Sunday, April 10, 2011

Aku kaya. Korang ada?

Assalamualaikum rakan-rakan semua. Lama sudah rasanya aku tak mengupdate blog aku nie. bersarang sudah. Nampak tak sarang labah-labah di sana sini? Hahaha. Walaupun aku seperti biasa menjalankan tanggungjawab meng'post' entry di 100penulis, aku tak tahu kenapa aku langsung tak ada idea nak post entry kat blog sendiri. Pelik bin ajaiblah. Per pun, hari nia aku nak kongsi info penting dan aku nak bagitahu yang aku kaya.


Aku kaya ker? Confident giler aku buat statement cam nie kan. Aku biasa jer, sederhana. Tapi nie ada benda yang baik untuk kita elak untuk buat kita jadi miskin dan papa. Aku amik beberapa point je lah yang aku rasakan dekat dengan kita dalam aktiviti harian. *jangan tak percaya, pasal sarang labah-labah pun korang boleh miskin tau. 


1. Tidur tanpa berpakaian


Lelaki kat luar sana yang suka sangat tak pakai baju bila tidur, ingat sikit. Korang boleh miskin tau. Tak pun, cuba fikir, kenapa korang tak kaya-kaya. Hehehe. Lagipun, dari sudut kesihatan, tak elok tidur tak pakai bajau. Mak aku kata, masuk angin dalam tulang. :) So, pakailah baju, sebelum korang tak ada baju langsung untuk dipakai.


2. Menyapu rumah di waktu malam


Aku tak pastilah statement nie sebab nie first time aku dengar. Kalau bukan islam, mungkin feng sui and so on. Mungkin ada maksud tersirat di sebaliknya. Wallahua'lam.


3. Berjalan-jalan di depan orang tua & memanggil ibu bapa dengan namanya


Tak elok tau camnie. Bukan setakat miskin dan papa, tapi sangat tak tahu menghormati orang tua. Menghormati orang tua adalah kewajipan kita. Memang patut pun tak kaya. 


4. Bergayut di hadapan muka pintu


Aduh, sungguh tidak sopan. Carilah port yang baik punya untuk bergayut. Huhu. Siapa-siapa yang suka buat ini, sila ubah. Tak kaya nanti kamu. Susah pula mahu berkahwin. Hehehe.


5. Pakai seluar sambil berdiri


Pergh, aku pasti hampir 99% buat benda nie. Termasuklah aku. Patut tak kaya. Huhu. Jom kita ubah sama-sama.


Sumber info nie adalah sumber yang boleh dipercayai. Aku kongsikan dengan semua kerana aku nak kita semua kaya. Hehe. 


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...