Tuesday, December 9, 2014

Bayu Beach Resort, Port Dickson

Assalamualaikum. Ohoi, cuti sekolah dah lama start. Ke mana korang anak beranak pergi bercuti? Mesti ada yang sampai oversea kan. Yelah, blogger ni aku tengok semua kaya-kaya. Up cerita bercuti oversea, up cerita beli beg LV Channel segala. Err, bukan semualah. Rezeki masing-masingkan.

Lebih kurang 2 minggu yang lepas, aku anak beranak bercutilah kononnya kat Bayu Beach Resort, Port Dickson. Trip ni bukan kami sahaja yang ada. Ramaiiiiii, tapi gambar beramai nan hado. Aku jenis segan tahap dewa nak ambil gambar. Acaner? 

Stay selama 2 hari 2 malam. Aku anak beranak dapat satu apartment, 1 bilik, 1 bilik air, ruang tamu besar; Darwish lari-lari sampai bosan sampailah dia mop lantai ruang tamu guna baju tidur dia - _ -". Ada balkoni menghadap laut (yang ni best. Pagi-pagi bangun buka sliding door, hirup udara dari laut. Terbaik!)


Kami sampai Jumaat malam. Parking semua okay, dalam kawasan apartment. So, keselamatan kenderaan insyaAllah dijamin selamat. So, malam tu aktiviti bebas. Tidur je lah sebab sampai pun dah lewat.

Nak cerita banyak gambar tak ada. So tak best sangat. Secara pukal, ada aktiviti sukaneka, BBQ, karaoke, dan tukar-tukar hadiah. Seronok, cuma Darwish belum pandai menikmati lagi hal dunia macam tu, so dia dengan hal sendiri. Hahaha. Ni masa dalam lif nak pergi BBQ.


Layan gambar Darwish mandi laut pertama kali sajalah ye. Itu je pun gambar yang aku ada.




Bagi aku, Bayu Beach Resort ni okay. Cuma, bilik tu terletak berdepan jalan besar. Ohmai, malam-malam dengar bising ekzos mat rempitlah, siren polislah, siren ambulanslah. Kalau ada budak yang sensitif bunyi macam Darwish ni, sila bertabah. Yang lain okay kot.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Wednesday, December 3, 2014

Photoprint Murah dan Cantik dari Photobook Worldwide

Assalamualaikum Disember. Pejam celik pejam celik 2014 dah nak berlalu. 2015 akan menjengahkan cabaran dan dugaan yang lebih hebat, maka bersiap sedialah.

Ini cerita tengah bulan November. Kisah pasal aku terkocoh-kocoh masukkan gambar mana yang nak diprint oleh Photobook Worldwide. Beli voucher dah lama, tapi nak siap masukkan, pilih gambar semua punyalah malas, punyalah macam siput buat kerja. Akhirnya, sehari sebelum tamat voucher, siaplah menghantar print.

Serius, murah dan cantik hasil photoprint ni. Kebetulan, masa aku beli voucher, harga dia RM20 untuk 100 keping ! Tambah RM10 untuk kos penghantaran. Total hanyalah RM30 sahaja ! Berbaloi sangat sebab sambil makan cekodok kau boleh pilih-pilih gambar (ini tipu sebab aku pilih gambar dengan stress sebab last minute punya kerja).

Lepas dah hantar semua, tunggulah dalam seminggu, parcel pun tiba. Cantik gambar-gambar ni. Satu tip, make sure gambar yang dipilih tu terang. Sebab print, dia macam gelap sikit. Pe pun, still terbaik ! 



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, October 24, 2014

Pengisian Rohani yang Mantap

Muharram menjengahkan wajah. Cuba kenang, fikir, imbas dan muhasabah kembali 12 bulan yang lepas. Apa yang kurang? Apa yang berlubang? Apa yang ditinggal, dimain-mainkan? Banyak ke sikit? Atau terlalu banyak sampai malu nak diingat? Ke terlalu sedikit dan boleh dibanggakan? Tepuk dada tanya iman.

Makan malam hari tu tiba-tiba aku terfikir sesuatu. Gamaknya macam cetusan ideologi. Sejak jadi mama ni, macam-macam ideologi yang meletus. Rajin dengan malas je nak amalkan. 

Macammana kita nak mantapkan iman? Harus buat segala yang wajib. Kalau yang wajib pun ingat tak ingat, macammana kau nak ingat yang sunat. Kan? 

Macam ni lah. Solat tu wajib, tiang agama. Sehari 5 waktu je pun nak kena solat. Kenapa ye macam susah sangat nak cukupkan solat tu? Aku selalu terfikir. Itu yg tiba-tiba Allah bagi idea kot. Kita nak jadi orang yang bagus sebab hanya syaitan yang bagus sahaja goda alim ulama. Takat orang biasa-biasa, solat nak tak nak, syaitan pun jenis ikan bilis, sebab senang makan hasutan.

Kau bayangkan solat ni makanan. Orang cakap makan untuk hidup. Cer kalau tak makan? Mungkin tak terus mati, tapi badan kau lemah. Tapi lama-lama mati kebulur ye dak. Cer transform ideologi tu kat solat. Kau tinggal solat lama sangat. Kau rasa iman kau mati ke tak? Gitulah.

Ni kira macam antara pengisian rohani vs pengisian jasmani. Cara mudah kau nak ingat. Harapnya perkongsian ini bermanfaat. Model tu macam biasa, haruslah anak sendiri. Hihi. Semoga tahun baru Islam ni kita semua cuba berubah menjadi muslim dan muslimah yang lebih baik, insyaAllah. 




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, September 26, 2014

Beli Online Ray-Ban Malaysia Berkualiti

Siapa sini tak pernah pakai cermin mata hitam? Okay, confirm 98% dewasa masa kini pernah pakaikan. Untuk apa? Jawapan paling banyak, mestilah untuk bergaya. Kebiasaannya, kat mana korang usyar cermin mata hitam ni? Harus kedai cermin mata ye dak? Takkan kedai basikal pula. Tapi, sekarang semua di hujung jari anda. Klik klik, terus sampai depan pintu rumah.



Korang pernah dengar cermin mata hitam jenama Ray-Ban tak? Mesti pernahkan. Yelah, artis Hollywood pun pakai tau. Contoh macam Emma Watson, Rihanna, Jennifer Lopez, Jennifer Anniston dan Katy Perry. Bolehlah kau feeling artis kalau pakai Ray-Ban. ^_^



Tak percaya boleh feeling artis? Sila percaya sebab Zalora ada menawarkan koleksi Ray-Ban Malaysia yang mana terdapat cermin mata hitam untuk lelaki dan juga wanita yang berkualiti tinggi. So, korang jangan risau dengan kualiti cermin mata hitam dari Zalora ni sebab dijamin berkualiti. Bukan itu saja. Paling best, trend cermin mata hitam yang dikenalkan oleh Ray-Ban diberi nafas baru dengan adanya pelbagai koleksi cermin mata dengan jenis-jenis yang berbeza. So, bolehlah korang bergaya dengan gaya yang berbeza-beza dengan Ray-Ban dari Zalora ni.


So, tunggu apa lagi. Hujung-hujung bulan ni mesti ada yang poket berkepuk. Bolehlah singgah website Zalora dan membeli-belah cermin mata hitam Ray-Ban Malaysia.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, September 25, 2014

Selamat Hari Lahir Anak


Buat permata hati mama dan ayah tersayang,
Muhammad Zarif Darwish bin Mohd Nasrul Hadi.

Hari ini 25hb September 2014, genaplah usia kamu setahun. Mama taipkan sesuatu di blog usang mama ni masa kamu tengah tidur dibuai mimpi indah. Dan mama tahu, kejap lagi kamu akan ek ek ek sambil konon-konon kesat mata kelihatan seperti tidur terganggu tapinya kamu nak susu. Tak pe, mama faham. Eh, ke kamu hari-hari macam tu sebab dengar ayah dengkur kroh kroh kroh? Takpe, takpe, nanti lama-lama kamu biasalah macam mama ni. >_< 



Mama nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat kamu yang pertama. Di usia ini, banyak sangat pencapaian cemerlang yang kamu tunjukkan. Gigi pun dah nak 8 batang. Berjalan pun dah habis lantai kamu ukur. Bila mama tanya, "Darwish mana?", cepat saja kamu angkat tangan sambil tersengih. Dapat saja buku di tangan, terus sebut A. Subhanallah, Maha Suci Allah yang menjadikan kamu sungguh bijak.



Darwish anak mama dan ayah, mama nak katakan sesuatu di sini. Mama minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kerana kamu merasa sakit perit yang teramat di usia kamu satu hari, setahun yang lalu. Mungkin kerana lemahnya mama meneran kudrat untuk mengeluarkan kamu dari rahim mama, menyebabkan kamu terpaksa bertarung nyawa untuk terus berada di sisi mama dan ayah. Di usia kamu sehari itu, kamu telah dikenalkan oleh Allah apa itu puasa kerana kamu tidak boleh menyusu. Di usia kamu sehari itu, kamu mampu menahan sejuk dunia kerana tidak boleh berpakaian seurat benang. Terima kasih sayang sebab terus kuat. Bertahanlah kerana di masa depan nanti lagi banyak ranjau yang kena kamu tempuh.



Darwish, mama doakan kamu menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat, insyaAllah. Semoga kamu sentiasa menjadi abang yang baik dan bertanggungjawab bila ada adik-adik nanti kalau ada rezeki, sentiasa tahu untuk merendah diri dan menghormati orang lain. Paling mama mahu, kamu kena pegang dalam hidup ini erti sabar, syukur dan redha. InsyaAllah, kamu akan sentiasa kuat.

Wahai harta mama dunia akhirat, Muhammad Zarif Darwish. Mama dan ayah tak mampu untuk janjikan kesenangan hidup untuk kamu. Tapi, yang mama mampu lakukan, mama korbankan keinginan mama untuk bekerja di luar mencari rezeki membantu ayah demi memastikan mama ada di sisi kamu. Ayah bekerja kuat untuk kita. Semoga, bila kamu besar nanti, kamu tak rasa kurang kasih sayang juga perhatian. Mama dan ayah akan cuba sedaya mampu untuk mendidik kamu. 



Akhir sekali, terima kasih sayang untuk setahun yang sangat membahagiakan ini. Selamat Hari Lahir buat permata hati sulung mama dan ayah.

Ikhlas dari mama.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...