Saturday, March 1, 2014

Selamat Hari Lahir

Assalamualaikum semua. Rindu aku tak? Nampak sangat tak rindu pun sebab blog aku sepi je takde orang datang singgah. Sedih! Aku ni lama sangat duduk diam berhibenate sebab nak tambah umur gamaknya. Lol.

Selamat hari lahir buat diri aku,
Semoga segala yang diimpikan menjadi kenyataan,
Semoga aku menjadi hamba-Nya yang solehah,
Semoga aku mampu menjadi anak yang berbakti kepada kedua orang tuaku,
Semoga aku menjadi isteri yang terbaik buat suamiku,
Semoga aku dapat menjadi mama kebanggaan anak-anakku,
Semoga aku menjadi individu yang lebih baik dari yang sebelumnya.

Tahun ni, memang aku tak teruja sebab aku tak ingat tarikh. On that day, tak seperti tahun-tahun sebelm ni yang mana aku mesti sibuk kira tarikh, konon-konon nanti ada orang buat surprise ke, bagi hadiah ke, serius macam tak sabarnya nak tunggu hari lahir datang. Macam budak-budak sangat. Mungkinkah sebab tahun ni dah jadi mak budak, so langsung tak teruja pun aku tak tahu. 

Tapi, di pagi hari 26 Februari 2014, buka mata, aku tengok encik suami pandang tenung aku lain macam. Aku dah pelik, dah kenapa laki aku ni. Tiba-tiba dia senyum, "selamat hari jadi ayang". Comel pula aku rasa pagi-pagi camtu. Lepas tu, bila encik suami nak ke kereta, dia cakap pula, "Darwish, cakap kat mama, selamat hari jadi mama", sambil pegang tangan Darwish. Aku rasa macam sebak sangat masa tu. Syahdu menusuk jiwa.

Lepas tu, malam tu encik suami balik lewat. Memang tak lah nak celebrate bagai. Tapi, ucapan tu cukup buat hati rasa berbunga. Kononnya sedapkan hati. Lol. Esoknya, pagi-pagi sebelum encik suami ke kereta, tiba-tiba masuk bilik semula. Biasanya kalau macam tu ada benda tertinggal. Tapi rupa-rupanya...

Ni teaser namanya ...



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

9 comments:

Ctnahda said...

hHappy belated B'day Ieza.Semoga pjg umur,murah rezeki dan berbahagia selalu.Aminnn....

::EIDA:: said...

Amboiii teaserr bagaiii hihihi

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ieza. selamat hari lahir. semoga dikurniakan kesihatan yang baik, sukses dalam kehidupan dan berbahagia bersama keluarga.

jaja_NorLiza said...

waaahhh..dapat present! teruje!

** dah lama tak dapat adiah!huhuh

Jen Jen Areff said...

happy besday awak

Masya said...

rasa mcm dah komen ...

selamat hari lahir.. sorry lambat, moga panjang umur dan di berikan kesihatan yg baik.. thn dpn ade baby lg hihihihi

Oh Lady said...

happy belated . semoga panjang umur murah rezeki amin.. http://irynsahmad.blogspot.com/

MKM said...

Ok.. Kita baru Baca... Ok lah.. Tahniah. Buat yg terbaik.

ieza ashaari said...

Macam seram je ucapan tu masya oi..huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...