Thursday, June 30, 2011

Kanser Prostat

Selamat Pagi semua. Macam tak percaya, pagi-pagi aku dah post entry. Kali ni aku nak share sikit pasal kesihatan.


Tadi lepas aku sidai baju, tetiba aku tertarik nak tengok MHI tv3 yang time tue Ally dan Nurul yang jadi pengacara. Topik yang kebetulan dorang tengah discuss adalah pasal KANSER PROSTAT. Ye, kanser yang menyerang kaum lelaki.


Bersyukurlah wahai lelaki yang ada di Asia ni sebab statistik menunjukkkan bahawa lelaki Asia lebih kuat berbanding lelaki eropah. So, tak payahlah nak berlagak sangat dengan 'english education' tue. *Eh, tetiba pula. Ada kena-mengena ker? Hihihi.


Nak share sikitlah apa yang aku ingat untuk kebaikan bersama.


1. Kanser ni berpunca daripada hormon testosteron yang keluar secara berlebihan.


2. Hormon testosteron berfungsi untuk menjadikan lelaki memiliki sifat lelaki (otot, dan lain-lain).


3. Suntikan dan pembedahan pembuangan buah zakar boleh diambil mengikut nasihat doktor. Kesannya, mengurangkan hormon testosteron. So, bila hormon nie tak ada atau kurang penghasilannya, fikir-fikirlah.


4. Cara pemakanan yang sihat dapat mengelak dan mencegah kanser ini. Kajian mendapati, orang Jepun yang duduk di Jepun kurang mendapat penyakit ini berbanding orang Jepun yang duduk di Amerika. Maksudnya, orang Asia lagi-lagi orang Malaysia yang dah biasa pagi-pagi makan cekodok tak payahlah susah-susah pergi McD beli breakfast set bagai ok. =)


Kesimpulannya, jaga kesihatan anda. Jom bersenam.


*Kelakar tengok muka Nurul Syuhada Nurul Ain kat MHI pagi tadi time jadi host. Dia sangat malu membincangkan isu ini secara terbuka. Muka Ally pula sangat ingin tahu sampai terkeluar ayat, "takut juga..".

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

2 comments:

edz said...

saya amik english education... =P

ieza ashaari said...

xper.. awk menimba ilmu utk mencurahkan ilmu.. murni hasrat tue.. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...