Sunday, October 31, 2010

Peringatan atau satu kebetulan

Sebenarnya, entri nie aku dah post dalam blog 100penulis untuk first entry aku sebagai editor di blog tue suatu ketika dulu. Aku ingin kongsikannya bersama blogger lain di blog aku sendiri. bukan apa, aku asyik teringat saja dengan kisah nie yang mana buat aku tak keruan kalau tak balik rumah bila tiba hujung minggu. Kisah ini membuat aku akan mencuri peluang untuk balik ke rumah, walaupun hanya untuk beberapa jam.

Setiap manusia lahir ke dunia punya dua manusia yang sangat berjasa pada kita. Ayah dan bonda. Ada satu cerita benar yang berlaku pada diri aku minggu lepas yang aku ingin kongsi bersama. Mungkinkah hanya satu peringatan atau hanya satu kebetulan yang tiada apa-apa makna.

Cerita bermula apabila pagi itu aku bangun lambat. Dalam jam 9 pagi. Kebetulan pagi jumaat itu, aku tak ada kelas. Lagipun, empat malam sebelumnya sudah berturut-turut aku tidur pukul empat atau lima pagi. Nak dijadikan cerita, hari itu aku ada discussion dengan group business communication untuk presentation meeting executive petang tu. Bila aku bersiap, aku keluar bilik, aku tengok ada kawan-kawan lain masuk bilik masing-masing bawa sehelai kertas. Aku tanya, kertas apa. Astaghfirullah, aku terlupa sangat-sangat pagi tue pendaftaran subjek untuk semester depan dah dibuka.

Terus aku turun ke lab untuk buat pendaftaran seperti kawan yang lain sampai aku terlupa tujuan sebenar aku bersiap pagi tu. Tengah khusyuk pilih subjek, handphone aku berdering.

~~ satu jam saja ku telah bisa cintai kamu.. kamu.. kamu.. di hatiku, 
namun bagi ku melupakanmu butuh waktuku seumur hidupku... ~~


Alamak, budak group call. Aku pun ajak lah dia daftar subjek juga. Nasib baik dia belum daftar. Last-last kami jumpa di lab, then discuss sikit. Dan selebihnya, petang itu selepas solat jumaat di kelas sebelum presentation.


Kisah sebenar bermula di sini sebenarnya. Habis mendaftar, aku keluar dari lab untuk pulang semula ke bilik. Tiba-tiba, handphone aku berdering lagi. Keluar nombor 012389**** yang aku tak kenal. Aku angkat seperti biasa. Mendengar suara di balik panggilan yang diterima, serta-merta wajahku berubah. Jantungku berdegup kencang. Hampir jatuh jantung aku rasa saat itu. Air mata aku bergenang. Hangat sungguh mata aku rasa waktu itu.


Suara di balik sana hanya ungkap satu perkataan yang aku faham yang betul-betul mengusik jiwa. Dalam esak tangisnya, yang kedengaran hanya perkataan ini..

~~ baliklah.. baliklah.. baliklah.. ~~


Macam-macam dalam fikiran aku waktu itu. Minggu lepas aku tak pulang ke rumah seperti kebiasaan yang aku buat kerana terlalu sibuk dengan projek yang hampir kesemuanya ber'due date' 15 oktober. Tak terkejar aku nak siapkan semua dalam masa seminggu. Aku buat keputusan tak pulang minggu lepas atas sebab itu. Aku dah maklumkan hal itu kepada mak. Bila aku terima panggilan begitu, hanya mak dan abah yang ada dalam fikiran aku. Kenapa dengan mereka? Apa yang dah terjadi di rumah? Kenapa bukan adik-beradik aku yang buat panggilan? Kenapa tak ada sapa-sapa inform kat aku sebelum ni? Semua perkara negatif berlegar-legar di kepala sampaikan orang yang lalu-lalang di kaki lima depan lab memerhatikan aku dengan tanda tanya.


Berkali-kali aku menyoal pemanggil. Siapa ni? Kenapa? Cakap terang-terang. Tak jelas suara. Sampai satu ketika, aku bercakap seperti orang histeria. Ya Allah, aku betul-betul hilang arah. Hanya Allah yang tahu hati dan perasaan aku masa itu.


Tiba-tiba, panggilan itu diambil alih oleh orang lain dengan suara yang lebih tenang. Akibat aku yang mula menangis, aku kurang jelas apa yang dia katakan sampai dia ulang dua kali. Kali kedua, baru aku sedar dia bercakap dalam bahasa cina. Hati aku mula tenang semula. Aku bertanya, siapa ni? Cakap melayu boleh? Mungkin akibat pelik, dia bertanya, 

'awak bukan cina ke?'

Aku menjawab, 'bukan, saya melayu'.

'Maaf, salah nombor'.


Tuhan yang Maha Mengetahui, betapa lega dan lapang dada ketika itu. Aku terasa dihidupkan kembali dalam dunia gelap. Mungkin seperti lawak, namun dari saat itu, sehinggalah sekarang, suara tangisan yang menyuruh aku pulang masih terngiang-ngiang di telinga aku. 


Aku tak tahu sama ada ia satu peringatan atau hanya kebetulan. Tuhan Maha Tahu segala yang berlaku. Aku nekad, aku akan cuba sedaya-upaya untuk pulang berjumpa mak dan abah setiap minggu seperti biasa walau aku sangat kesuntukan masa. Mereka insan yang sangat berharga yang tiada gantinya. Mereka insan yang sangat aku sayang lebih dari segala.


Sekadar berkongsi pengalaman. Ada iktibar sebaliknya. Ambil yang baik, buang yang tidak elok. 

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

2 comments:

Amni said...

kadang mak ayah kita cakap okey je bila kita tak pulang.. tapi hati mereka sebenarnya meronta rindukan kita.. pulanglah luangkan masa walaupun sedikit.. tak perlu lama.. yang perlunya kualiti masa kita jumpa mereka tu kan? hoho.. bila dah kerja nanti lagi susah nak spend time ngan family....

ieza ashaari said...

betul tue.. peringatan bg yg terlupa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...