Assalamualaikum semua rakan blogger.
Straight to the point. Luka hari tu masih parah ! Angkara fb yang sangat bodoh ! Manusia . . . manusia.
Belajar tinggi-tinggi, bayar yuran mahal-mahal, tapi still tak tahu guna akal. Sayang, seribu kali sayang. Kalau takat junior je yang bodoh tak apa, nie dengan yang konon-konon nya super senior sekali !
Ya Allah, jauhkan aku dari rasa benci yang teramat sangat ini. Setiap hari, masa berada di hostel dan persekitaran kelas, kerap aku berdoa agar LANGSUNG tidak terlihat hatta bayang sekalipun mereka-mereka yang membuat aku terasa terhina. Moga-moga Allah perkenankan doa aku sehingga habis semester ini. Kalau boleh, aku tak mahu langsung bertemu mereka sampai bila-bila, kalau itu yang terbaik untuk aku.
Sekarang, aku hanya perlu menyiapkan saki baki kerja yang kononnya AJK aku tue tak dapat siapkan. Ada dua tiga kali terserempak, tapi Allah itu Mengasihani hamba-hamba-Nya, kami dipertemukan di tempat aku di kelilingi sahabat-sahabat yang sentiasa melindungi aku. Alhamdulillah. Bukan aku berlagak sombong, tapi biarlah aku langsung tidak memandang dan melihat walau dengan sebelah mata apatah lagi menegur bergurau senda seperti sesetengah orang yang hanya talam dua muka !
Susah bila menjadi 'anak tiri' di sini. Kami batch pertama degree untuk kos ini yang baru dan tidak ditawarkan di universiti lain di Malaysia (aku tak ada senior). Mungkin kerana status kami bukan 'warganegara' dan hanyalah 'penduduk tetap', layanan kepada kami hanya sekadar asalkan boleh. Kami tak minta untuk dikasihi, tapi, hormatilah kami seperti mana anda semua mahu dihormati. Untuk pengetahuan korang, kat tempat aku tue cuma ada 6 kelas sahaja sekarang ni yang mana semester 1, 3, dan 5 adalah pelajar diploma dan semester 2, 4 dan 6 adalah pelajar degree.
Entah kenapa, sejak akhir-akhir ini, kebodohan 'super senior diploma' itu semakin jelas, nyata dan terang dan tidak berselindung lagi. Adakah mereka benar-benar bodoh ataupun mereka tidak tahu tetapi sombong bodoh ? Hanya Allah Maha Mengetahui.
Aku mohon pendapat kalian di sini kerana aku juga tahu, aku tak tentu betul dalam segala hal.
1. Adakah kalian yang kononnya ingin diraikan sebagai pelajar semester akhir oleh junior akan bersetuju untuk menghadiri majlis tersebut yang mana :
Anda langsung tidak tahu apa-apa tentang majlis tersebut, tidak ditanya tentang apa-apa (tema, makanan dan sebagainya), tetapi WAJIB mengikuti majlis itu dengan satu jumlah bayaran ? Anda mengetahui tentang majlis itu pun hanya selepas di'bocorkan rahsia' oleh mereka yang terdengar cerita dan bukan orang yang merancang majlis tersebut.
Junior itu pula adalah junior diploma yang langsung tidak pernah nak beramah mesra dengan anda dan terlalu sombong kerana dihasut dengan kata-kata bahawa tempat itu kepunyaan mereka dan pelajar degree hanya menumpang, mereka perlu mengkongker tempat itu, sehinggakan mereka tidak menjalankan kerjasama dengan junior degree aku dan hanya bertanya kepada 3 ORANG junior aku tentang tema majlis. Tetapi, kepada super senior diploma mereka, boleh pula tanya SATU KELAS !
2. Adakah korang tak bengang kalau budak kos degree korang dikerah tenaga untuk mencari sponsor bernilai RM22,000 dalam masa 5 hari yang mana 3 hari dalam tempoh itu adalah cuti ?! Ditambah pula, ia merupakan rancangan budak diploma yang langsung tak mahu bertanya (kalau-kalau antara kami ada pengalaman mencari sponsor) dan merasa diri mereka sangat bagus !
Dunia oh dunia. Aku pernah bekerja. Aku juga seorang pelajar. Memang dunia pekerjaan itu jauh bezanya dengan dunia belajar kerana aku pernah melalui kedua-duanya. Aku tak faham kenapa masih ada manusia yang sudah melalui keduanya tapi masih tidak dapat mengaplikasikannya dalam hidup seharian ? Kenapa masih ada manusia yang perlu ditindas ?
Tapi, yang jelas aku lihat, mereka yang melakukan perkara sebegini adalah mereka-mereka yang masih sunyi dalam hidup, tidak berpasangan tetapi mengkritik orang dengan mulut tak berinsurans, terkejar-kejar dengan ke'busy'an yang kononnya hanya mereka yang busy serta suka mengata-ngata kelemahan orang lain tanpa sedar mereka itu sangat lemah di sisi Allah Yang Maha Kuat.
Dalam hidup ini, manusia memang tidak akan senang dengan kesenangan orang lain. Bagi mereka-mereka yang tamak, ambil lah apa yang ada di sisi aku selagi kamu gila mahukan semua, tapi sentiasa lah ingat hukum karma di dunia. Bila sekali air mata aku menitis, pasti beribu kali air mata kamu akan tumpah tidak berhenti ! Rencana Allah lebih baik dari rencana kamu.
+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +