Wednesday, April 15, 2015

Ujian Pendengaran di Klinik Audiologi HUKM


Assalamualaikum. Bagi yang mengikuti cerita anak aku, Darwish, dari mula sejak kelahiran dia sampailah sekarang, mungkin sudah sedia maklum kondisi dia. Bagi yang baru baca, mungkin sedikit pelik kenapa dia perlu melalui ujian pendengaran ni.

Darwish dilahirkan secara normal melalui kaedah vacum sebanyak dua kali. Bila dia lahir, berlaku sesuatu dan keadaan itu dinamakan sebagai HIE stage 2. Stage untuk kes HIE ni ada 4 stage kalau tak silap aku. Boleh refer kepada kisah kelahiran Darwish kat SINI dan SINI. Awal tahun 2015, Darwish dah discharge sepenuhnya dari rawatan fisioterapi. Alhamdulillah. Yang tu aku belum cerita lagi kat blog. Entah bila nak menaip agaknya. Ini adalah sedikit kisah pasal kenapa perlu fisioterapi, SINI dan SINI.

Hari ini, aku nak kongsi pula pasal Darwish melalui ujian pendengaran di klinik audiologi HUKM pada hari Isnin lepas, 13 April 2015. Appointment Darwish pukul 9 pagi. Kami sampai hospital lebih kurang 8.30 pagi macam tu. Siap daftar pukul 8.50 pagi. 

Sebelum tu, al-kisah yang membawa Darwish perlu melalui ujian pendengaran ini adalah ia dikatakan prosuder biasa bagi kes HIE macam Darwish ni. Tak pastilah, tapi itu yang diberitahu. Sepanjang kami membawa Darwish ke rawatan susulan pakar, doktor tak tanya pasal ujian pendengaran ni sampailah pada satu ketika rawatan, yang incharge Darwish ni professor sama yang incharge Darwish masa dalam NICU dulu. Beliaulah yang tanya sama ada Darwish dah buat ujian pendengaran ke belum, sebab tak ada rekod. Mula-mula kami suami isteri macam confident yang ujian pendengaran ni kekdah macam yang jenis suluh telinga guna alat apa entah tu. Rupanya bukan itu.

So, professor tu pun cakap akan call kami untuk appointment ujian pendengaran. Tunggu punya tunggu sampai rawatan susulan pakar seterusnya, tak ada pun panggilan yang kami terima. Masa rawatan susulan yang terbaru hari tu, doktor yang incharge Darwish pun tanya juga sama ada Darwish dah buat ujian pendengaran ke belum. Kami pun jawab belum. Katanya, ujian pendengaran tu sepatutnya dah buat awal, sebelum usia Darwish setahun. Doktor pun pelik kenapa boleh terlepas pandang. Dan-dan tu dia bagi surat rujukan untuk terus buat appointment ujian pendengaran.

Maka, datanglah kami ke klinik audiologi HUKM seperti tarikh dan masa temujanji yang diberi. Dari jam 8.50 pagi tu, pukul 10 kot baru dapat ubat tidur. Prosuder untuk jalankan ujian pendengaran ni, Darwish perlu makan ubat tidur supaya masa ujian dijalankan dia tidak sedar. Nasib baik dapat je ubat tidur, bagi susu, terus lelap dia. Mengantuk sangat sebab memang malam sebelum tu aku biarkan dia tidur lewat dan pagi tu bangunkan awal. Sepanjang ujian pendengaran tu dijalankan, Darwish memang lena tidur. Mau tak lena kalau ubat tidur sampai 15ml. - . -"

Ujian tu tak lama. Dalam 10 hingga 15 minit. Ikut pesakit juga. Ada budak tu umur 3 bulan, dua tiga kali parents keluar masuk bilik ujian sebab bila pasang wayar-wayar tu je, budak tu terjaga. So, semuanya bergantung kepada pesakit. Ada tu yang kisahnya sampai perlu ditambah dos ubat tidur sebab makin melasak segar bugar.

Gambar Darwish masa ujian pendengaran dijalankan tak ada. Tak bawa handphone masuk sekali dalam kabin tu. Kredit kepada BLOG ini untuk gambar.



Settle ujian semua, kena tunggu turn lagi untuk jumpa doktor. Doktor terangkan outcome ujian yang dijalankan tu. Alhamdulillah, semuanya normal. Maka, itu adalah first and last Darwish berada kat klinik audiologi tu, insyaAllah.

Itulah serba sedikit kisah Darwish untuk ujian pendengaran. Untuk yang mencari maklumat pasal ujian macam ni, ujian tu tak menyakitkan bagi aku yang tengok ni. Sebab Darwish lena je tidur sepanjang proses wayar diletak. Wayar diletak kat dahi, belakang telinga dan dalam telinga. Then, ada monitor untuk kesan tindak balas. Lebih kurang macam tu lah. Dalam kabin tu, bilik jenis kedap bunyi lebih kurang untuk elak gangguan bunyi dari luar. Harapnya penjelasan ni dapat membantu sedikit sebanyak.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Monday, April 6, 2015

Suasana Baru


4 bulan oi !!! Aku tak update blog dah 4 bulan ! Memanglah mama Darwish ni langsung tak up to date. Apa yang aku dah buat selama 4 bulan senyap sorang bertapa aku pun tak tahu. Patut nuffnang aku miskin je. Baiklah, baiklah. Ini tandanya aku update blog. 

Nak mula menaip balik bukan senang. Kena hembus semangat dan azam yang kuat lagi jitu. Ini juga penanda bahawa entri ini adalah entri pertama bagi tahun 2015. Selamat tahun baru korang. Pangggg, minta pelempang !

Disebabkan entri tahun baru ^_^, aku kongsi cerita best. Yes, sangat best. Darwish sudah discharge daripada rawatan fisioterapi dia. Yeay ! Alhamdulillah. Nanti aku cerita betul-betul kisah hari terakhir dia dekat rawatan fisioterapi tu eh. InsyaAllah. Tak janji.


Dan, yang paling best juga, alhamdulillah, keluarga kecil kami ni dah duduk sendiri. Menyewa saja. Walaupun menyewa, tapi sangatlah seronok sebab dapat berdikari, harap tak susahkan mak abah lagi. Pasal rumah sewa pun, nantilah aku share. Kali ni intro je dulu bagi panas balik blog ni. 




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Tuesday, December 9, 2014

Bayu Beach Resort, Port Dickson

Assalamualaikum. Ohoi, cuti sekolah dah lama start. Ke mana korang anak beranak pergi bercuti? Mesti ada yang sampai oversea kan. Yelah, blogger ni aku tengok semua kaya-kaya. Up cerita bercuti oversea, up cerita beli beg LV Channel segala. Err, bukan semualah. Rezeki masing-masingkan.

Lebih kurang 2 minggu yang lepas, aku anak beranak bercutilah kononnya kat Bayu Beach Resort, Port Dickson. Trip ni bukan kami sahaja yang ada. Ramaiiiiii, tapi gambar beramai nan hado. Aku jenis segan tahap dewa nak ambil gambar. Acaner? 

Stay selama 2 hari 2 malam. Aku anak beranak dapat satu apartment, 1 bilik, 1 bilik air, ruang tamu besar; Darwish lari-lari sampai bosan sampailah dia mop lantai ruang tamu guna baju tidur dia - _ -". Ada balkoni menghadap laut (yang ni best. Pagi-pagi bangun buka sliding door, hirup udara dari laut. Terbaik!)


Kami sampai Jumaat malam. Parking semua okay, dalam kawasan apartment. So, keselamatan kenderaan insyaAllah dijamin selamat. So, malam tu aktiviti bebas. Tidur je lah sebab sampai pun dah lewat.

Nak cerita banyak gambar tak ada. So tak best sangat. Secara pukal, ada aktiviti sukaneka, BBQ, karaoke, dan tukar-tukar hadiah. Seronok, cuma Darwish belum pandai menikmati lagi hal dunia macam tu, so dia dengan hal sendiri. Hahaha. Ni masa dalam lif nak pergi BBQ.


Layan gambar Darwish mandi laut pertama kali sajalah ye. Itu je pun gambar yang aku ada.




Bagi aku, Bayu Beach Resort ni okay. Cuma, bilik tu terletak berdepan jalan besar. Ohmai, malam-malam dengar bising ekzos mat rempitlah, siren polislah, siren ambulanslah. Kalau ada budak yang sensitif bunyi macam Darwish ni, sila bertabah. Yang lain okay kot.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Wednesday, December 3, 2014

Photoprint Murah dan Cantik dari Photobook Worldwide

Assalamualaikum Disember. Pejam celik pejam celik 2014 dah nak berlalu. 2015 akan menjengahkan cabaran dan dugaan yang lebih hebat, maka bersiap sedialah.

Ini cerita tengah bulan November. Kisah pasal aku terkocoh-kocoh masukkan gambar mana yang nak diprint oleh Photobook Worldwide. Beli voucher dah lama, tapi nak siap masukkan, pilih gambar semua punyalah malas, punyalah macam siput buat kerja. Akhirnya, sehari sebelum tamat voucher, siaplah menghantar print.

Serius, murah dan cantik hasil photoprint ni. Kebetulan, masa aku beli voucher, harga dia RM20 untuk 100 keping ! Tambah RM10 untuk kos penghantaran. Total hanyalah RM30 sahaja ! Berbaloi sangat sebab sambil makan cekodok kau boleh pilih-pilih gambar (ini tipu sebab aku pilih gambar dengan stress sebab last minute punya kerja).

Lepas dah hantar semua, tunggulah dalam seminggu, parcel pun tiba. Cantik gambar-gambar ni. Satu tip, make sure gambar yang dipilih tu terang. Sebab print, dia macam gelap sikit. Pe pun, still terbaik ! 



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, October 24, 2014

Pengisian Rohani yang Mantap

Muharram menjengahkan wajah. Cuba kenang, fikir, imbas dan muhasabah kembali 12 bulan yang lepas. Apa yang kurang? Apa yang berlubang? Apa yang ditinggal, dimain-mainkan? Banyak ke sikit? Atau terlalu banyak sampai malu nak diingat? Ke terlalu sedikit dan boleh dibanggakan? Tepuk dada tanya iman.

Makan malam hari tu tiba-tiba aku terfikir sesuatu. Gamaknya macam cetusan ideologi. Sejak jadi mama ni, macam-macam ideologi yang meletus. Rajin dengan malas je nak amalkan. 

Macammana kita nak mantapkan iman? Harus buat segala yang wajib. Kalau yang wajib pun ingat tak ingat, macammana kau nak ingat yang sunat. Kan? 

Macam ni lah. Solat tu wajib, tiang agama. Sehari 5 waktu je pun nak kena solat. Kenapa ye macam susah sangat nak cukupkan solat tu? Aku selalu terfikir. Itu yg tiba-tiba Allah bagi idea kot. Kita nak jadi orang yang bagus sebab hanya syaitan yang bagus sahaja goda alim ulama. Takat orang biasa-biasa, solat nak tak nak, syaitan pun jenis ikan bilis, sebab senang makan hasutan.

Kau bayangkan solat ni makanan. Orang cakap makan untuk hidup. Cer kalau tak makan? Mungkin tak terus mati, tapi badan kau lemah. Tapi lama-lama mati kebulur ye dak. Cer transform ideologi tu kat solat. Kau tinggal solat lama sangat. Kau rasa iman kau mati ke tak? Gitulah.

Ni kira macam antara pengisian rohani vs pengisian jasmani. Cara mudah kau nak ingat. Harapnya perkongsian ini bermanfaat. Model tu macam biasa, haruslah anak sendiri. Hihi. Semoga tahun baru Islam ni kita semua cuba berubah menjadi muslim dan muslimah yang lebih baik, insyaAllah. 




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...