Wednesday, May 14, 2014

U-Cafe | Menu Sedap Harga Berpatutan

Assalamualaikum. Entry sebelum ni, aku dah buat teaser pasal U-Cafe. Kali ni, aku nak show off sikit apa menu yang dihidangkan kepada kami masa food review hari tu. Moh leh kita terjah. Sebelum tu, tepek muka encik suami dengan Darwish kenyang dapat makan, walaupun Darwish cuma dapat tengok makanan je. Kesian anak mama dengan ayah ni. Lol.


Sebelum makan, pilih air minum dulu. Aku pilih Fresh Lemon Honey Drink, dan encik suami pilih Lemonade Ocean. Sampai je air kat meja, aku sempat cakap, "wow air dia!". Encik suami senyum angkat kening.


Fresh Lemon Honey Drink | RM7.90
Lemonade Ocean | RM8.90
Selesai je serba sedikit penerangan, maka sesi menjamu selera bermula. Masa ni, blogger Liza yang duduk sebelah aku boleh cakap, "lapar ni. Pagi tadi saja makan sikit sebab nak datang food review ni". Nampak tak, ayat tu je dah boleh buat aku tak sabar nak melantak makanan.

Cerita banyak pun tak guna. Meh tengok makanan yang dihidangkan kepada kami. Hidangan dimulakan dengan makanan western style. Aku suka sangat sebab favourite aku. 


Combo Platter | RM26.90
Popcorn Chicken Green Salad | RM14.90
Spaghetti Aglio-Olio with Seafood | RM26
Salmon Fillet | RM39.90
Classic Chicken Carbonara | RM18.90
Settle western style, masuk pula hidangan tempatan, asia style. Ikut dan aku je nak bagi nama apa, asalkan korang faham. Faham ke? Tak faham, meh aku belanja gambar.

Nasi Bonjori | RM13
Nasi Lemak | RM13.90
Fried Rice in Japanese Style | RM17.90
Chef Pumpkin Rice with Chicken Chop | RM17.90
Stir Stemed Chicken with Three Cups Sauce | RM20.90
Fried Prawn with Salted Egg-Yolk (big) | RM38.90
Fried Prawn with Salted Egg-Yolk & Season Vegetables in Yam Basket Rice | RM20.90
Fried Kailan with Salted Fish | RM13.90
Settle makanan asia, terus je kami dihidangkan dengan makanan yang lebih bercirikan malaysia. Part ni, encik suami suka.

Penang Curry Laksa | RM13.90
Penang Char Kway Teow | RM10.90
Pan Fried Kway Teow with Beef | RM10.90
Fried Vermicelli with Sambal Sauce & Mussel | RM17.90
Stir Fried Glass Noodles with Soft Shell Crab | RM17.9O
Kredit kepada saudara Jamar (www.jmr23.com) untuk gambar makanan yang aku tak dan nak snap. Ada masa aku suap Darwish makan makanan dia sebab dah timing dia makan. Ada masa sebab tidurkan Darwish kejap sebab mata dia dah layu.

Macam mana? Terliur tak dengan menu yang dihidangkan? Ini belum semua menu tau. Kalau rasa nak try boleh singgah kat

U-Cafe,
GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue, 
No 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia.

Kalau ada nak tanya apa-apa ke, nak buat tempahan ke, bolehlah contact nombor ni ye:

Rachael Chin : 019 3133668 
U-Cafe Wangsa Walk Mall : 03-41319686 
Facebook : U-Cafe

Tepek sikit muka family puan blog yang sudah kenyang. Terima kasih U-Cafe atas layanan mesra anda.





+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

6 comments:

safurara said...

iwiwiwiwiw.hello domain baru! hehehe

✿INA AINAA✿ said...

Hahaha gambar last sekali tu, cek enter the frame. Wakakakak.

Urrrghhhhhh, minggu depan ni nak pergi makan kat sini. Serius, tekak ni craving sangat nak makan kat sini lagi. SEDAPPP!!!

Chekgu Azrine said...

Boleh thn jugak harga ye..

hazman fadzil said...

yang bestnya masa awal2x masing-masing macam kelapaaran....tapi bila dah 2,3 last menu terus amik gambor je....hehehehe

Ismi Ana said...

Macam sedap je. Terase lapor pulak deh. Hihi

y i e n said...

alaaaa... lapar!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...