Tuesday, May 26, 2015

Cara Mudah Ajar Bayi Mengaji

Assalamualaikum. Tajuk tu macamlah aku pro sangat konon boleh tunjukkan cara mudah nak ajar orang mengaji. Nak-nak pula bayi. Memang tak lah aku pro, cuma aku bolehlah kongsi sikit-sikit cara aku ajar Darwish mengaji. Video ni diambil masa Darwish usung flash card dia ke aku. Kebetulan, aku baru jawab panggilan telefon. Terus aku rakam dia baca.



Alkisah aku start ajar Darwish baca segala flash card tak kisah ABC, 123 mahupun alif ba ta masa lepas pantang. Buat saja-saja tiap hari sambil borak main-main dengan dia. Memang dia tak sebut, tapi fokus dia pada flash card tu sangat konsisten.

Sebenarnya, aku buat pada masa tu adalah salah satu latihan terapi dia. Tidaklah aku pasang impian angan-angan yang anak aku akan kenal huruf-huruf ni semua dalam umur yang kecil. Tak pula aku paksa-paksa dia, "nah ambil buku ni baca. Kalau tak baca mama gigit!". Tak, aku tak garang macam tu. Aku mama yang baik. ^_^

Tapi aku perasan dia kenal buku-buku dia sebelum umur setahun. Mana buku ABC, mana buku nombor, mana buku alif ba ta, shape segala dia kenal. Time tu aku macam terkagum dan aku terus je ajar flash card macam biasa. Sampailah satu hari dia tunjuk dan baca depan aku. Wow !

Dia boleh sebut ABC dulu berbanding alif ba ta. Mungkin sebab suku kata huruf hijayyah lebih banyak dan susah berbanding rumi. Mungkinlah. Tak pula aku kaji.

Aku rasa yang penting perlu ada ialah flash card untuk kita tunjuk laju-laju atau perlahan atau secara rawak huruf yang kita nak ajar, buku untuk dia usung hulu-hilir, dan juga yang kita boleh tampal kat dinding untuk dia tengok selalu.

Apa pun yang paling penting jangan paksa anak. Biarkan dia baca sambil main. Jangan pula kita malas layan kalau dia tanya banyak kali. Tapi memang banyakkkkkkk kali sangat-sangat sampai setiap inci buku dia tu kau boleh hafal. Sila bertabah.

Apa lagi nak kongsi pun tak ingat. So far, inilah yang aku buat. 



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Wednesday, May 13, 2015

Dan Header Baru Lagi


Assalamualamualaikum. Kesempatan berada di rumah mak waktu encik suami tengah outstation ni, aku gunakan dengan mengadap laptop. Boleh hadap lama-lama sikit sebab Darwish ada ramai pakcik dengan makcik dia yang jaga. So, aku dapat bertenang lebih sikit. Gitu. Oh, ditambah lagi dengan situasi di mana kelajuan internet di rumah mak aku lebih laju dan laju daripada internet kat rumah sewa aku. Nak download apa-apa tak perlu berpeluh tunggu turn sampai boleh siap masak makan segala tak siap download macam kat rumah sewa aku, okay itu tipu. = . ='

Nak cerita sikit perihal header. Al-kisah aku rasa dah beberapa kali aku tukar header. Selalu saja rasa tak berpuas hati sebab header tak best. Untuk kesekian kalinya aku tukar header lagi. Kenapa? Sebab aku tak nak tayang muka kat header lagi dan nak nampak blog lebih matang seiring dengan kematangan aku. Masalahnya, matang ke aku ni? T . T

Tak perlu tempah jauh-jauh, mahal-mahal. Aku buat sendiri je header aku selama ni. Maka, dengan kepakaran yang sangat minimum aku ada ni, aku buatlah sendiri header baru aku kali ni macam kat atas tu. Lebih matangkan? Hahaha. Kalau korang rasa nak cuba tempah header simple kat aku, cubalah contact aku ye. Tapi, jangan menaruh harapan menggunung sebab aku bukanlah pandai sangat. 

Sebelum tu, meh nak tunjuk sikit hasil header yang pernah aku buat sebelum ni. Ada 2 3 je pun nak tunjuk. Salah satunya tu header aku sebelum ni. Selamat menjamu mata.






+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, May 8, 2015

Susun Atur : Bahan Memasak


Assalamualaikum. Sejak-sejak dah duduk sendiri ni, dapur adalah tempat aku berperang setiap hari, pagi, petang, siang, malam. Buka mata je dapur, dapur, dan dapur. Aku boleh sesuka hati susun atur barang-barang kat dapur ikut sedap mata aku, ikut senang tangan aku nak ambil barang untuk memasak.

Serius, perasaan emak-emak yang suka duduk kat dapur dah mula meresap masuk ke jiwa aku. Suka duduk je lah, masaknya belum tentu power. Gitu.

Sebelum aku melalut tak tentu pasal, aku nak share cara aku susun atur bahan masakan kat dapur rumah sewa aku ni. Susunan yang murah dan simple. Tak keluar bajet banyak pun. Nak membeli bekas mahal-mahal tak mampu.





Kisah di sebalik label kat setiap bekas tu agak tragik juga. Sebelum ada label ni, encik suami pernah goreng ayam bersalut gula. Tapi sedap walaupun manis. Kau rasa? Manis-manis buah kata kau. Hahaha.

Tu belum tragik sangat, ada juga yang lagi tragik bila kawan aku datang tidur rumah aku. Tak boleh blah bila kami nak buat pizza, masing-masing tak dapat beza tepung gandum dengan tepung beras siap rasa guna tangan tekstur tepung, siap bandingkan warna tepung segala. = . = ' 

Disebabkan tak nak menambah peristiwa tragik kat rumah aku ni, aku pun gigihkan diri buat label. Ada 2 3 jenis juga aku buat. Tapi tak sedar ada design yang ejaan dia salahlah, ada yang bahan tak ada label dan ada yang label bahan sampai 2 kali. 


Aku buat label, print kat kertas A4 biasa, lepas tu tampal je dengan soletip saiz besar. Settle. Tu lah cara budak kampung macam aku buat label. Nak cari kertas yang ada pelekat tu, takut kalau print guna printer biasa warna tak melekat pula. Harap membantulah bagi yang cari cara mudah nak buat label kat dapur tu ye. Mudah, murah dan jimat.

Bekas-bekas untuk bahan pun so far aku cuma beli yang tipuware untuk tepung, susu tepung dan milo. Bahan lain aku guna bekas yang aku dapat hadiah masa kahwin. Macam bekas kaca untuk bahan rempah, aku recycle dari bekas sos bolognese yang aku kumpul sebelum masuk rumah sewa.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, April 30, 2015

Fisioterapi Terakhir


Assalamualaikum korang. Hari ni baru ada kesempatan nak kongsi cerita pasal hari terakhir Darwish kat fisioterapi. Last appointment dia bulan Januari hari tu. Lama aku peram cerita ni. Kalau ayam peram telur tu, dah menetas dah. ^_^ Alhamdulillah, akhirnya berita menggembirakan tu therapist bagitahu masa Darwish berumur setahun 4 bulan. Jangka kebiasaan untuk tengok perkembangan budak kat bahagian fisioterapi ni tak tentu, ikut kes dia. Macam Darwish, masa mula-mula dulu, jangkaannya nak tengok perkembangan sampai umur 2 tahun. Tapi syukur sangat-sangat, belum umur 2 tahun dan boleh discharge. 



Macam biasa, datang fisioterapi ni akan buat aktiviti yang sesuai dengan umur pesakit. Tapi, untuk pertama kalinya, time therapist suruh buat aktiviti, dia liat semacam. Ikut dia je nak buat apa. Paling tak boleh blah, dia sibuk main roda stroller pesakit lain. Haish. = . ="




At the end, therapist cakap Darwish aktif dan nampak gaya main tu macam budak sebaya dia. So tak perlu risau sebab perkembangan okay. Then dia terus decide untuk dischargekan Darwish hari tu juga. Maka, tak perlulah lagi appointent seterusnya kat unit fisioterapi ni. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Disebabkan Darwish `behave` sangat, therapist tu bawa dia ke bilik sebelah yang banyak alat senaman macam dalam gym tu. Last-last terapist tu yang bersenam kena buli dengan Darwish. Hahaha.



Terima kasih kepada ahli therapist yang banyak sangat membantu memantau perkembangan Darwish dari umur Darwish sebulan, yang banyak bagi sokongan moral, yang banyak bagi tip untuk handle Darwish dan macam-macam lagi. Terima kasih banyak-banyak. Allah sahaja yang boleh balas jasa kalian.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, April 24, 2015

Apakah Lasertag?


Mendebarkan. Mengujakan. Menyeronokkan. Memenatkan. Eh! Tapi seriously, lasertag ni sejenis permainan yang sangat happening. Melainkan kalau kau tengah teruja terkinja-kinja menembak sasaran, kau didatangi seketul serangan yang rakus. Bahahaha. Yang itu, kau kena tangani dengan bijaksana.

Terima kasih kat Yaya sebab ajak aku dengan encik suami join game ni. Encik suami suka sangat sampai ajak repeat. Terima kasih juga kat pihak pengurusan Laser Warzone, Wangsa Walk Mall.


Aku sampai je dah ramai geng blogger berkumpul. Cabut undi untuk tahu team, aku dengan encik suami dapat team 6, tapi tidaklah kau nak main satu team dengan kekasih hati, dah nanti buah hati si Darwish nak letak kat mana. Bukan ada bibik nak jaga anak kau. So encik suami cabut undi lagi dapat team 3.

Sebelum peperangan sebenar, pihak pengurusan bagi kami usya port dulu. Tapi aku tak masuk sebab sibuk dengan anak. Anak baru sorang dah kelibut. Acaner nak tambah ni. Eh! Ada sesi penerangan juga diberikan sebelum bermain untuk tambah kefahaman. Tak susah pun main game ni, jangan risau.




Masa game betul, tempat tu gelap. Cuma nampak lampu yang ada kat jaket yang kita pakai tu. Kau mainlah sampai lebam sepanjang 7 minit game tu sebab kalau mati kena tembak pun, 5 saat je. Lepas tu hidup dah boleh tembak orang balik. Dengar 7 minit, tapi dia punya mengah penat punyalah terasa. Aku nasihatkan, sebelum main tu eloklah kiranya kau buat senaman ringan panaskan badan. Kalau tak, terimalah padahnya sakit peha urat segala macam kitaorang. Hahaha. Permainan ni mirip macam paintball, cuma bila kau kena tembak, memang langsung tak sakit. Kira macam guna laser je lah.

Memang best game ni untuk bawa keluarga. Berbaloi sangat. Ada pakej yang boleh korang pilih sama ada nak main sikit-sikit setakat merembes peluh atau kau nak main sampai lebam tengah malam bermandi peluh. Kau boleh pilih mana yang kau nak.


Sepanjang main kat sana, ada ruang menunggu disediakan bergantung kepada pakej yang kau pilih. So jangan risaulah kalau bawa anak kecil macam aku ni. Alhamdulillah, Darwish behave je sebab waktu tu waktu tidur dia. So, dia layan mata je lah. Nak kena cari buggy untuk dia nampaknya. Senang kalau nak tidur. Kesian kawan-kawan aku sebab kena pangku Darwish tidur sebab ada masa team aku dengan encik suami battle.


Pihak pengurusan pun ada sediakan makanan tengah hari untuk kami. Dalam party pakej pun ada disediakan makanan. Bolehlah pilih.


Dah habis berperang, haruslah ada pemenang ye dak. Team aku tak menang, tapi tidaklah yang tercorot. Hihi. Yang penting, keseronokan dan juga peluang dapat berkumpul dengan rakan blogger. Ni wakil team 6, blogger ida. Dapatlah kami nombor 4 dari 6 team yang berlawan.


Meh layan gambar sikit kat sana. Gambar dengan encik suami tak ada sebab dia sibuk menemuramah pihak pengurusan. Gaya macam ada peluang je nak repeat lagi.




Kalau korang nak try game ni, jangan malu jangan segan. Singgah je kat Wangsa Walk Mall ni. Tak silap aku kat e-curve pun ada. Boleh usya kat facebook dan instagram dorang. Berminat nak hubungi 03-4131 0006 untuk tempahan.


Facebook :

Instagram : 

Kredit gambar :


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...