Wednesday, February 29, 2012

Allah Lebih Tahu

Assalamualaikum semua rakan blogger


Hari ni, 29 Febuari 2012. Tarikh yang hanya muncul 4 tahun sekali. Namun, ini lah pertama kali dalam hidup aku, aku merasakan tarikh ini sengaja dicipta untuk menidakkan kebesaran Allah. Aku pun tak tahu kenapa, bangun saja pagi tadi, aku terasa benci dengan tarikh ini.


Dalam perjalanan ke tempat praktikal, aku mendengar Dj radio yang sibuk membahaskan topik tentang tarikh hari ini. Aku tersedar, hari ini adalah 7 Rabiul Akhir 1433. Kenapa tiada yang membahaskan tentang dalam tahun islam ada 29 hari sahaja untuk bulan tertentu, ada yang 30 hari sahaja untuk bulan yang lainnya ?


Allah menyusun cantik tarikh yang ada. Rahsia Allah, tiada siapa yang tahu.


Ada tahun kita berpuasa cuma 29 hari, tapi ada tahun yang kita berpuasa 30 hari. Kenapa tak dibahaskan ?

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Sunday, February 26, 2012

Jubli Perak

Assalamualaikum semua rakan blogger


Blog aku semakin suram nampaknya. Aku sendiri jarang menjenguk, apatah lagi korang-korang semua. Aku cuba mencari idea menulis sesuatu, tetapi tiada satu pun bercambah mekar menjadi bunga. Bermadah pujangga pula di malam hari yang sejuk ni. 


Alhamdulillah. Itu yang mampu aku ucapkan ketika ini. Hujan di luar rumah, membawa rahmat yang tak berbelah bagi. Aku bersyukur dengan setiap kurniaan Ilahi. Bermacam-macam kisah yang terjadi pada tarikh 26 Febuari 2012.


Pada tarikh ini, 25 tahun yang lalu, aku telah selamat dilahirkan di dunia ini oleh seorang emak bernama Siti Noraini bt Md Ali. Sehingga ke saat ini, dan sampai bila-bila pun, pastinya aku tak mampu membalas jasanya. Terima kasih mak kerana memberi eja kasih sayang dan perhatian yang tiada tara. Tiada siapa mampu membalasnya, hanya Allah jua.


Episod hari ini, di saat aku meniti usia jubli perak, pagi-pagi lagi sambutan ulang tahun kelahiranku dirai dengan pertemuan dengan insan yang amat-amat aku sayangi. Mak abah membawa aku ke kubur arwah Wan (nenek kesayangan aku). Seperti mereka dapat membaca apa yang terdetik di hati aku beberapa hari yang lalu. Aku terlalu rindu untuk ke kubur arwah. Alhamdulillah, tertunai pagi tadi.


Berita menggembirakan juga pada hari nie bila mana anak buah kesayanganku (anak abang aku), Nur Airis Alisya semakin sembuh dan dibenarkan keluar hospital hari ini. Sungguh aku terasa tarikh ini sepertinya tarikh keramat. Subhanallah, Allah lebih mengetahui. Anak buah aku kena penyakit mulut, kaki dan tangan. Susut sangat badan dia semalam masa aku tengok kat hospital. Bukan main seronok dia bila aku datang. Aku pula yang terasa nak menangis bila tengok dia sakit tekak nak menelan air. 


Terima kasih kepada semua yang sudi menjengah blog usang ni. Bukan tak mahu berjalan-jalan, cuma agak sibuk dengan beberapa perkara. Fasa kehidupan semakin mendewasakan dan banyak yang perlu dirancang dengan sempurna agar semua berjalan lancar. Mohon doa kalian agar semua baik-baik sahaja.




p/s : Alhamdulillah, praktikal juga berjalan dengan baik. Semoga 4 flat dalam tangan untuk semester ini. Amin. . .


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Saturday, January 28, 2012

Semakin hampir

Assalamualaikum semua rakan blogger

Busy dan bersepah-sepah. Itulah keadaan aku dan juga bilik aku. Al-maklumlah, ia semakin hampir. Aku semakin berdebar-debar dan cuak. Macam-macam dalam kepala yang aku fikir.

Hari Isnin ni; 30 Januari 2012, bermulalah praktikal aku. Ya, satu masa dulu semasa mula-mula ambil keputusan untuk sambung degree, inilah saat-saat yang ditunggu-tunggu. Tapi, bila harinya makin hampir, aku macam tak percaya. "Wah, dah tiga tahun rupanya aku belajar untuk dapat degree !".

Sibuk aku buka web COB UUM untuk mendownload segala bagai dokumen yang perlu ada semasa melapor diri. Member-member pun sibuk bertanya itu ini kat page fb. Time nie lah aku nampak sangat budak kelas aku bekerjasama dan saling tolong-menolong. Kalaulah dari dulu macam nie, tak mustahil masing-masing boleh 4 flat. 


Disebabkan kami first batch untuk program yang aku ambil nie, macam-macam pembetulan di saat-saat akhir yang ada. Serabut kepala. Harap-harap semua berjalan lancar. Doakan lah aku dapat menjalani praktikal dengan jayanya dan akan graduate pada masa yang ditetapkan. Semoga bulan 10 nanti, aku akan berkonvo !

Semoga semuanya berjalan lancar. Wish me luck !


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, January 26, 2012

Mereka itu

Assalamualaikum semua rakan blogger


Apa khabar semua ? Kekeringan idea dan asyik berfikir. Itulah keadaan aku sekarang nie. Bila nak menaip, idea hilang entah ke mana. Bila ada idea, aku terlalu berfikir, adakah perlu aku post untuk dikongsikan bersama. Entah kenapa, aku asyik berfikir. Adakah ilmu yang aku sampaikan melalui blog ini, atau hanya sekadar membuang masa tanpa faedah berguna untuk kegunaan bersama ?


Aku terfikir teringin untuk post cerita hari ini. Pagi tadi, selesai menghantar adik-adik aku ke komuter, aku singgah di tempat basuh kereta, tempat biasa aku pergi. Selalunya, aku akan duduk membaca surat khabar yang disediakan. Tapi, mungkin disebabkan hari ini aku pergi awal, surat khabar belum ada di situ. Aku pun duduk termenung saja melihat sekeliling hampir sejam lamanya. Menyesal juga tak bawa apa-apa bahan bacaan.


Tiba-tiba, ada satu suara yang aku dengar. A.. a.. a.. a.. berulang-ulang kali. Aku teringat suara tue pernah aku dengar sebelum ini masa aku ke situ dulu, tapi aku tak endah dan ambil peduli. Aku pun tak pernah cerita kat sesiapa. Tapi, hari ni, aku macam tercari-cari suara tue. Yang sangat aku pasti, suara tue datang dari rumah bersebelahan carwash tue. Pada hemat aku, rumah itu adalah tempat tinggal budak-budak carwash tue.


Kali pertama aku pandang, tak ada apa-apa yang pelik pun kat rumah tue. Rumah sewa dua pintu, berwarna merah, dengan cermin yang sudah banyak berlubang dan uzur. Sekadar tempat berteduh untuk bermalam, sangat memadai. Apatah lagi, tiada perempuan di situ. Aku rasa, dalam rumah tue, langsung tiada keluarga. Hanya pekerja-pekerja carwash sahaja yang rasanya, bukan penduduk tempatan.


Selepas itu, aku perhati semula pekerja carwash membuat kerja. Dua orang di ruang membasuh dan dua lagi di ruang mengelap dan mem'vakum'. Sungguh tekun mereka membuat kerja tanpa henti. Melihat mereka berbual pun amat susah sekali. Mata aku terhenti seketika pada seorang pekerja yang khusyuk membasuh karpet. Rupanya, perkhidmatan mencuci karpet pun disediakan. 


A.. a.. a.. a.. Suara itu kedengaran lagi. Lebih jelas dari yang tadi. Terus aku pandang ke rumah sewa uzur tue. Terkejut tiba-tiba. Ada seorang lelaki tua, berdiri di depan tingkap yang rongak. Menghulurkan tangan ke luar. Hampir terjerit aku sebab belum pernah perkara itu terjadi sebelum ini sedangkan sudah hampir 4 tahun aku mencuci kereta di situ.


Sungguh, aku pasti. Lelaki tua itu memandang aku. Suaranya semakin kuat. Tiba-tiba aku rasa sangat takut. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab macam-macam yang aku baca dan dengar. Boleh kena pukau dan macam-macam kalau tengok mata. Terus aku tunduk, berselawat dan membaca ayat kursi. Ada seorang lelaki di sebelah aku yang sama menunggu pun aku lihat seperti membaca sesuatu dan tunduk. Mungkin, dia juga terkejut.


Tiba-tiba, salah seorang pekerja di situ menghampiri lelaki tua itu sambil menghulurkan sebatang rokok. Astaghfirullah. Aku seperti menjadi marah. Lelaki tua itu kelihatannya sangat tua dan uzur. Kenapa perlu dihulur lagi sebatang rokok ? Bukan itu sahaja. Pekerja itu terus menyalakan rokok di tangan lelaki tua itu. "Mungkin kebiasaan mereka", aku berfikir. Aku melihat raut wajah pekerja itu dari jauh. Tenang, dan tiada keluhan walaupun keadaannya penat bekerja. Ditambah, terpaksa melayan pula lelaki tua itu.


Aku hilang kata-kata. Beberapa ketika, kereta aku siap dibersihkan. Aku pulang ke rumah tanpa berkata apa-apa. Siapa mereka ? Kenapa rokok ? Huh . . . Aku semakin banyak berfikir di usia ini.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, January 20, 2012

Manjakan diri anda

Assalamualaikum semua rakan blogger


Nampaknya, hari ni ramai yang keluar ofis dengan senyum lebar. Al-maklumlah, minggu depan cuti Tahun Baru Cina. Bergumbiralah semua. Status fb pun bersepah-sepah sibuk cerita pasal cuti. Tue tak cukup lagi dengan member-member aku yang bersungguh booked tempat honeymoon. Seronok sungguh baca status masing-masing. 


Memandangkan semua orang sibuk cari tempat bercuti, berpesta, bersuka-ria, maka aku pun sibuk lah fikir aktiviti apa yang nak dibuat yang boleh menghiburkan hati. Yelah, aku dah memang lama sangat dalam mood bercuti. Mood honeymoon, belum lagi. Kenalah fikir alternatif lain.


Makanya, petang tadi aku pergi ke salon sebagai permulaan. Memang kelakar. Bila fikir balik apa kejadahnya aku ke sana. Nak kata mandi susu, mandi bunga, lulur bagai, untuk apa lah pulak. So, aku pun membuat keputusan untuk mencuci rambut dan memotongnya. Sangat best bila fikir aku buat perkara yang akan membuat abah aku membebel. 


Kenapa orang lelaki suka perempuan rambut panjang ? Soalan tue selalu aku utarakan masa aku kecil-kecil dulu. Sebabnya, mak aku rimas tengok anak-anak perempuan dia berambut panjang. Mak kata, "budak-budak bukan tahu jaga. Nanti macam-macam masalah. Kutu lah, apa lah. Lagi pun, dorang panas kalau rambut panjang. Tunggulah besar sikit baru bagi dorang bela rambut tue". Itulah ayat mak aku selalu guna bila tiap kali nak bawa kami adik-beradik perempuan pergi gunting rambut.


Tapi, alasan abah aku, "abah suka tengok anak perempuan abah rambut panjang. Nampak manis. Kalau rambut pendek, macam lelaki". 


Aku pun dah terlalu biasa berambut pendek. Awal 20-an baru lah aku cuba berjinak-jinak berambut panjang. Rimas dan panas. Aku pernah potong pendek macam masa kecil-kecil dulu tanpa pengetahuan abah. Sampai rumah, abah pandang semacam. Tak nak tegur aku. Merajuk kot tengok rambut anak kesayangan dia tak mengikut citarasa dia. Hahaha.


Dah kenapa aku cerita pasal rambut sahaja nie ? Sebenarnya, pasal pergi salon tue, aku cuma mahu memanjakan kepala aku sahaja. Memang best sangat bila kepala aku diurut masa dicuci. Rasa ringan je kepala nie. Tapi, sebenarnya, tak elok sangat kita pergi cuci rambut kat salon nie. Yelah, dorang nie akan keringkan rambut kita dengan hair dryer tue panas sangat. So, kalau nak buat pun, ikut keadaan lah. Tak perlulah pergi selalu.


Tak salah sekali-sekala memanjakan diri. Baik juga untuk ketenangan emosi.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...