Sunday, October 30, 2011

Demam yang menggembirakan

Assalamualaikum semua rakan blogger.


Cuaca sekarang yang tidak menentu; kejap hujan, kejap panas, sangat-sangat menguji antibodi aku dan juga keluarga. Mula-mula abah aku diserang demam dan batuk teruk. Berbotol-botol ubat batuk ditelan, akhirnya, alhamdulillah, abah kembali sihat dan ceria. Tak sampai beberapa jam abah sihat, aku mula selsema. Esoknya, (semalam) aku demam teruk sampai tak bangun-bangun dari tidur. Dari pagi sampai ke maghrib, aku baring dan tidur saja. Apa yang ditelan, semua keluar semula. Badan pun sejuk semacam.


Hari nie, alhamdulillah, badan mula kebah. Pagi-pagi bangun, abah dah minta tolong search google maps untuk cari jalan ke beberapa tempat untuk dia pergi kenduri kahwin. Ke dengkil, banting sampailah seremban, sampailah aku naik pening kepala semula bila dia nak jalan paling dekat. Sedangkan, aku manalah tahu jalan. Sabar je lah labu.


Bermulalah kisah aku ditinggalkan bersendirian di rumah, dengan alasan, demam. Kesian aku ditinggalkan tanpa teman. Tapi, nak dijadikan cerita, tetiba pula adik angkat kesayangan aku ajak keluar berjalan-jalan. Wah, sangat teruja aku rasa. Terasa sunyi yang melanda akan hilang. Hahaha <-- gelak jahat !


Kami pun berjalan-jalan, tak jauh mana pun, ke Jusco Bukit Tinggi saja. Mula-mula cadang nak tengok wayang, tapi, disebabkan aku tak bawa sweater (demam kebekuan pula aku nanti), cadangan ditukar kepada menghabiskan suara aku yang memang dah nak habis disebabkan batuk. Alang-alang dah berjalan-jalan, aku tak peduli lah. 


Mula-mula pergi makan dulu kat Kenny. Memang tak ingat lah demam time tue kan. Aku melantak pula ice lemon tea. Sedap sungguh bila air sejuk tue lalu kat tekak. Korang bayangkan lah. Kalau kat rumah aku, mak abah aku memang pantang sangat kami minum air sejuk, lagi-lagi aku. Sebabnya, aku dulu masa kecik-kecik senang sangat semput. Bila aku buka peti sejuk jer, mesti keluar ayat ni, "air sejuk ye ? Lupa lah tu !". Maka, peti sejuk itu akan ditutup semula oleh aku. Kalau makan kat luar pula, bila aku order air sejuk, ada suara berbunyi, "sedapnya air dia", dan aku menjawab, "bukan selalu pun", sambil tersengih. Hahaha.


My lovely 'adik'. Muka tak sabar nak makan sebenarnya nie.


Lepas makan, kitaorang pun start melalak lah berpuluh lagu. Mau tak puluh lagu kalau dah TIGA JAM dalam tue. Macam-macam lagu yang kami 'sumbang'kan. Memang sangat enjoy sebab aku dah lama sangat sebenarnya tak mereleasekan tension.


Muka kenyang !
Sesi men'sumbang'kan lagu.

Sebelum ni, selalu juga aku karaoke dengan adik-adik aku. Tapi, disebabkan cuti kami dah tak sama dan kami jarang jumpa, masing-masing dah dengan jadual sendiri. Kalau kebetulan masing-masing ada di rumah, jamming di rumah saja bersama abah tercinta. Biasanya, abah lah pen'sumbang' lagu yang setia dengan lagu-lagu lama. Hahaha. Adik-adik lelaki aku pula dikerah tenaga bermain gitar tanpa henti sampai abah berpuas hati. Sangat indah memori tue kalau ingat semula.


Tidak salah berhibur bila mana diri kita perlukan hiburan. Asalkan ia tidak melalaikan.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, October 27, 2011

Cinta

Assalamualaikum semua rakan blogger.


Hari ni adalah hari yang sangat membosankan. Aku sendiri tak tahu kenapa aku boleh rasa sangat bosan bila berada di rumah, sedangkan aku sebelum nie sangat-sangat tak kisah bila berada di rumah. Nak dijadikan cerita, aku kat rumah hanya ditemani adik aku si mulut becok tue. Faham-fahamlah kalau budak kecil duduk berdua dengan kakak dia. Macam-macam lah yang dia buat, sampaikan aku hilang sabar, dan aku pun suruh dia pergi mandi. Time dia pergi mandi tue, baru cool sikit aku rasa. Then, lepas mandi, dia lapar. Aku pun bagilah dia makan nasi. Pastu, dia layan game.

Bila dia dah ada benda yang dia layan, aku pula bosan tahap gaban sampaikan semua cerita kat tv tue langsung tak menarik perhatian aku. Tetiba, member aku sorang ni mesej. Dia nak pinjamkan buku Indahnya Kahwin Muda tulisan Syawana Aziz kat aku. Dan sekarang, aku sedang membelek buku nie. Banyak input juga. Aku tak habis baca lagi, tapi bila tengok buku nie, aku teringat pula sedutan program Semanis Kurma tempoh hari yang membincangkan topik "Petua Kasih Sayang Abadi" dan tetamu jemputan masa tu adalah Dato' Jalaluddin Hassan dan isteri.

Antara input yang aku dapat, adalah rumusan yang dibuat oleh ustaz dan ustazah tentang CINTA.


C - Cantik


Allah suka pada kecantikan. Oleh itu, untuk membina kasih sayang antara suami isteri, perlulah pasangan kelihatan sentiasa cantik dan kemas. Cantik itu sangat subjektif. Tak semestinya cantik pada pandangan mata si A, cantik juga pada pandangan mata si B. Oleh itu, jangan sesekali menilai kecantikan itu secara luaran sahaja, kerana kecantikan dalaman adalah yang lebih bertahan lama. 


Pada aku, cantik itu berbeza pada setiap orang. Pernah suatu hari, aku pilih baju untuk hari raya. Adik-adik aku semua tak berkenan. Katanya, aku tak pandai pilih warna. So, kami buat keputusan, pilih corak yang sama, tapi warna berbeza. At last, bila kami pakai bersama-sama, ramai yang cakap, baju yang aku pakai lebih cantik dan menarik berbanding yang lain. Begitu juga pada manusia. Kadang kita lihat suatu benda itu sangat cantik, tapi, pada pandangan orang lain, ia biasa-biasa saja. Oleh itu, carilah kecantikan pada pasangan anda yang tiada pada yang lain supaya kita menghargai kecantikannya.


I - Ikhlas


Keikhlasan itu tiada pembaris untuk mengukurnya. Hanya Allah yang tahu, sejauhmana keikhlasan seseorang itu dalam berbuat sesuatu. Dalam program itu, terselit kata-kata dari ustazah, "seorang isteri yang ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawabnya melayan suami, insyaAllah akan dihujani dengan keberkatan dalam rumahtangga mereka". Indah sungguh hidup kita bila ikhlas itu ada. Percaya atau tidak, kita jarang untuk merasa sedih mahupun sakit hati bila mana diperlakukan sesuatu yang buruk oleh orang yang kita sayang sebab kita ikhlas menyayangi mereka.


Aku terfikir, bila aku pernah jatuh cinta, dan menyintai. Aku tak sedar waktu itu, tapi sekarang aku sedar. Ya, aku ikhlas memberikan cinta aku. Tak terkesan langsung sakit hati atau marah walau cinta tak terbalas atau pun dibiarkan. Besar sungguh nikmat ikhlas tue dalam melayari bahtera rumahtangga.


N - Nyawa


"Jagalah isterimu seperti menjaga nyawamu", kata-kata yang menusuk ke kalbu aku saat ia diucapkan oleh ustazah. Dalam perbincangan itu, pasangan kita diibaratkan seperti nyawa. Adakah kamu seorang yang tidak menyayangi nyawa kamu sendiri ? Bagi mereka yang tidak menyayangi nyawa mereka, pastinya mereka banyak kali cuba mempertaruhkan nyawa mereka untuk sesuatu yang bodoh, seperti bunuh diri ! Bila diperincikan setiap butir bicara program tersebut, nyawa adalah suatu yang paling penting dari apa pun. Tanpanya, kita tidak akan hidup di dunia ini.


Bayangkanlah kalau nyawa korang tak ada sekarang nie ? Mesti tak ada nya nak beronline blog nie, apatah lagi baca entry aku. Nyawa ni, kadang kita tak sedar kewujudan dia, kecuali disedarkan oleh sesuatu. Contohnya, bila kita kemalangan (minta jauhlah). Sedar-sedar, kita kat hospital. Masa tue, baru kita sedar nilai harga sekeping nyawa ni kan. Macam pasangan kita jugalah. Kadang, bila depan mata, macam nampak tak nampak saja. Bila tak ada, barulah nak menangis meraung sana sini. Oleh itu, sayangi pasangan anda.


T - Tanggungjawab


Kenapa kita pergi bekerja setiap hari ? Jawapan biasa kita dengar, "biasalah, cari duit. Nak cari makan". Bukankah mencari nafkah itu tanggungjawab ? Takkan sampai tua nak mak ayah yang bagi duit poket kalau diri sendiri mampu untuk cari duit. Begitu juga perihalnya dengan isteri. Isteri itu tanggungjawab dan amanah dari Allah untuk seorang lelaki bergelar suami. Bila mana merasakan itu tanggungjawab, maka wajiblah menanggung segala keperluan seorang isteri. Kalau tak tanggung, kenalah bersedia untuk menjawab di akhirat kelak.


Kadang aku terfikir, kenapa masa couple, ramai je yang cakap, "i sanggup berkorban apa saja untuk you sebab i sayangkan you", tapi bila kahwin (segelintir sahaja), macam-macam cerita tak best yang singgah ke telinga. Sepatutnya, bila dah halal dan dah depan mata, tidur pun sebantal, perlu lebih sanggup berkorban sebab dia tanggungjawab kita. Aku sebagai seorang perempuan, kadang-kadang aku rasa aku perlu bergantung kepada seorang lelaki walaupun aku tahu, aku mampu untuk survive dalam hidup. Kenapa ? Aku sendiri tak ada jawapan, tapi itu yang aku rasa. Mungkin naluri aku sebagai perempuan, aku perlu satu tempat bergantung.


A - Amanah 


Isteri itu amanah dari Allah. Bila Allah memberikan amanah kepada hamba-Nya, ia bermakna Allah percaya kepada hamba tersebut bahawa ia mampu menjaga amanah itu sebaiknya. Apa perasaan kita bila kita mengecewakan Allah kerana mengabaikan amanah yang diberikan ? Kalau kita selalu menjaga hati manusia, kenapa kita tak boleh menjaga hati Allah ?


Kalau dengan manusia, contohnya member bagi pinjam laptop ke, suruh jaga, bukan main kita jaga elok-elok. Kalau calar sikit pun, dah mula cuak. Minta maaf lah, siap kalau ada duit lebih nak belikan baru. Tapi, kenapa tak ada sikit pun rasa gerun bila tak menjaga amanah Allah dengan baik ? Sebab tue lah kes cerai makin lama makin banyak. Sebab tak ada rasa takut. Masa mula-mula nak, macam-macam janji setia keluar dari mulut, siap takut kehilangan lah, takut ditinggalkan lah, tapi bila nak cerai, tak takut pula nak tidur sorang ?!


Itu lah sebahagian yang mampu aku kongsikan. Aku menulis nie pun untuk peringatan aku juga sebab aku pun belum pernah berkahwin dan tak tahu macam mana kehidupan selepas berkahwin. Kalau seorang diri nie pun masa aku belum terurus dengan cantik, inikan bila dah duduk berdua. Nak uruskan semua dari A sampai ke Z. Kadang aku takut bila fikir. Aku takut aku tak mampu untuk bangun pagi awal untuk kejut suami sembahyang subuh, buatkan sarapan (suami ke tempat kerja dengan perut kosong), menyambut suami balik dari kerja dengan muka manis (kalau aku sendiri ada problem kat tempat kerja dan balik dengan kepenatan), melayan makan malam suami (aku tak teror masak. Takat dua tiga lauk, no hal. Tapi, kalau dah hari-hari masak, kering idea juga menu aku nak tukar-tukar) dan juga melayan suami bila diperlukan. Sangat menakutkan sebenarnya. Tapi, dari apa yang aku baca, kehidupan apabila berkahwin, ia adalah suatu yang mendamaikan dan menenang jiwa bagi yang melayarinya dengan ilmu yang cukup.


Semoga bertemu suami yang memahami dan membimbing ke jalan syurga. 






+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Tuesday, October 25, 2011

Cendawan goreng

Assalamualaikum semua rakan blogger.

Hujan yang turun mencurah-curah, menyebabkan suasana dingin menyelubungi segenap ruang. Malas juga bertempiaran datang dari segenap penjuru. Layankan saja malas untuk malam yang dingin ni. Esok pun cuti umum, tak ada apa yang nak difikirkan buat masa ni.


Seharian aku kat rumah ditemani adik kecil aku, si mulut becok. Rasanya, lama dah tak bercerita tentang dia. Semakin nakal dan ada saja kerenah yang membuatkan mak abah naik darah. Tadi saja, baru kena marah sebab tak mendengar kata dan melawan bicara. Tapi, abah dan emak dah banyak berubah. Tidak segarang dulu. Dulu, jangan haraplah dapat duduk depan tv lepas solat maghrib dan mengaji. Kena siapkan kerja sekolah dalam bilik. Pukul 10 malam, abah akan datang meronda bilik ke bilik untuk semak kerja sekolah yang ada. Sekarang, si mulut becok tue tak pegang pensil sehari pun tak menjadi masalah. Huh !


Petang tadi, budak tue sibuk 'mengemas' rumah yang telah kemas. Angin juga tengok apa yang dia buat. Habis gunting mak aku dia buat gunting kertas ! Tak cukup tue, dia tendang botol air ke dinding, konon-konon pemain bola sepak kebangsaan dengan menjerit, "gol !". Sakit mata, juga sakt hati aku rasa. Habis cat dinding rumah terkopak-kopak. Sabar je lah.


Aku pancing dia dengan cendawan goreng. Biar dia duduk diam. Tapi, biasalah, nama saja si mulut becok. Ada saja yang dicakapnya.


tangan si mulut becok sedang mencicah cendawan goreng ke sos cili.

makan sambil menonton


Aku : Adik, meh makan cendawan goreng akak buat ni. Sedap !

Si mulut becok : (Datang kat aku dan tengok dalam mangkuk, sambil pegang cendawan goreng yang masih panas) Adik tak suka makan cendawan. Tak sedap !

Aku : Tak nak sudah, kakak habiskan. Sedap tau. Rugi tak makan.

Si mulut becok : (Berlalu pergi buat muka bodoh !)

Aku : (Siap menggoreng, bawa makanan ke depan tv) Sedapnya adik !

Si mulut becok : (Ambil satu, mencuba. Seterusnya, dua.. tiga.. ) Sedap juga. 

Aku : Jual mahal sangat tadi !

Setelah beberapa ketika, dia bangun ke dapur. Aku tengok, dia buka peti sejuk. Ambil air mungkin. Tiba-tiba . . .

"gula sirap" si mulut becok buat untuk aku !


Si mulut becok : Nie air untuk kakak.

Aku : (Baik pula budak ni, dalam hati aku berkata, dan merasalah air itu) Manisnya ! Adik bagi kakak minum gula ke ?

Si mulut becok : Sedaplah tu.


Sabar je lah. Nasib lah budak-budak. Kadang tak terlayan, tapi kena layan juga. Semoga dia tak nakal-nakal sampai buat mak abah aku pening kepala. Sebabnya, kami yang besar-besar nie bukan selalu ada kat rumah nak tengok-tengok kan dia. Cuti-cuti je lah ada masa nak borak-borak dan nasihatkan dia nie. 


Apa pun, Selamat Deepavali kepada kaum india di Malaysia dan seluruh dunia.


Melayan kerenah budak-budak buat aku merenung masa depan. Bagaimana aku akan melayan kerenah anak aku sendiri satu hari nanti ?




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Sunday, October 23, 2011

Sukan KPDNKK dan agensi

Assalamualaikum semua rakan blogger.


Hai korang. Lama sangat rasanya blog ni tak ditinjau-tinjau. Blog korang lagi lah lama aku tak jalan-jalan. Malam nie, aku ingat nak 'berkasih-sayang' dan 'memadu asmara' dengan blog. Memang sedih sebab wireless kat hostel aku ada problem dan tak perlulah aku nak berharap sangat ia akan dibaikpulih dalam masa terdekat sebabnya, ura-ura yang didengar, wireless hanya akan elok next year ! Sangat sengal dan terasa kosong sebab tak tahu perkembangan semasa dengan cepat. Nak buat camne, sabar je lah. Nak pakai 'berok' terasa seperti membazir sebab tiap minggu balik rumah.


Lupakan pasal wireless bengong itu. Kembali ke jalan lurus. Start semalam, aku dah mula bercuti sem. Wah, tetiba terasa macam, "eh, bukan hari tue dah cuti ke ? Nie cuti lagi. Giler best life student ni." Hahaha. Memang seronok bercuti, tapi tak seronok sebab banyak assignment menanti. 


Last week, aku join team tempat aku main bola jaring anjuran KPDNKK dan agensi. Terasa sangat best sebab dapat buat apa yang aku minat. Macam tak percaya, aku boleh pakai jersey semula, datang ke tempat perlawanan beramai-ramai, ada pengurus pasukan. Macam mimpi sebab dah lama tak rasa pengalaman tue. Before ni, kalau aku main pun, persendirian punya. Join tournament, just suka-suka, tanpa proper latihan dan pergi guna kenderaan sendiri. So, ini pengalaman yang sangat manis untuk aku kenang sampai bila-bila.


Paling mengujakan aku sebenarnya, bila aku dapat tahu tempat kitaorang main. Stadium Panasonic Shah Alam. Time aku sekolah dulu, aku panggil Stadium Matsushita. Sekarang, aku tak tau lah, orang panggil camtu lagi atau tak. Kenapa tempat tue sangat mengujakan aku ? Sebab, kat balapan stadium tue lah dulu aku berlari acara favourite aku 400 meter, 800 meter dan 1500 meter. Dan kat situ jugalah buat kali pertama dan kali terakhir aku berlari acara 80 meter lompat berpagar masa tingkatan satu, selepas 'diguna-guna' oleh cikgu sukan aku dan jatuh dengan teruk ! Cikgu sukan aku cakap acara tue senang ! Aku tertipu ! Huhu. Pengalaman yang sangat menyeronokkan.


Hampir terlupa dengan pertandingan bola jaring pula bila terkenang memori lama. Sebenarnya, banyak pertandingan sukan yang ada, tapi aku just join bola jaring je. Macam biasa, bila berlatih hanya 2-3 hari, keserasian pun tak ada, kami tak sampai ke peringkat akhir. Macam biasa juga, bila main, confirm aku jatuh. Tapi, kali ni memang best sebab lens aku hampir tertanggal. Memang kelakar sangat, tapi menyeronokkan. Gambar tak banyak. Yang ada sekarang ni pun time malam perasmian. Time tournament, tak sempat nak masuk laptop lagi. 


Aku model bendera.
Pinjam maskot pihak lawan. Hahaha.
Pose di malam perasmian bersama teman seperjuangan.
Pose lagi dan senyum lagi . . .

Bersama sebahagian atlet dari pasukan yang sama selepas tournament bola jaring dan bola tampar.


Bersukan menyihatkan badan. Dengan bersukan, bukan sahaja dapat menjaga badan dan kesihatan, tetapi juga menambah kenalan. 


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Saturday, October 8, 2011

Hanya atas kertas

Assalamualaikum semua rakan blogger.


Terima kasih kepada yang sudi komen entry aku yang lepas. Kebanyakkan yang datang komen dari golongan adam. Aku tak ada niat apa pun, just share opinion tentang kata-kata yang dilemparkan terhadap nilai hantaran yang tinggi. Tiga kata-kata yang aku komen tue ialah, "macam nak jual anak pula !", "letak hantaran tinggi-tinggi bukan tahu masak pun !", dan "dari kahwin, tak tahu masak, tak pandai layan suami, baik aku beli kereta !". Bagi yang tak boleh terima pandangan aku, aku minta maaf lah. Tak ada niat buruk atau negatif, sekadar berkongsi apa yang sesetengah perempuan seperti aku rasa apabila dilemparkan kata-kata itu dan BUKAN pasal nilai hantaran yang tinggi itu.


Biar kan cerita itu pergi. Letih nak fikir dah. Hari ni aku nak share pasal carwash. Bukan aku buka perniagaan carwash, tapi aku baru je balik dari basuh kereta setelah berbulan-bulan berminggu-minggu kereta itu tidak mandi ! Sila jangan nak ternganga. Korang pun 2 x 5 jugak kan ? 


Yang aku nak cerita ni, pasal pekerja carwash tue. Rezeki aku lah sebab time aku pergi tadi, cuma ada sebuah kereta saja yang sedang dicuci. Tambah kereta aku, jadilah dua buah kereta. So, tak lah lama sangat nak tunggu kereta siap dibasuh. Aku pun terus park masuk tempat mencuci tue then keluar dari kereta, duduk lepak sorang-sorang bawah pokok, baca surat khabar. Sambil-sambil tue, aku usya lah pekerja-pekerja tue buat kerja.


Tetiba, aku teringat pasal satu artikel yang dipost oleh member aku kat fb. Kira sinopsis artikel tue pasal ketidakpuasan hati seorang graduan bila mana budak yang hanya ada pendidikan sehingga SPM banyak di tempatkan di sektor kerajaan berbanding graduan yang banyak menganggur. Lebih kurang lah kot artikel tue cerita macam ni. Korang ada baca tak ?


Kenapa aku teringat artikel tue bila aku tengok pekerja carwash ? Aku pun tak tahu kenapa, tapi mungkin otak aku berfikir, apa rasionalnya menempatkan graduan yang ada degree dan master kat sektor kerajaan atau swasta, berbanding yang hanya ada SPM ? Antara pandangan aku kenapa graduan TAK LAYAK:


1.  Memang bersepah sangat lah kes student tak pernah langsung buat assignment. Kadang nak copy paste pun malas tahap dewa ! Bak kata seorang lecturer aku yang dah berpangkat Dr., beliau punya seorang rakan yang ada master, boleh lepas hanya sebab bawa carry mark ! Group assignment jangan cakap lah, tak pernah nak stay dalam satu group. Kerjanya melompat-lompat ke group-group lain untuk subjek yang berlainan. 'Tidur' perkara biasa bila ada assignment. Mesti ada kawan korang yang macam ni kan ?


2.  Carry mark banyak mempengaruhi markah seseorang even sebenarnya dia seorang yang tak boleh perform untuk sesuatu subjek. Bayangkan kalau mark untuk lulus adalah 50% dan pembahagian markah adalah 60-40. Kalau carry mark dapat 51 pun, dah lulus, tak payah buat final exam. Heaven kan. 


3.  Apa yang diketahui oleh graduan, kebanyakkannya hanya teori sahaja, dan kadang mereka tak tahu untuk mempraktikkan apa yang dipelajari. Kawan aku sendiri pernah bercerita yang dia bengang sangat dengan senior kat tempat kerja dia yang ada master, tapi tahu cakap saja. Bila suruh buat, habis barang-barang reject. Alasannya, "aku ikut kat dalam buku. Dia tulis macam tue kalau nak buat camni !". Nasib lah buku tue tak pandai cakap. Hahaha.


Apa pandangan korang ? Aku juga bakal graduan, tapi aku sendiri rasa banyak kekurangan yang perlu ditopup sana-sini bila nak bersaing dengan budak-budak yang lepas SPM terus bekerja. Sebabnya, pada pandangan aku, dorang nie tak terlalu rigid mengikut buku, tetapi lebih kepada pengalaman. Aku tak berpihak kepada siapa-siapa, dan tolong jangan hentam aku okay. Nie pandangan aku saja.
Walau kau dan aku punya Sijil Pelajaran Malaysia yang tercetak di atasnya keputusan yang sama, dari kelas yang sama, sekolah yang sama, juga negara yang sama, bezanya tetap ada, iaitu NAMA kita !


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...