Salam Ramadhan buat semua umat Islam. Agak terlewat, tapi belum terlambat. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya buat kita semua.
Sekali lagi, kami menyambut ulang tahun perkahwinan dalam bulan yang penuh barakah ni. Buat pertama kalinya, sambut di rumah sewa sendiri. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan segalanya buat keluarga kecil kami ni. Tak ada apa yang aku harapkan dalam perkahwinan ni melainkan dapat bersama seorang suami yang akan sentiasa bersabar dan tak jemu dengan aku. Dapat terus kuat untuk menjadi ketua keluarga, dapat terus berusaha untuk jadi imam dalam keluarga. Suami isteri mana yang bahagia sentiasa. Suami isteri mana yang sentiasa gelak ketawa. Tapi, aku cuba percaya, cuba yakinkan jiwa, tanpa air mata, aku tak akan hargai pengorbanan dalam perkahwinan. Aku tak akan tabah untuk terus ke depan. Buat suami tercinta, terima kasih untuk segalanya. Terima kasih sebab sentiasa diam kalau ada api tengah membara (hahahaha), terima kasih sebab layankan apa yang dibebel, terima kasih sebab makan saja masakan yang dimasak walau kurang garam gula, terima kasih untuk semuanya. Ayang tak mampu balas, tapi dengan hormat, tanggungjawab dan juga cinta, ayang harap kita terus bersama dengan permata hati sampai syurga Ilahi.
+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +
Assalamualaikum. Tajuk tu macamlah aku pro sangat konon boleh tunjukkan cara mudah nak ajar orang mengaji. Nak-nak pula bayi. Memang tak lah aku pro, cuma aku bolehlah kongsi sikit-sikit cara aku ajar Darwish mengaji. Video ni diambil masa Darwish usung flash card dia ke aku. Kebetulan, aku baru jawab panggilan telefon. Terus aku rakam dia baca.
Alkisah aku start ajar Darwish baca segala flash card tak kisah ABC, 123 mahupun alif ba ta masa lepas pantang. Buat saja-saja tiap hari sambil borak main-main dengan dia. Memang dia tak sebut, tapi fokus dia pada flash card tu sangat konsisten. Sebenarnya, aku buat pada masa tu adalah salah satu latihan terapi dia. Tidaklah aku pasang impian angan-angan yang anak aku akan kenal huruf-huruf ni semua dalam umur yang kecil. Tak pula aku paksa-paksa dia, "nah ambil buku ni baca. Kalau tak baca mama gigit!". Tak, aku tak garang macam tu. Aku mama yang baik. ^_^ Tapi aku perasan dia kenal buku-buku dia sebelum umur setahun. Mana buku ABC, mana buku nombor, mana buku alif ba ta, shape segala dia kenal. Time tu aku macam terkagum dan aku terus je ajar flash card macam biasa. Sampailah satu hari dia tunjuk dan baca depan aku. Wow ! Dia boleh sebut ABC dulu berbanding alif ba ta. Mungkin sebab suku kata huruf hijayyah lebih banyak dan susah berbanding rumi. Mungkinlah. Tak pula aku kaji. Aku rasa yang penting perlu ada ialah flash card untuk kita tunjuk laju-laju atau perlahan atau secara rawak huruf yang kita nak ajar, buku untuk dia usung hulu-hilir, dan juga yang kita boleh tampal kat dinding untuk dia tengok selalu. Apa pun yang paling penting jangan paksa anak. Biarkan dia baca sambil main. Jangan pula kita malas layan kalau dia tanya banyak kali. Tapi memang banyakkkkkkk kali sangat-sangat sampai setiap inci buku dia tu kau boleh hafal. Sila bertabah. Apa lagi nak kongsi pun tak ingat. So far, inilah yang aku buat.
+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +
Assalamualamualaikum. Kesempatan berada di rumah mak waktu encik suami tengah outstation ni, aku gunakan dengan mengadap laptop. Boleh hadap lama-lama sikit sebab Darwish ada ramai pakcik dengan makcik dia yang jaga. So, aku dapat bertenang lebih sikit. Gitu. Oh, ditambah lagi dengan situasi di mana kelajuan internet di rumah mak aku lebih laju dan laju daripada internet kat rumah sewa aku. Nak download apa-apa tak perlu berpeluh tunggu turn sampai boleh siap masak makan segala tak siap download macam kat rumah sewa aku, okay itu tipu. = . =' Nak cerita sikit perihal header. Al-kisah aku rasa dah beberapa kali aku tukar header. Selalu saja rasa tak berpuas hati sebab header tak best. Untuk kesekian kalinya aku tukar header lagi. Kenapa? Sebab aku tak nak tayang muka kat header lagi dan nak nampak blog lebih matang seiring dengan kematangan aku. Masalahnya, matang ke aku ni? T . T Tak perlu tempah jauh-jauh, mahal-mahal. Aku buat sendiri je header aku selama ni. Maka, dengan kepakaran yang sangat minimum aku ada ni, aku buatlah sendiri header baru aku kali ni macam kat atas tu. Lebih matangkan? Hahaha. Kalau korang rasa nak cuba tempah header simple kat aku, cubalah contact aku ye. Tapi, jangan menaruh harapan menggunung sebab aku bukanlah pandai sangat. Sebelum tu, meh nak tunjuk sikit hasil header yang pernah aku buat sebelum ni. Ada 2 3 je pun nak tunjuk. Salah satunya tu header aku sebelum ni. Selamat menjamu mata.
+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +
Assalamualaikum. Sejak-sejak dah duduk sendiri ni, dapur adalah tempat aku berperang setiap hari, pagi, petang, siang, malam. Buka mata je dapur, dapur, dan dapur. Aku boleh sesuka hati susun atur barang-barang kat dapur ikut sedap mata aku, ikut senang tangan aku nak ambil barang untuk memasak. Serius, perasaan emak-emak yang suka duduk kat dapur dah mula meresap masuk ke jiwa aku. Suka duduk je lah, masaknya belum tentu power. Gitu. Sebelum aku melalut tak tentu pasal, aku nak share cara aku susun atur bahan masakan kat dapur rumah sewa aku ni. Susunan yang murah dan simple. Tak keluar bajet banyak pun. Nak membeli bekas mahal-mahal tak mampu.
Kisah di sebalik label kat setiap bekas tu agak tragik juga. Sebelum ada label ni, encik suami pernah goreng ayam bersalut gula. Tapi sedap walaupun manis. Kau rasa? Manis-manis buah kata kau. Hahaha. Tu belum tragik sangat, ada juga yang lagi tragik bila kawan aku datang tidur rumah aku. Tak boleh blah bila kami nak buat pizza, masing-masing tak dapat beza tepung gandum dengan tepung beras siap rasa guna tangan tekstur tepung, siap bandingkan warna tepung segala. = . = ' Disebabkan tak nak menambah peristiwa tragik kat rumah aku ni, aku pun gigihkan diri buat label. Ada 2 3 jenis juga aku buat. Tapi tak sedar ada design yang ejaan dia salahlah, ada yang bahan tak ada label dan ada yang label bahan sampai 2 kali.
Aku buat label, print kat kertas A4 biasa, lepas tu tampal je dengan soletip saiz besar. Settle. Tu lah cara budak kampung macam aku buat label. Nak cari kertas yang ada pelekat tu, takut kalau print guna printer biasa warna tak melekat pula. Harap membantulah bagi yang cari cara mudah nak buat label kat dapur tu ye. Mudah, murah dan jimat. Bekas-bekas untuk bahan pun so far aku cuma beli yang tipuware untuk tepung, susu tepung dan milo. Bahan lain aku guna bekas yang aku dapat hadiah masa kahwin. Macam bekas kaca untuk bahan rempah, aku recycle dari bekas sos bolognese yang aku kumpul sebelum masuk rumah sewa.
+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +
Assalamualaikum korang. Hari ni baru ada kesempatan nak kongsi cerita pasal hari terakhir Darwish kat fisioterapi. Last appointment dia bulan Januari hari tu. Lama aku peram cerita ni. Kalau ayam peram telur tu, dah menetas dah. ^_^ Alhamdulillah, akhirnya berita menggembirakan tu therapist bagitahu masa Darwish berumur setahun 4 bulan. Jangka kebiasaan untuk tengok perkembangan budak kat bahagian fisioterapi ni tak tentu, ikut kes dia. Macam Darwish, masa mula-mula dulu, jangkaannya nak tengok perkembangan sampai umur 2 tahun. Tapi syukur sangat-sangat, belum umur 2 tahun dan boleh discharge.
Macam biasa, datang fisioterapi ni akan buat aktiviti yang sesuai dengan umur pesakit. Tapi, untuk pertama kalinya, time therapist suruh buat aktiviti, dia liat semacam. Ikut dia je nak buat apa. Paling tak boleh blah, dia sibuk main roda stroller pesakit lain. Haish. = . ="
At the end, therapist cakap Darwish aktif dan nampak gaya main tu macam budak sebaya dia. So tak perlu risau sebab perkembangan okay. Then dia terus decide untuk dischargekan Darwish hari tu juga. Maka, tak perlulah lagi appointent seterusnya kat unit fisioterapi ni. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Disebabkan Darwish `behave` sangat, therapist tu bawa dia ke bilik sebelah yang banyak alat senaman macam dalam gym tu. Last-last terapist tu yang bersenam kena buli dengan Darwish. Hahaha.
Terima kasih kepada ahli therapist yang banyak sangat membantu memantau perkembangan Darwish dari umur Darwish sebulan, yang banyak bagi sokongan moral, yang banyak bagi tip untuk handle Darwish dan macam-macam lagi. Terima kasih banyak-banyak. Allah sahaja yang boleh balas jasa kalian.
+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +