Wednesday, April 23, 2014

Sweet Potato

Assalamulaikum. Kisah pendek pada suatu hari semasa sedang baring berehat-rehat mencari info untuk makanan Darwish. Makanan untuk bayi berusia di bawah 1 tahun.

Alkisah bermula bila aku berhenti memberi Darwish makan puri sementara waktu sebab dia demam tumbuh gigi dan dalam mulutnya ada ulser sehinggakan dia tak mahu menelan susu hatta air liurnya sendiri. (T︵T) Menjejes-jejes air liur. Kesian aku tengok.

Kebetulan, pagi sebelum dia demam, aku bagi dia makan kentang lecek. Malam tu bila dia demam, aku terus terfikir, "ni mesti kes tak berak. Selalu makan, lepas berapa jam mesti berak. Ke sebab 1st time makan kentang dia demam?". Pemikiran seorang yang sangat emak-emak bila anak tak sihat. Kebetulan, 4 days rules untuk puri betik dah habis, so aku tukar ke kentang sebab baca resepi MASHED SWEET POTATO.

Tup! Keluar resepi ni . . .


Aku rasa sedih tahap tertinggi bila aku tak tahu bezakan POTATO dengan SWEET POTATO. Choi. Tahap PHD kebodohan aku masa tu. Kau dah kenapa bagi anak kau makan POTATO, bukan SWEET POTATO??? Kentang dengan keledek pun tak tahu beza? Terus aku simpan cerita sweet potato daripada cerita kat sweet husband aku. Kalau tak, mahu aku kena bahan 44 hari. Sorry Darwish, mama dah lama tak pergi sekolah.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

9 comments:

EIKA said...

xpa la mama...kadang2 kita tersalah tgk bagai.huhuhuhu.dah berapa hari bg Darwish makan potato 2 ???Kalau darwish x poo poo,mama boleh bagi mkn puri yang wat darwish poo poo :)

humble.yat said...

hehe..biasa la tu ieza..terlebih scan bila baca hehe sy pun baru borong sweet potato utk aina..:-)

semoga darwish sihat sokmo2 yek..

Aznor Ibrahim said...

ehh iza..potato pon ok la baby makan.bkn salah potato tu darwisy demam.

btw ku tak penah bg aqeel makan sweet potato.adekah aku ditahap kebodohan yg same.hahahaha

Masya said...

hahaha .. btllah mama ni, biasalah dulu akak pun mcm tu .. tp mujurlah amir dia cuma suka bubur blander dengan ikan bilis, tak pun tauhu .. lain kurang ...

- AZIE - said...

potato tu tinggi karbohidrat kan,,memg xsesuai lg kalo bb masih kecik..sweet potato lbh bagus..xpe ieza kita bljr, azie pun pernah terbagi potato gak pd anak huhuhuhu siap cmpur dgn bubur lg, sian dia susah nk berak..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ieza, hehe nasib baik tak bagitau abah dia. kihkihhh. pasrah Darwiish tak yeyak. hihiiii silap2 nanti sheila pun jadi camni. hahaa bukan reti sangat nak bezakan makanan2 ni. hehehe

::EIDA:: said...

makkkkkkk... whyyyy ? hahaaha sabor jelaa makk.... sian darwishh kekkekeke

Unknown said...

xperasan ayat sweet tu kot...huhuhu

Unknown said...

Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com n saya follow sini, kalau sudi follow la saya balik yer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...