abah : Siap-siap. Tolong bancuh air. Kejap lagi tetamu sampai.

Nak siap apa pulak abah aku ni. Cam tau-tau je aku nak balik rumah. 

Abah macam perah santan perasan muka aku berubah. Konon-konon muka comel lote tak fahamlah. 

Abah : Kejap lagi kawan mak dengan kawan abah nak datang. Nie abah buat open house cam selalu. 

Pergh.. Mulalah aku terasa malu. Hahaha.. Nak kawin konon. Cam r ada orang nak. Poyo jer. 




sayang mak.. aku cakap kat mak yang mak dah chubby.. mak gelak jer.. huhu..
cendol dengan air laici.. sedap tue bila minum waktu tengah hari yang sangat sejuk panas..

ni lah kerja aku kat depan tv.. melantak sate.. :)



*nota kaki : jangan nak poyo-poyo yer.. hahaha.. perasan jer aku nie..


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Saturday, September 25, 2010

bapak TENSION !

BENGANG GILER!!!!

Kenapa tiba-tiba terasa ada orang masuk ceroboh blog aku nie?? dah dua kali jadi, aku nampak ada blog yang tak follow, tapi tak malu tanpa segan silunya ada terpampang kat entry blog yang aku follow.. geramnyer!!!



Then, bila nak follow blog lain, nama abdul azim mamat mana entah yang mencapap kat situ dengan gambar kartun yang tak berapa nak comel. Sangat bengang kot..


*mood : memang tak lama r hidup aman kau yang kurang ajar wahai penceroboh!!

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, September 24, 2010

giler !

Kenapa pulak tajuk entry aku nie giler???? musykil-musykil..

Aku pun tak tahu sama ada entry aku ader kena-mengena dengan tajuk nyer atau tak. Fikir sendirilah. Malam tadi kesian kat encik admin 100 penulis kerana terpaksa melayan soalan-soalan aku yang terlampau bagus. Hahaha.. Nampak sangat aku budak baru belajar. Aku rasa giler excited untuk post entry kat blog tue. Sampai termimpi-mimpi aku.

Bila aku usya blog-blog lain yang join 100 penulis tue, aku rasa sangat r rendah diri. Ye r, aku sangatlah tak hebat macam yang lain-lain. Aku rasa agak terkebelakang plak bila tengok blog-blog power penulis yang lain. Aduh, tunjuk ajarku sifu..

Oit.. satu setengah sudah. Ader kelas lah pulak.. Potong betul r.. Blogger yang join 100 penulis tue, kalau terbaca entry nie, bagilah support ye. Terima kasih, sudah kenyang.. Eh, silap. Terima kasih daun keladi, ada masa post entry lagi.. :)

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Monday, September 20, 2010

70 !


hahaha..

ape kena dengan aku nie.. sibuk pulak dengan nombor 70.. giler bayang per..

entry nie just nak cakap, follower dah 70.. bukan bangga sangat pasal follower dah 70 (orang lain follower beribu pun tak kecoh kan.. malu je r..) tapi pasal follower ke 70 tu adalah junior aku.. yang comel lote.. peanad.. :)

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Sunday, September 19, 2010

PERGI ...


Jangan kau mengharap
Pada yang tak pasti...

Jangan kau menanti
Pada yang tiada di sisi...

Jangan kau tangisi
Pada yang tak mengerti...

Jangan kau cemburu
Pada yang bahagia...

Jangan kau simpati
Pada yang melukai...

Jangan kau halang...
Jangan kau halang...
Jangan kau halang...

Biarkan dia pergi
Pergi tak kembali lagi...

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...